TANAMSENDIRI.COM
Bekalan Air di Musim Cuti
Satu kelemahan aktiviti berkebun tepi rumah ialah apabila cuti tahap kerunsingan meningkat. Aktiviti tersebut sepatutnnya menyihatkan dan mengurangkan stress, tetapi bila ada musim cuti perayaan stress rakan-rakan bertanam meningkat terutamanya mereka yang berhijrah.
Sebab itulah kita kena berbaik dengan semua orang, 1Malaysia kan. Saya pernah tinggal di kawasan kejiranan dari pelbagai etnik. Bila cuti raya, langsung tak risau kalau-kalau kucing kelaparan atau tanaman kekeringan. Apa yang saya buat ialah serahkan kunci pada jiran yang rapat yang berlainan agama. Bila kembali ke rumah selepas raya, kucing terkam bukan kerana kelaparan tapi kerana rindu kemana tuannya menghilang seminggu. Pokok segar seperti biasa.
Ok, berbalik kepada isu air ketika keluar balik kampung. Jadi ini penyelesaiannya.
1. Minta bantuan jiran yang boleh dipercayai yang tidak pulang beraya.
2. Pasangkan sistem drip yang menggunakan timer dengan kuasa bateri. Timer tersebut mengandungi injap untuk mengawal aliran air. Waktu siraman serta jangka masa air mengalir boleh dikawal menggunakan timer tersebut. Tapi kena pastikan sistem tersebut tersorok kerana timer yang mahal harganya mmungkin mennarik minat sipanjang tangan.
Timer yang digunakan untuk mengawal injap aliran air. |
3. Gunakan gel kristal penyimpan air. Gel ini ada dijual di kedai nurseri, DIY atau di bahagian Gardening di Pasaraya. Ada gel yang dijual mempunyai warna yang menarik. Ada yang tanpa warna. Saya gunakan gel keluaran Trio, yang dinamakan Growmate Smart Water. Gel tersebut mampu menyerap lebihan air ketika menyiram. Apabila tanah kering tidak disiram, air dalam gel akan meresap masuk ke dalam tanah. Jika anda tinggalkan rumah untuk cuti raya, InsyaAllah pokok tidak akan kekeringan.
Bekas gel kristal keluaran Syarikat Trio. |
Gel kristal mampu menyerap dan menyimpan air sehingga 20 kali isipadu asal gel tersebut. |
Jangan tabur gel kristal di atas permukaan tanah. Buat lubang dengan diameter 3 cm sedalam 4 inci atau separas dengan hujung akar tanaman. Isikan 1 sudu teh gel kristel ke dalam lubang. Kemudian siram seperti biasa. Gel kristal akan mengembang memenuhi lubang.
Cara meletakkan gel kristal. |
4. Cara lain adalah dengan menggunakan botol minuman plastik. Seeloknya gunakan botol 1.5 liter untuk satu bekas atau satu tanaman. Begini caranya. Rakan-rakan perlukan botol air minuman seeloknya saiz 1.5 liter. Penebuk atau paku untuk membuat liang diameter 2 mm pada botol.
Buka tutup botol dan simpan. Jika gunakan botol air minuman bergas, tannggalkan bahagian tapak. Tebuk dua liang di bahagian bawah sisi botol . Jarak antara liang 2.5 cm (1 inci).
Isikan air ke dalam botol sehingga penuh dan tutup botol dengan penutup. Ini akan perlahankan aliran air tetapi cukup untuk membekalkan air yang berterusan selama 3 hingga 5 hari.
Tanam botol sebagaimana rajah di bawah. Laraskan liang pada botol supaya separas dengan hujung akar pokok.
5. Setelah dilakukan mana-mana kaedah di atas, tutup permukan tanah atau bekas dengan daun kering yang telah dibasahkah sekurang-kurangnya 5 cm (2 inci). Daun kering akan mengelakkan air dari dalam tanam hilang melalui sejatan di permukaan tanah. Ia juga mengurangkan suhu permukaan tanah hasil daripada sejatan air daripada daun kering yang dibasahkan tersebut.
InsyaAllah bila pulang dari kampung, pokok masih subur. Saya yakin rakan-rakan ada idea lain untuk menyelesaikan masalah tersebut. Kalau boleh kita kongsikan
Buka tutup botol dan simpan. Jika gunakan botol air minuman bergas, tannggalkan bahagian tapak. Tebuk dua liang di bahagian bawah sisi botol . Jarak antara liang 2.5 cm (1 inci).
Sistem titis menggunakan botol air minuman. |
Isikan air ke dalam botol sehingga penuh dan tutup botol dengan penutup. Ini akan perlahankan aliran air tetapi cukup untuk membekalkan air yang berterusan selama 3 hingga 5 hari.
Tanam botol sebagaimana rajah di bawah. Laraskan liang pada botol supaya separas dengan hujung akar pokok.
Tanam botol minuman sedalam 10 hingga 15 cm (4 hingga 6 inci). |
5. Setelah dilakukan mana-mana kaedah di atas, tutup permukan tanah atau bekas dengan daun kering yang telah dibasahkah sekurang-kurangnya 5 cm (2 inci). Daun kering akan mengelakkan air dari dalam tanam hilang melalui sejatan di permukaan tanah. Ia juga mengurangkan suhu permukaan tanah hasil daripada sejatan air daripada daun kering yang dibasahkan tersebut.
InsyaAllah bila pulang dari kampung, pokok masih subur. Saya yakin rakan-rakan ada idea lain untuk menyelesaikan masalah tersebut. Kalau boleh kita kongsikan
di sini supaya semua dapat manfaatkannya.
salam pi, rasa pernah tengok kat ikea jual dispenser air macam ni. bagus perkongsian PI.. memang kesian kat tanaman bila tinggal lama.
ReplyDeletewsalam.. kak mmg suka kongsikan info yg baik ni utk pengetahuan ramai mmg berguna sgt ni waktu kita tinggalkan rumah bercuti lama tambah di musim panas begini..tq babYpose.
ReplyDeleteyg guna botol tu sy penah tgk tp x penah buat ;-)
ReplyDeletekalau nk tinggalkn rumh n ada pokok2 yg ditanam di pasu elok cuba cara ni...tq anies.
ReplyDeleteSalam, mana nak beli gel itu, ni nak cuti
ReplyDelete