PANTUN-PANTUN PERBIDALAN PAK ENGKU.
POHON EMBACANG POHON PULASAN,
TUMBUH SETEMPAT BERSAMA DEPU,
TUMBUH DI HUJUNG SAWAH SERELUNG;
KALAU MENCENCANG BIAR BERLANDASAN,
KALAU MELOMPAT BIAR BERSETUMPU,
KALAU MENJUNJUNG BIAR BERSENGGULUNG.
TUMBUH SETEMPAT BERSAMA DEPU,
TUMBUH DI HUJUNG SAWAH SERELUNG;
KALAU MENCENCANG BIAR BERLANDASAN,
KALAU MELOMPAT BIAR BERSETUMPU,
KALAU MENJUNJUNG BIAR BERSENGGULUNG.
Perbidalan: Mencencang berlandasan, melompat bersetumpu,
menjunjung bersenggulung.
Maksudnya: Jika hendak mengerjakan sesuatu sediakanlah segala alat dan.
syarat=syaratnya dahulu.
menjunjung bersenggulung.
Maksudnya: Jika hendak mengerjakan sesuatu sediakanlah segala alat dan.
syarat=syaratnya dahulu.
KE TANJUNG KUPANG HAJAT TERENCAT,
KE ULU LANGAT PERGI BERTANDANG;
ORANG TEMPANG JANGAN DICACAT,
INGAT-INGAT HARI BELAKANG.
KE ULU LANGAT PERGI BERTANDANG;
ORANG TEMPANG JANGAN DICACAT,
INGAT-INGAT HARI BELAKANG.
Perbidalan: Orang tempang jangan dicacat, ingat-ingat hari belakang.
Maksudnya: Kecelakaan orang janganlah sangat dikata barangkali kita
sendiri akan mengalami hal yang serupa.
Maksudnya: Kecelakaan orang janganlah sangat dikata barangkali kita
sendiri akan mengalami hal yang serupa.
AIR PENUH DI DALAM GELAS,
MINUM SEORANG HAUS TAK LEPAS;
SALAH BUNUH MEMBERI BALAS,
SALAH CENCANG MEMBERI PAMPAS.
MINUM SEORANG HAUS TAK LEPAS;
SALAH BUNUH MEMBERI BALAS,
SALAH CENCANG MEMBERI PAMPAS.
Perbidalan: Salah bunuh memberi balas, salah cencang memberi pampas.
Maksudnya: Kesalahan mestilah dihukum menurut kadarnya (menurut adat
yang telah ditetapkan).
Maksudnya: Kesalahan mestilah dihukum menurut kadarnya (menurut adat
yang telah ditetapkan).
TERLETAK AMBAR DI DALAM DULANG,
PULUT SEKEPAL DI DALAM TALAM;
BAK ANJING LAPAR MENDAPAT TULANG,
DAGING SEKEPAL DAN SEKEPING APAM.
PULUT SEKEPAL DI DALAM TALAM;
BAK ANJING LAPAR MENDAPAT TULANG,
DAGING SEKEPAL DAN SEKEPING APAM.
Perbidalan: Seperti anjing mendapat tulang, daging sekepal dan sekeping apam.
Maksudnya: Orang yang melakukan sesuatu kebajikan hanya kerana
mengharapkan keuntungan.
Maksudnya: Orang yang melakukan sesuatu kebajikan hanya kerana
mengharapkan keuntungan.
SUDAH BERSIGAP HENDAK MENEBANG,
DI LADANG HULU MENEBANG GETAH;
MARA HINGGAP MARA TERBANG,
ENGGANG LALU RANTING PATAH.
DI LADANG HULU MENEBANG GETAH;
MARA HINGGAP MARA TERBANG,
ENGGANG LALU RANTING PATAH.
Perbidalan: Mara hinggap mara terbang, enggang lalu ranting patah.
Maksudnya: Perihak seseorang yang dituduh melakukan sesuatu kesalahan pada
hal dia tidak melakukan kesalahan itu.
Maksudnya: Perihak seseorang yang dituduh melakukan sesuatu kesalahan pada
hal dia tidak melakukan kesalahan itu.
JAHIT TABIR BERGILIR-GILIR,
TABIR DIRENTAP TERKOYAK TIGA,
BILA AIR BERSAMA AIR,
SAMPAH TETAP KE TEPI JUGA.
TABIR DIRENTAP TERKOYAK TIGA,
BILA AIR BERSAMA AIR,
SAMPAH TETAP KE TEPI JUGA.
Perbidalan: Air sama air, sampah ke tepi juga.
Maksudnya: Jangan ikut campur perselisihan orang bersaudara, apabila mereka
berbaik kembali kita akan tersisih juga.
Maksudnya: Jangan ikut campur perselisihan orang bersaudara, apabila mereka
berbaik kembali kita akan tersisih juga.
POKOK KAPAS TUMBUH SETENTANG,
POKOK SEKENTUT TEPI PERIGI;
SABUNG SELEPAS HARI PETANG,
TAK DAPAT MENUNTUT BALAS LAGI.
POKOK SEKENTUT TEPI PERIGI;
SABUNG SELEPAS HARI PETANG,
TAK DAPAT MENUNTUT BALAS LAGI.
