Monday, 23 February 2015

SELIRATAN CINTA BAB 15...

ASSALAMUALAIKUM...

Kontrak perjanjian untuk berlakon di dalam sebuah drama terbaru terbitan syarikat Drama Kita sedang ditandatangani Anita dan Sarina. Anita begitu teruja bila membaca sekali imbas skrip drama yang mencatatkan lokasi penggambarannya akan diadakan di sebuah pulau yang indah di Pahang.
“Bila kami semua hendak berangkat ke sana Encik Rosli?” Tanya Anita.
“Sehari dua lagi. Pengurus Produksi saya masih di sana uruskan lokasi dan juga tempat penginapan semua yang terlibat di sana.” Anak matanya membalas pandangan Anita sebentar berkalih pula melihat Sarina yang keterujaan kerana kegembiraan yang dirasakan.
Sesekali melakukan penggambaran di lokasi yang agak jauh dari KL tentu dapat bertukar angin dan sungguh menyeronokannya. Banyak berjalan luas pandangan kata hati Sarina bertepatan dengan kesesuaian citarasanya.
“Wow shooting di pulau…seronoknya.” sela Sarina. Terseringai Sarina dengan sengihnya yang memperlihatkan barisan giginya yang putih bersih.
“Encik Rosli pun ikut sekali juga?” Tanya Anita kepada produser drama itu.
“Saya fikir tidak. Isteri saya tidak berapa sihat. Kenapa? Awak nak saya ikut sama ke?” lelaki itu melirik wajah Anita dengan senyum. Sebuah wajah yang memiliki keperibadian yang sangat dikaguminya. Luhur dan ikhlas.
Jikalau dia belum lagi menikahi isterinya dia yakin cintanya akan berkalih kepada Anita pula. Selama ini ramai artis wanita yang cantik molek keluar-masuk produksinya tetapi langsung tidak diambil hirau. Kecuali yang ini. Tetapi terlambat pula mengenalinya setelah status bertukar daripada bujang kepada sudah berkahwin. Ralat juga hatinya. Namun pasrah pada ketentuanNya.
“Tidaklah. Kehadiran Encik Rosli di sisi isteri saya rasa lebih penting. Puan sakit apa Encik Rosli?” Rosli tersenyum menerima pertanyaan itu. Dia terkenangkan isterinya yang memesannya membeli buah-buahan yang masam untuk mengatasi selera pahit yang menguasai tekaknya. 
“Dia berbadan dua.” Perempuan yang hamil ini sangat banyak tingkahnya sehingga sukar lelaki sepertinya hendak memahaminya. Isterinya itu seorang yang indipenden. Tidak suka mengharapkan sesiapa membantunya dalam melakukan apa-apa perkara. Tetapi semenjak dia disahkan mengandung dan sentiasa loya-loya sikap ketidak-bergantungan kepada sesiapa telah berubah.
Dia sentiasa mengharapkan suaminya berada di sisinya selalu untuk memenuhi segenap permintaannya. Walaupun untuk mengambil segelas minuman untuk dirinya sendiri.
Kadang-kadang dia menganggapkan kerenah isterinya itu sengaja mengada-ngada. Tetapi kaum keluarga dan sahabat-handainya mengatakan elok diturutkan sahaja kehendak isteri yang hamil muda itu kerana biasanya bukan sifat semulajadinya tapi pembawaan bayi yang dikandungnya.
“Oh… tahniah. Tak lama lagi nak jadi ayah. Tentu seronok hendak menimang cahaya mata yang sulung.”
“Terima kasih.” Balasnya masih tersenyum manis. Wajah isteri yang sering mengingatkannya jangan terlalu rapat berhubungan dengan artis-artis di produksinya terbayang-bayang di kelopak matanya.
Cemburu seorang isteri yang menggambar cinta kasihnya yang terlalu, sekukuh tugu terhadap suaminya yang meranapkan semua harapan lain berpuing-puing menjadi debu-debu berterbangan. Hilang sudah ‘Anitanya’ dari imiginasi kabur.
Johan masuk melepasi Lela yang tersenyum kepadanya. Dia menunjukan kepada Lela majalah yang sedang ditatangnya. Lela ingin merebut majalah itu dari tangannya kerana terpandangkan gadis manis yang dikenalinya menjadi penghias muka hadapan kulitnya.
‘Nanti dulu. Aku hendak ke dalam menunjukannya pada produser dulu.’ Barangkali itu maksud kata isyarat mata yang diberikan pada tafsiran Lela.
‘Masuklah ke dalam, Encik Rosli pun ada tu.’ Demikian bisik hati Lela.
