Friday 24 January 2014

PERUBAHAN KUTUB BUMI MENURUT HADIS DAN SAINS...

SHUKRI HARUN...

dah tua...

PERUBAHAN KUTUB BUMI MENURUT HADIS DAN SAINS

Mesir sedang mengalami musim salji pertama dalam sejarah selepas 112 tahun manakala Vietnam juga
mengalami jatuhan salji yang tidak begitu berat berbanding Mesir. Kehadiran salji di beberpaa tempat di Vietnam menarik ramai penduduk seluruh Vietnam ke kawasan
terlibat untuk melihat fenomena bersejarah itu sehingga menyebabkan kesesakan lalulintas selam
berjam-jam seperti dilaporkan Al Jazeera.
Penjelasan tentang fenomena itu boleh dirungkai dengan membaca artikel di bawah.
PAKSI BUMI SEDANG BERALIH ARAH
Kutub Bumi berganjak 1 batu sehari. Pada tahun 2007, Medan kutub utara berganjak dari Kanada Utara kearah Siberia di Russia pada kadar
35 batu setahun. Ini bermakna arah kompas berganjak 35 batu menghampiri Russia dalam tahun tersebut. Anjakan kutub bumi ini mengakibatkan jajaran kompas dan arah utara sebenar semakinketara perbezaannya. Hingga menjadikan arah panduan beberapa landasan kapal terbang tidak lagi terpakai.
Ia semakin memberi kesan terhadap kegiatan manusia hinggakan lapangan terbang antarabangsa Tampa di Florida terpaksa mengubahsuai tanda arah di landasan dengan kedudukan yang baru. Lapangan terbang tersebut terpaksa ditutup selama sebulan bagi kerja-kerja pengubahsuaian. 
Pergerakan kutub utara ke arah Siberia berlaku kerana cepatnya perubahan magnet pada kerak bumi. Perubahan terkini adalah paling dramatik. Ia bergerak semakin pantas.
Kutub bergerak ke timur laut 9 batu setahun pada tahun 1904. Kelajuannya kira-kira 35 batu setahun pada tahun 2007. Ia bergerak sepantas 26 batu sebulan pada tahun 2013. Terkini kepantasannya 1 batu setiap hari!!

Kelajuan pergerakan Kutub makin bertambah Dalam masa 2 tahun kutub ia akan sampai ke Siberia untuk berada di kedudukan 40 darjah. Pada titik ini ia akan meluru merentasi garis Khatulistiwa untuk berada pada kedudukan 40 darjah di
selatan. Ini boleh berlaku dalam jangka waktu yang sangat pantas samada beberapa hari atau
beberapa jam. Jika ini berlaku, seluruh geografi akan berubah. Ada tempat yang timbul. Ada tempat yang tenggelam. Air akan mencari tempatnya. Ada tempat mengalami banjir. Ada tempat berubah menjadi padang pasir. Amerika selatan khususnya Brazil akan menjadi Kutub Utara manakala India akan menjadi Kutub Selatan. Malaysia dijangka berada sebaris dengan India. Tidak tenggelam tapi membeku.

Khatulistiwa berada di Antartika Peralihan kutub yang semakin pantas membuatkan saintis mengagak keseluruhan medan magnet bumi akan "flip" di mana kompas yang dahulunya menunjuk ke utara akan beralih arah ke selatan. Semasa pergerakan " flip" peralihan kutub dari 40 darjah utara ke 40 darjah selatan pergerakan besar air boleh mencetuskan mega tsunami yang menenggelamkan tempat-tempat sebagaimana yang berlaku kepada Atlantis.

Antara negara yang dijangka tenggelam terus ialah India dan Australia Barat. Bandar-bandar ditepi lautakan ditenggelami air.  Peta dunia akan berubah dalam masa dua tahun selepas peralihan kutub berlaku. India akan tenggelam terus. Begitu juga Australia barat. 