Perbidalan: Sabung selepas hari petang, tak dapat menuntut balas lagi.
Maksudnya: Berserah kepada nasib (untung-untungan).
Maksudnya: Berserah kepada nasib (untung-untungan).
PERGI KE BUKIT TIGA SAHABAT,
PERGI KETIKA HUJAN LEBAT;
LAIN SAKIT LAIN DIUBAT,
LAIN LUKA LAIN DIBEBAT.
PERGI KETIKA HUJAN LEBAT;
LAIN SAKIT LAIN DIUBAT,
LAIN LUKA LAIN DIBEBAT.
Perbidalan: Lain sakit lain diubat, lain luka lain dibebat.
Maksudnya: Jawab yang bersalahan dengan soalan (lain yang diminta
lain yang diberi)
Maksudnya: Jawab yang bersalahan dengan soalan (lain yang diminta
lain yang diberi)
SAMPAN TERLAJAK KE TANJUNG JATI,
OMBAK MENGGULUNG JADI HALANGAN;
SEMUT DIPIJAK TIDAK MATI,
GAJAH DIHARUNG BERGELIMPANGAN.
OMBAK MENGGULUNG JADI HALANGAN;
SEMUT DIPIJAK TIDAK MATI,
GAJAH DIHARUNG BERGELIMPANGAN.
Perbidalan: Semut dipijak tidak mati, gajah diharung bergelimpangan.
Maksudnya: Perihal jalan seorang perempuan yang baik lagi teratur
(tidak terlalu cepat dan tidak terlalu perlahan).
Maksudnya: Perihal jalan seorang perempuan yang baik lagi teratur
(tidak terlalu cepat dan tidak terlalu perlahan).
DAH ADA KERABU BELI GELINYA,
DIBELI IA DI KEDAI NYONYA;
MENGHELA LEMBU DENGAN TALINYA,
MENGHELA MANUSIA DENGAN AKALNYA.
DIBELI IA DI KEDAI NYONYA;
MENGHELA LEMBU DENGAN TALINYA,
MENGHELA MANUSIA DENGAN AKALNYA.
Perbidalan: Menghela lembu dengan talinya, menghela manusia dengan akalnya.
Maksudnya: Manusia harus diperlakukan dengan lemah lembut.
Maksudnya: Manusia harus diperlakukan dengan lemah lembut.
SEKIAN. TAMMATUL KALAM.
nice sharing
ReplyDeleteTQ MKL INSYA ALLAH..
DeleteParidah rupanya penggemar pantun yang lawa maksudnya ya..
ReplyDeleteYA PANTUN2 PERBIDALAN PAK ENGKU NI INDAH N UNIK....TQ CIKGU ETUZA.
ReplyDeleteHebat pantun dan bidalannya...
ReplyDeleteBahasanya pun cantik, penuh dengan kiasan...
Saya minat juga pantun2 ni..cuma tak reti nak buat aje...hehe..
Anyway, nice sharing Kak Paridah..Thanks :)
BIDALANKITA AMAT BANYAK PABILA DIJADIKAN PANTUN BEGITU INDAH PULA....TQ FIDAH.
DeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteTQ
DeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteTQ.
DeleteIsh sugoi! Keren lah pantun2nya ^_^b ., saya izin save boleh?
ReplyDeleteYA INDAH SEKALI..SILAKAN SAVE AVE RY...TQ
DeleteBanyak perkataan baru yang saya belajar hari ini.
ReplyDeleteRupanya perbendaharaan kata saya masih sangat cetek. Terima kasih kerana berkongsi.
SAMALAH KITA...BELAJAR SAMBIL MEMBACA KARYA-KARYA...TQ LYNN MUNIR.
DeleteKeindahan bahasa bertambah indah bila susunan dibuat org yg bijak bermain bahasa
ReplyDeleteKita yg membaca terpegun dibuatnya..
BERMAIN BAHASA ATAU MENGGUBAH BAHASA MENJADI INDAH PADA PANDANGAN ADALAH KEPAKARAN SASTERAWAN LAMA KITA SEJAK DULU...KITA PASTI TERPEGUN MERASA TENANG N DAMAI TIKA MENIKMATINYA...TQ KAKZAKIE.
Deleteberpantun tak putus putus
ReplyDeletePI penyambungnya
supaya ayat begini tidak pupus
agar kekal dengan karyanya hehe
Banyak sekali perkataan baru yg saya pelajari. Lemahnyalah perbendaharaan kata...huhu
ReplyDeleteHEH..HEH...BUKAN PERKATAAN BARU TU TAPI PERBENDAHARAAN KATA YG LAMA TAPI KITA LANGSUNG XTAHU...INDAH SEKALI BAHASA MELAYU KITA...TQ BM.
DeleteMENYAMBUNG KATA APALAH SANGAT
ReplyDeleteBUNGA LAYU GUGUR KINI
AGAR KITA SENTIASA INGAT
SASTERA MELAYU INDAH BERSENI...TQ BAYPOSE.
HEH..HEH..FAHAMKAH MAKSUD KATA MELAYU LAMA...MESTILAH KAN PAK ENGKU DH HURAIKAN MAKNANYA TU...TQ DIANA.
ReplyDelete