“Amboi…hari tu bukan main banyak alasan awak, tidak mahu pergi sesi penggambaran hari tu. Tapi Encik Rosli tengoklah gambar-gambar dia. Bukan main posing lagi. Mengancam habis.” Sarina dan Anita segera menghampiri Johan, tidak sabar lagi hendak melihat wajah kedua-duanya yang terpapar di majalah.
Sarina sibuk mengerling mencari wajahnya di ruangan itu. Tetapi tidak ada. Dia berharap aksinya akan tertera di ruangan sebaliknya.
“Nita tidak mahu pose begitu tapi jurugambar tu yang lebih-lebih. Itu pun banyak lagi pose yang Nita tolak.” Anita menceritakan perihal sebenarnya.
Ala macam mana hendak himpun peminat kalau setakat posing macam ni pun takut. Dan terkial-kial. Tak bergaya langsung. Tidak layak jadi artis kalau setakat posing biasa macam ni.” Sarina melepaskan sindiran pedasnya.
Anita terasa darah menyirap ke muka. Wajahnya bera. Rosli dan Johan saling pandang memandang. Kedua-duanya memang tidak hairan kerana pergeseran sesama artis, bersinggit hati antara satu sama lain memang perkara lumrah. Sentiasa saja berlaku di persada seni yang kecil ini.
Kadang-kadang sehingga sanggup membawanya ke mahkamah untuk mendapat pengadilan. Dan diberi liputan besar-besaran seperti kes yang melibatkan S. Aini dan S. Nurhaliza hanya kerana angkara mulut. Siapa yang salah, siapa yang benar, mahkamahpun tidak dapat memutuskannya. Kesnya hanya tergantung disitu dan akhirnya bakal dibuang dari fail ke dalam bakul sampah.           
Rosli melirik ke arah Anita yang terdiam tidak membalas. Dia faham hati Anita terguris. Dia dapat merasakan kedua-dua dramatis yang sering membintangi drama terbitan syarikatnya memang memiliki dua personaliti yang jauh berbeza.
Seorangnya begitu lepas laku dan seakan hanyut dengan dunia glamor yang tidak berpijak di bumi nyata. Sentiasa berada di awang-awangan dan merasakan dunia ini hanya statik di situ tidak berpusing-pusing membawa usia mengikut masa.
Sementara seorang lagi sentiasa menjaga adab dan tata susila seorang gadis yang tertib dan sopan walaupun berada di dalam dunia yang mengangap semua itu tidak relevan lagi.
Tapi kedua-dua sifat itu adalah gandingan serasi yang sensasi untuk menarik khalayak memilihnya. Ada pro dan kontranya. Sifat negatif dan positif itu sentiasa mewarnai kehidupan beriring-iringan seperti yang sering terpapar dalam setiap drama di TV. Ada watak protogonis dan antagonis.
“Jo jangan lupa bawa kamera ya. Saya perlukan still photos penggambaran di pulau nanti untuk diedarkan kepada media.”
“Jangan lupa gambar saya Encik Rosli.” Sarina tidak malu-malu menuturkan pesanan. Dia mengharapkan juga gambar cantiknya akan terpapar di merata media utama kerana pembambitannya dalam drama itu. Peranannya sebagai pelakon pembantu pun besar juga peranannya.
“Sudah tentu..."

11 comments:

  1. sudah lama nggak main kesini, templatenya ternyata sudah ganti, hehehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah..dah lama xsinggah kan...tq comtell cell.

      Delete
  2. tulisan diatas untuk menceritakan kisah orang lain dalam drama TV atau tentang cik paridah sendiri neh, kayaknya seru banget sampai shooting dipulau.
    tetapi sudah bab-15, ketinggalan bab-1 neh cik, kita-kita.

    ReplyDelete
  3. Heh..heh..cerita saja rekayasa penulis...ya sudah bnyak bab tu devy indriyani...tq

    ReplyDelete
  4. jika dia belum beristri,,dia yakin cintanya akan beralih kepada Anita...alamak....ini sich sebenarnya sudah beralih cinta kepada Anita...meskipun sudah beristri
    keep happy blogging always.. maaf baru bisa mampir ke sini....salam dari Makassar :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih Blogs of Hariyanto...sudi singgah n baca...harap faham ya...salam dari Msia.

      Delete

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”

MyBloglist