Apabila berlaku "flip" pada kutub medan magnet bumi akan menjadi lemah. Medan magnet yang kuat melindungi bumi dari kerosakan oleh sinaran matahari. Kini bumi akan lebih terdedah kepada kesan dahsyat akibat gejolak api di matahari, angin solar, ribut surya dan "sun spot". Manakala "flip" juga bakal mengakibatkan berlaku gempa bumi,letusan gunung berapi, banjir, tsunami dan taufan yang dahsyat yang belum pernah berlaku sedahsyat itu. Pergerakan kutub memang sedang berlaku. makin hari makin laju. Pergerakan kutub dapat dilihat dengan fenomena berbagai bencana alam yang kerap berlaku. Bilakah peralihan sepenuhnya kutub akan berlaku? Mengikut anggaran saintis ianya akan berlaku pada 2015. Hanya Allah yang Maha Mengetahui keranasemuanya adalah perencanan Ilahi. Sama ada merujuk kepada Komet ISON atau kejadian langit yang lain yang belum muncul, berikut adalah sabdaan Rasulullah SAW dan kata-kata sahabat tentang fenomena bintang berekor yang bakal disaksikan di akhir zaman.
 
Terdapat sabdaan Rasulullah saw dan Saidina Ali tentang sejenis komet yang memberi indikasi sejarah. Sama ada hadis dan sabdaan tersebut merujuk kepada kehadiran Komet ISON, hanya Allah swt yang Maha Mengetahui.

Sabda Rasulullah S.A.W "
“.. antara tanda muncul Imam Mahadi ialah munculnya bintang berekor dengan ekornya bercahaya menerangi langit dan menyebabkan tenggelamnya kawasan pantai ”
Kata Saidina Ali RA Saidina Ali K.A.W mengungkapkan dalam catatannya (Jufr Ahmar), "Kedatangan Al Mahdi akan di dahului oleh kemunculan bintang yang ekornya menakjubkan, bukan seperti bintang yang kamu lihat muncul setiap dua pertiga pada satu dekad (sepuluh tahun) dan bukan juga bintang yang muncul pada dua pertiga abad dan bukan juga bintang yang muncul setiap abad. Tetapi ia adalah bintang berabad-abad, yang diliputi api, salji, udara dan tanah. Ekornya memanjang, kelajuannya seperti kelajuan cahaya matahari ketika menyonsong fajar. Hujung depannya bertemu dengan hujung belakangnya seperti lingkaran raksasa memancarkan sinar terang dalam langit yang gelap seperti matahari yang terbit. Kemudian bintang itu akan kembali beredar pada orbitnya. Setelah itu akan datang banyak malapetaka dan kematian yang merupakan keuntungan bagi orang- orang yang baik, dan ia merupakan kerugian bagi orang -orang yang jahat".
Antara fakta Komet ISON ialah:
1. ISON digelar “ Komet abad ini”
2. ISON akan berada paling hampir dengan matahari pada 28 November 2013.
3. ISON akan berada paling hampir dengan bumi pada 26 Disember 2013.
4. ISON dapat dilihat seperti matahari kedua di siang hari.
5. ISON boleh dilihat diwaktu siang dan malam.
6. ISON memiliki ekor sepanjang 57,000 Km.
7. ISON adalah komet yang paling mudah dilihat oleh ramai orang.
8. ISON akan dilihat 15 kali ganda kecerahan cahaya bulan.
9. ISON akan menghasilkan ribut suria yang sempurna@perfect Solar Storm.
10. Bumi akan merempuh debu2 komet ISON pada 14 Januari 2014.
Artikel ini ditulis bukan untuk menggempar dan menakutkan. Apa yang bakal terjadi akan tetap terjadi.
Semoga setelah membaca artikel ini, saudara- saudari serta anak-anak ku bertambah kesedaran dan
keinsafan. Bertambah taat pada Allah. Bertambah akan amalan agama. Di waktu yang sama terus peka dengan perubahan-perubahan serta lebih rajin membaca dan mengkaji fenomena perubahan kutub ini.-
Harakatul Muqawamatul
Islamiyyah...

http://shukriharun.blogspot.com


21 comments:

  1. Begitulah... sesungguhnya bagaimana hebat pun manusia dalam hal ini tiada siapa mampu menghalang. Kunfayakun kata Allah maka jadilah. Berpegang pada rukun Iman pada kakaklah ini sebagai tanda-tanda akan berlakunya kiamat. Kalau zaman rasulullah pun sudah dikatakan oleh baginda yang dunia ini sudah tua, apa lagi 15 abad telah ditinggalkan baginda. Bersama kita jadikan ini sebagai memuhasabahkan diri. Wallahualam..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya setuju dgn Kakzakie jikalau Allah menghendakinya pasti akan berlaku kita tiada daya kekuatan untuk menolaknya ...dunia mmg sudah akhir zaman....tq Kakzakie.

