Friday 13 February 2015

LANGKAH-LANGKAH YANG MENDAHULUI...

ASSALAMUALAIKUM...

SALAM TAKZIAH...ALFATEHAH...DARIPADANYA KITA DATANG KEPADANYA KITA KEMBALI...SEMOGA KEDUA-DUA TOKOH NEGARA YANG AMAT BERWIBAWA DI BIDANG MASING-MASING INI BERADA DIBAWAH RAHMAT PERLINDUNGANNYA BERSAMA PARA SOLEHIN. SESUNGGUHNYA JASAD YANG BANYAK BERBUAT BAKTI INI AKAN DITANGISI SELURUH ISI BUMI DAN LANGIT KEPERGIANNYA.




KOTA BHARU 12 Feb. - Negara kehilangan seorang tokoh politik dan ulama yang berpengaruh apabila Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat meninggal dunia di rumahnya di Pulau Melaka di sini kira-kira pukul 9.40 malam ini.
Bekas Menteri Besar yang disahkan menghidap kanser prostat tahap empat sejak beberapa tahun lalu itu telah dibawa pulang ke rumahnya sejam sebelum itu selepas dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) sejak 20 Januari lalu.
Anaknya yang juga Ahli Parlimen Pasir Mas, Nik Mohamad Abduh berkata, seluruh ahli keluarga berada di sisi Allahyarham ketika beliau menghembuskan nafas terakhir.
“Ayahanda meninggal dunia di sisi seluruh kaum keluarga pada pukul 9.40 malam. Saya berharap seluruh rakyat Malaysia mendoakan arwah ayahanda,” katanya dalam sidang akhbar ringkas di pekarangan rumahnya di sini malam ini.
Sementara itu, dalam laman sosial Facebooknya, Nik Mohamad Abduh mengumumkan solat jenazah ayahnya akan diadakan pada pukul 10 pagi esok di Masjid Tok Guru berhampiran rumahnya di Pulau Melaka di sini
- See more at: http://www.utusan.com.my


SHAH ALAM 12 Feb. – Pemergian pengulas sukan bersuara emas, Datuk Hasbullah Awang, 63, yang meninggal dunia kerana komplikasi jantung amat dirasai oleh rakan-rakan seperjuangannya.
Mengimbau kembali pembabitan Hasbullah dalam bidang tersebut, seorang rakan karibnya, Pekan Ramli menganggap sahabatnya itu sebagai seorang legenda yang sentiasa menyinari dan menjadi idolanya sejak dari dahulu.
“Kepetahan dan kebolehan beliau mengulas sukan memang dikagumi ramai dan sukar dicari ganti. Malah, saya menganggap kita semua kehilangan seorang legenda dalam dunia ulasan sukan di negara ini.
“Dia memang idola saya dan bukan semua orang mampu menjadi pengulas sukan terbaik dan bukan semua boleh beri ulasan yang padu dan tepat berjam-jam lamanya,” katanya ketika ditemui selepas solat jenazah di Masjid Himatul Aliyah, Kampung Seri Gambut, Seksyen 32 di sini hari ini.
Jenazah Hasbullah kemudian disemadikan di Tanah Perkuburan Kota Kemuning.
Arwah meninggalkan balu, Haziedah Alang Ahmad, 58, dan empat orang anak, Joji'ana, 38; Dodi'ana,37; Lodi'ana, 34 dan Noni'ana, 34, serta tujuh orang cucu.

HAZIDA ALANG AHMAD menyiram air di pusara suaminya, Allahyarham
- See more at: http://www.utusan.com.my

30 comments:

  1. Mcm mana laa masa zaman Rasulullah dahulu.. perasaan para sahabat meratapi pemergian nye Nabi Muhamad SAW ketika itu.. sedangkan pemergian Allahyarham TGNA sebagai ulamak tersohor dh cukup hebat nye kesan bg ku..
    Al-Fatihah buat Allahyarham...

