Wednesday, 25 February 2015

BERTANI MENGHIBUR HATI SUNYI...

ASSALAMUALAIKUM....

PI MEMANG GEMAR BERCUCUK TANAM WALAU DIRI AGAK UZUR UNTUK DIBAWA BERAKTIVITI LASAK. SELAGI BADAN MAMPU DIGERAKAN DENGAN APA CARA JUA PI TETAP MENANAM BENIH KE TANAH

TENAGA SEBELAH TANGAN YANG KANAN YANG KUAT SEDIKIT MAMPU MENGHAYUNKAN CANGKUL YANG AGAK RINGAN MEMBONGKAR TANAH MENANAM HARAPAN.
..
ADA YANG TUMBUH MEMBESAR SEHINGGA MENGELUARKAN HASIL. ADA YANG MATI...ADA YANG JADI MANGSA RAGUTAN LEMBU....PI TAK KISAH SEMUA TU ...YANG PENTING TANAM DULU.

DAN APA YANG KITA SEMAI DI BUMI ALLAH INI BERPAHALA BESAR WALAU HASIL KERJA KITA ITU TIDAK DAPAT KITA NIKMATI TETAPI LEBIH AWAL MENJADI REZEKI KEPADA MAKHLUK ALLAH YANG LAIN.

JIKA TANAMAN KITA HIDUP SUBUR PULA DAN SENTIASA MENJADI KEGUNAAN KEPADA YANG LAIN WALAU KITA TELAH MATI SEKALIPUN AKAN TETAP ALLAH SALURKAN PAHALANYA KEPADA KIT
A INSYA ALLAH. HEH..HEH..BUKAN KATA PI TU TAPI KATA USTAZ...





LIMAU NIPIS SUDAH MULA BERBUAH. SENANG NAK DIPETIK BUAT KISAR IKAN/MENGHILANGKAN HANYIR IKAN, JUS, SAMBAL BELACAN JUGA PERUBATAN. TAPI LIMAU NIPIS NI TIDAK PANJANG LAMA UMURNYA. DUA TIGA KALI BERBUAH SUDAH MULA KERING POKOKNYA.




LIMAU KASTURI MEMANG RAJIN BERBUAH POKOKNYA PUN TAHAN LAMA MAKSUDNYA TIDAK MUDAH MATI. LIMAU KASTURI HARUM BAUNYA DAN SEDAP DIBUAT JUS.

NAMPAK ADA TEBU HITAM DI BELAKANGNYA. TEBU HITAM NI SANGAT MANIS DAN SENTIASA DICARI PENIAGA-PENIAGA AIR TEBU APALAGI TATKALA RAMADAN. DULU-DULU BANYAK JUGA YANG PI TANAM TAPI LA NI SUDAH TINGGAL BEBERAPA RUMPUN SAJA UNTUK DIJADIKAN BENIH DAN DIBUAT UBAT. TEBU HITAM NI DIGUNAKAN JUGA DALAM PERAWATAN ALTERNATIF MENGHALAU HANTU...TAK CAYA? TERPULANGLAH....





WAH LEBAT SUNGGUH BELIMBING BULUH NI...JIKALAU RASANYA MANIS TENTU TIDAK LAMA KEKAL DI POHON...INI MASAM. TAPI SEDAP SANGAT DIRAMPAIKAN DALAM MASAKAN GULAI LEMAK KUNING, DIBUAT SAMBAL BELACAN, DIKERINGKAN UNTUK MASAKAN ACAR

 DAN YANG PALING DISUKAI ORANG PAHANG DIJADIKAN SAMBAL HITAM. SAMBAL HITAM PAHANG SANGAT TERKENAL WALAU BAHAN UTAMANYA BELIMBING BULUH, CILI API DAN IKAN BILIS SAJA.

ORANG KEDAH PULA SUKA MEMBUAT HALWA BELIMBING DENGAN MENCUCUK BELIMBING MNGGUNAKAN JARUM SEBELUM MERENDAMNYA DALAM AIR GULA.

PI TANAM POKOK NI SETELAH BOLEH BANGUN DAN BERJALAN PELAN-PELAN AKIBAT LUMPUH SEPARA SELAMA TIGA TAHUN DAN HANYA BERBARING SAJA MENATAP SILING. REZEKI PI POKOK NI HIDUP BERBUAH DAN MEMBERI REZEKI KEPADA PENGGEMAR-PENGGEMARNYA HINGGA KINI...

13 comments:

  1. Alhamdulillah..hidup subur pokok-pokok yg ditanam...semoga akak bertambah sihat..seronok menuai hasil dari kudrat sendiri..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada yg hidup ada juga yg mati tapi rezki hasil bertani xputus2...tq nohas

      Delete
  2. Menarik juga aktiviti bercucuk tanam ni Kak Paridah. Apatah lagi kalau kawasannya luas dan lapang. Best kan kalau selalu dapat melihat suasana kehijauan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. org kampung fidah kerja2 bercucuktanam ni biasa saja...tq fidah.

      Delete
  3. Assalamualaikum kak,
    wah, jeles pulak saya melihatnya hehe...dulu-dulu masa duk di kampung beginilah juga kerjaan saya tatkala ada masa terluang, sekarang ni sekadar memendam rasa sahaja. Apa pun memang seronok menyangkul bercucuk tanam, badan sihat hasil pun dapat. Melihat kehijauan tanaman bagaikan terapi yang mententeramkan minda...

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam dik ustaz...kak ni org kampung...kerjanya setiap hari mngusahakan kebun saja...penat bercucuktanam tu adalah juga hasilnya...mmg leka kalau mula berkebun ni tenang memandang kehijauan pohon2 sekeliling selagi tak thari xnaik ke rumah...tq abuikhwan.

      Delete
  4. mmg lambat limau nipis ni nk berbuah diana..tunggu jer la...limau kasturi cepat sikit...tq diana.

    ReplyDelete
  5. rajin akak menanam... dah dpt tuai tu..")

    ReplyDelete
  6. Baru sebentar tadi seorang kawan baik bawa pulang sebesen besar belimbing buluh. Nak dibuat sambal hitam katanya..Che Mid tak pernah buat dan tak pernah makanm jadi lebih beri pada yang pakar. Esok lusa boleh le kita merasa juga..

    ReplyDelete
    Replies
    1. sedap sambal hitam ni che mid tahan lama disimpan...tq che mid.

      Delete
  7. wah sepertinya kebun tanamannya luas juga ya kak paridah, kalau di saya mah nyebutnya belimbing sayur itu kak... :)

    ReplyDelete
  8. xluas sgt tapi kalau rajin bertani oklah hasilnya boeh sara hidup..wah di tempar Marnes disebut belimbing sayur ya..betullah tu belimbing yg digunakn utk sayur...tq Marnes Kliker.

    ReplyDelete

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”

MyBloglist