Sunday, 15 February 2015

BAGAI MENANTI ARA HANYUT.....ENTAH BILA AKAN SAMPAINYA

ASSALAMUALAIKUM...



CORAT-CORET PAK ENGKU.
PANTUN-PANTUN PERBIDALAN PAK ENGKU.
KE MANA LARI PERGI MENYURUK.
ANAK LANDAK SAMA MEMBERANG;
LARI TEGAK KE RAWA HALANYA;
DIRI SENDIRI BERKELAKUAN BURUK,
JANGAN HENDAK SALAHKAN ORANG,
HITAM GAGAK TAK SIAPA MENCELUPNYA.
Perbidalan: Hitam gagak tiada siapa yang mencelupnya.
Maksudnya: Orang yang berlaku jahat dengan kemahuannya sendiri.
SAWAH SEBATAS BARU BERLULUK,
DI HUJUNG SAWAH MEMASANG JERAT,
SERING SINGGAH BURUNG TERBANG;
IBARAT KE ATAS TIDAK BERPUCUK,
KALAU KE BAWAH TIDAK BERURAT,
DI TENGAH-TENGAH DIGEREK KUMBANG.
Perbidalan: Ke atas tidak berpucuk, ke bawah tidak berurat, di tengah-tengah
digerek kumbang.
Maksudnya: Jika seseorang bersalah biarlah dia serta kaumnya binasa.
HENDAK MENGGALAH SI BUAH JAMBU,
DIGALAH SENANG KEBUN SEBERANG;
KALAU KALAH MENJADI ABU,
KALAU MENANG MENJADI ARANG.
Perbidalan: Kalah jadi abu, menang jadi arang.
Maksudnya: Kalah atau menang sama-sama akibatnya (akan menanggung rugi).
DI DAHAN GETI LOTONG BERGAYUT,
PATAH PULA AKAN DAHANNYA,
BAGAI MENANTI ARA HANYUT,
ENTAH BILA AKAN SAMPAINYA.
Perbidalan: Bagai menanti ara hanyut.
Maksudnya: Menanti sesuatu yang mungkin dating tetapi lambat atau pun yang
tidak datang-datang.
DI MANA MEMENCIL GADIS RUPAWAN,
DUDUK MEYESAR BERHATI RAWAN;
API YANG KECIL MENJADI KAWAN,
APABILA BESAR MENJADI LAWAN.
Perbidalan: Api itu pada tatkala kecil jadi kawan, apabila besar jadi lawan.
Maksudnya: Kejahatan yang kecil itu hendaklah lekas diperbaiki sebelum
berbahaya.
DAPAT DITANGGUK ANAK IKAN,
ANAK SELUANG DI AIR DALAM;
LANG PUNGGUK LANG BERIKAN,
TIDUR SIANG BERJAGA MALAM.
Perbidalan: Lang pungguk lang berikan, tidur siang berjaga malam.
Maksudnya: Orang jahat (pencuri) yang tidur siang dan berjaga malam.
BUAH BERANGAN BUAH RAMBUTAN,
BUAH BERBAGAI DI DALAM RAGA;
MUKA BERPANDANGAN BUDI KEDAPATAN,
KASIH BAGAI SELAMA JUGA.
Perbidalan: Muka berpandangan budi berkedapatan, kasih bagai selama juga.
Maksudnya: Kejahatan yang dilakukan oleh seseorang kepada orang lain
sungguhpun diketahui tetapi tidak dihiraukan.
DURIAN TUNGGAL DI TEPI LURAH,
BERBUAH JUA DILUAR MUSIM;
GIGI TANGGAL RAWAN MURAH,
AWAK TUA GADIS BERMUSIM.
Perbidalan: Gigi tanggal rawan murah, awak tua gadis bermusim.
Maksudnya: Keinginan datang apabila tidak berwang (berkuasa) lagi.
JAUH DI SANA NAMPAK BERBALAM,
DI DAHAN KERAYUNG KERA BERGAYUT;
MALU BERTANYA SESAT JALAN,
MALAS BERDAYUNG PERAHU HANYUT.
Perbidalan: 1) Malu bertanya sesat jalan.
2) Malas berdayung perahu hanyut.
Maksudnya: Kedua-dua perbidalan ini maksudnya sama iaitu “Kalau tidak mahu
berusaha tentulah tidak akan mencapai kejayaan".
POKOK NENAS LIMAU KESTURI,
TUMBUH TERPISAH DI TEMPAT REDUP;
HUJAN PANAS PERMAINAN HARI,
SENANG SUSAH PERMAINAN HIDUP.
Perbidalan: Hujan panas permainan hari, senang susah permainan hidup.
Maksudnya: Telah menjadi perkara biasa bahawa hidup manusia itu ada ketikanya
senang dan ada ketikanya susah.

9 comments:

  1. malu bertanya sesat dijalan, nah sekarang sudah diganti malu bertanya pasti jalan-jalan.

    gimana tidak jalan-jalan, mau mencari sesuatu yang sama sekali tidak kita tahu tetapi kita sok-sok tahu atau gengsi mau bertanya, jadinya apa yang mau dicari tidak ketemu-ketemu, jadinya jalan-jalan. hehe..!!

    ReplyDelete
  2. HEH..HEH..BENAR TU DEVY INDRANI...MALU BERTANYA JALAN2 SAJA...TQ NTAH SAMPAI DIMANA.

    ReplyDelete
  3. YA PERBIDALAN mELAYU YG HALUS BHASANYA...TQ DORSET PINK.

    ReplyDelete
  4. buah ara biasanya orang campur dalam gulai daging..sedap :)

    ReplyDelete
  5. YEKE...ARA JUGA JADI PELEMBUT DAGING CIKGU...TQ NICK NASHRAM.

    ReplyDelete
  6. x penah tgk buah ni selalu dgr nama suangai ara je ;-)

    ReplyDelete
  7. yeke..pokok ara mmg bnyk tumbuh di tepi sungai tq anies.

    ReplyDelete
  8. Bidalan yang kalau tidak diberi maksudnya...memang sukar difahami. Begitu kaya sekali kiasan dan perbendaharaan kata Pak Engku nih! hebat... Hanya bertopikkan buah ara.

    ReplyDelete

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”

MyBloglist