    ReplyDelete
    Replies
    1. turut bbersedih iringkan dgn doa2 kebaikan...insyaAllah....tq emma diana.

      Delete
  2. Al Fatihah... Moga roh mereka dicucuri rahmatNya...

    ReplyDelete
  3. Al-Fatihah buat mereka berdua..kita kehilangan permata yg bernilai...Nyawa ibarat api lilin bial-bila masa boleh terpadam

    ReplyDelete
    Replies
    1. kita pasti ke rahmatullah setelah rezki utk kita di dunia ini hbs....tq Jari Manis.

      Delete
  4. hebatnya seorang ulama..pemergian ditangisi kawan dan lawan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. seorg ilmuan ulama tersohor yg disegani kawan n lawan...tq salbiahM.

      Delete
  5. Ramai yang merasa sedih diatas pemerhian TGNA. Semoga rohnya ditempatkan bersama para solihin. Begitu juga buat Datuk Hasbullah Awang.

    Alfatihah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kedua-dua tokoh yg kita kenali sgt berjasa dlm bidang msg2 n disenangi keberadaannya...tq zaitun.

      Delete
  6. Jumaat yg suram buat kita rakyat Malaysia
    Org yg disayang pergi buat selama-lamanya meninggalkan rasa kasih yg panjang
    Moga roh-roh mereka ditempatkan bersama kalangan mereka yg beriman

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya jumaat ini suram sekali seolah turut mengongsi kesedihan kita semoga Allahyarham yg kita kasehi dibawah pelihara rahmat n lindungan Allah disana...tq kakzakie.

      Delete
  7. salam takziah..pemergian 2 tokoh hebat dalam bidang masing2..memang memberi kesan mendalam pada rakyat malaysia terutamanya umat islam..

    ReplyDelete
    Replies
    1. benar tu...tq diana...kehilangan yg sgt dirasai.

      Delete
  8. Innalillahiwainnaillaihirodziun, semoga almarhum Datuk Nik Abdul Aziz berbahagia disisi-Nya, dan seluruh rakyat malaysia diberi kesabaran dan kekuatan menghadapi kepergian beliau untuk selama-lamanya.
    Alfatehah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih banyak doanya chilembu thea...turut mengongsi kesedihn kita juga..tq

      Delete
  9. Assalamualaikum kak,
    Innalillah...
    Fitrah kehidupan, pasti ada perhentian. Yang kekal adalah Zat Yang Maha Tinggi.
    Mudah-mudahan keduanya dinaungi rahmat Allah SWT.

    ReplyDelete
  10. wsalam dik ustaz...benar kata ustaz tu...tiada yg kekal melainkan Allah jua...skrip hidup kta tertulis di azali lagi dimana mula n akhirnya....tq abu ikhwan.

    ReplyDelete
  11. semoga arwah kedua-dua ini di tempatkan di sisi orang beriman.al fatihah amin..

    ReplyDelete
  12. 2 lejenda malaysia, hari yg sama..
    salam takziah buat keluarga arwah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya kita kehilangn tokoh2 berwibawa Malaysia...tq pha is.

      Delete
  13. Inna Lillahi Wa Inna Ilaihi Raaji'uun... pergi tak kembali.. , hilang sukar diganti

    ReplyDelete
    Replies
    1. benar tu hilang yg tiada gntinya...tq abuya.i

      Delete
  14. mlm tu , saya buka page sinar harian . sebelah atas berita pasal TGNA n sebelah bawah pasal Arwah Hasbullah ... terkejut juga masa tu tapi dah sampai masanya , mrk pergi juga ... al fatihah .

    ReplyDelete
    Replies
    1. mrk pergi mninggalkn kesedihn yg mndalm di hati kita...tq QV

      Delete
  15. pergi x kembali..galang yg tiada ganti...
    alfatihah utk kedua-duanya...

    ReplyDelete
  16. SAMPAI MASA BERPISAH JUA...ALFATIHAH...TQ ANIES.

    ReplyDelete

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”

MyBloglist