      Delete
  2. kagum membaca n3 ni kak, tq berkongsi yer

    ReplyDelete
    Replies
    1. sekadar berkongsi ilmu drpd yg lebih tahu....tq Kesuma Angsana.

      Delete
  3. oooooo macam tu rupanya.. kagum membaca entri ini.. Allahuakbar !!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya...bukan semua kita tahu n pengetahuan kita sikit saja jd kita kongsi info dgn yg lbh tahu....tq acik Aku Penghibur.

      Delete
  4. Sejuk semacam dua tiga hari ni. Tapi pic yang piramid diselubungi salji tu sebenarnya diedit photoshop je. Manakala pic yang ada sphinx tu, sebenarnya hanya replika di taman yang terletak di Jepun.

    ReplyDelete
  5. ya mutakhir ni sejuk sangat kata pakar cuaca sbb negara china sedang alami musim sejuk n anginnya bertiup dari sana ke sini...yeke pic yg diedit photoshop barangkali hanya menggambarkan jikalau mesir diliputi salji itulah yg berlaku...tq Sylarius Yusof.

    ReplyDelete
  6. sungguh menakutkan :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. jikalau demikian ketentuan Allah...terima kasih sudi singgah blog karyaku Ucu Nurodin.

      Delete
  7. Ilmuan Barat cuma berlandaskan fakta2 sains, tetapi ilmuan Islam beranalisa mengaitkan fakta sains dengan ayat2 Al-Quran dan hadis-hadis Rasulullah SAW..begitu hebatnya...semakin kita berilmu, semakin dekat dgn Allah SWT...seeing is believing..ilmu sains utk mentadabbur ayat-ayat Allah..

    Membaca artikel diatas, dgn perubahan2 kutub, mungkinkah tak lama lagi matahari akan terbit dari sebelah barat? takutnya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya betul nohas...faka-fakta sains sarat dlm alquran n hadis nabi saw hanya perlu dirungkaikan dgn teliti...pabila berlaku spt yg tercatat dlm alquran kita terdongak memandang langit...subhanallah n tanda kiamat yg hampir adalah matahari akan terbit di barat....tq nohas.

      Delete
  8. bagus pkongsian sis..seronok baca dari pandangan alquaran dan hadis..lg pun skrg ramai kecoh2 pasal salji..bgus pencerahan yg ditulis,,,

    ReplyDelete
  9. ya sobri ambil tahu sedikit drpd yg tahu tentang fenomena alam dunia yg berlaku kini....tq Sobri Yaakob.

    ReplyDelete
  10. Terima kasih demgan entri yang sangat bermanfaat ini....banyak info dan ilmu didapati disini...
    Ibarat kata lagi banyak kita belajar lagi banyak perlu kita mencari...
    Terbaik..

    ReplyDelete
  11. ya kita belajar drpd yg tahu...betul kata BUNDA lagi banyak kita belajar lagi banyak yg kita xtahu....tq BUNDA.

    ReplyDelete
  12. subhanallah.. sangat bermanfaat postingannya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya berkongsi sedikit info terima kasih informasi Perumahan Yogyakarta sudi singgah blog karyaku...

      Delete
  13. Kuasa Allah swt, ahli sains tgk baru percaya, kita percaya sblm jadi. Perkongsian baik.

    ReplyDelete
  14. ya...kita beriman dgn kekuasaan Allah swt n setiap yg berlaku menguatkan lagi keimana kita...tq babYpose.

    ReplyDelete
  15. terima kasih sbb share ilmu yang bermanfaat baru je bace

    ReplyDelete

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”

MyBloglist