بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
ASSALAMUALAIKUM...

LAKSA KUAH SARDIN KALAU DIBUAT SECARA LAKSA ASAM PENANG SEDAP JUGA. TAPI LAKSA LEMAK MENGGUNAKAN IKAN SARDIN PUN TIDAK KURANG ENAKNYA. KALAU NAK RASA KESEDAPANNYA BOLEHLAH DICUBA...SESEKALI BERTUKAR SELERA DARIPADA BIASA.



LAKSA LEMAK SARDIN
1 tin besar ikan sardin
1 paket laksa ( laksa segera )
3 ulas bawang merahSI 
1 sudu makan lada hitam
2 inci halia
2 keping asam gelugur
2 inci belacan
4 tangkai daun kesum
1 mangkuk air
1 cawan santan
Bahan tabur
- Sedikit daun kesum ( dimayang )
- Cili api dihiris
- Sayur kubis
- Limau kasturi
Cara2nya
1. Hancurkan sardin sama ada dikisar atau menggunakan sudu dan masukan di dalam kuali berserta 1 mangkuk air kemudian masak di atas api perlahan.
2. Masukan bawang merah, halia, lada hitam dan belacan yang telah ditumbuk lumat.
3. Apabila kuah mendidih, masukan asam keping, daun kesum dan bahan2 perasa seperti gula dan garam.
4. Akhir sekali masukan santan dan kacau sehingga mendidih kemudian padam api.
Cara hidangan
-Tabur laksa bersama hirisan daun kubis, daun kesum, cili api dan limau kasturi.
Masakan ringkas ini sesuai untuk mereka yang inginkan hidangan yang ringkas dan mudah. Selamat mencuba dan selamat beristirehat.
by admin zaz 

LIKE PAGE RESEPI DAN PETUA.


8 ulasan - "LAKSA LEMAK SARDIN..."

Dunia Zumal delete icon 24 Januari 2015 4:15 PTG

Tak pernah rasa lagi camni...

Etuza Etuza delete icon 24 Januari 2015 4:29 PTG

memang antara menu yang Etuza suka makan..serasi ..sedapnya tu tau1

Etuza Etuza delete icon 24 Januari 2015 4:30 PTG

sama juga belum pernah rasa ni, biasa orang semenajung selalu sediakan ni kala hari raya

Faarihin Talip delete icon 24 Januari 2015 10:00 PTG

Belum pernah lagi merasa makan laksa lemak sardin ni. Mesti sedap ni.

paridah delete icon 25 Januari 2015 3:27 PTG

sedap juga laksa gini zumal...tq

paridah delete icon 25 Januari 2015 3:28 PTG

yeke...mesti sedap rasanya bagi cikgu...tq

paridah delete icon 25 Januari 2015 3:33 PTG

di sini laksa bnyak jenisnya yg jadi hidangan raya cikgu...tq

paridah delete icon 25 Januari 2015 3:35 PTG

sedap bagi yg menyukainya faarihin...tq.

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”