Sunday, 10 April 2022

SAYEMBARA ARTIKEL NASI LEMAK

 ASSALAMUALAIKUM




MEMORI NASI LEMAK DAUN PISANG

Selamat berhujung minggu. Semalam Prof Irwan Abu Bakar selaku admin GAKSA e-Sastera telah mengumumkan pemenang sayembara tersebut; Ct Nurza hadiah pertama RM 100, Ismail Hashim hadiah kedua RM 70, Rafael Maribin n  Paridah Ishak hadiah ketiga RM 50.  

Tahniah semua pemenang n peserta sayembara tersebut.

Eh...tersangkut juga nama PI tu!

Alhamdulillah rezeki Ramadan Kareem melimpah ke ribaan.


Terima kasih banyak Prof Irwan dan para juri sudi pilih artikel PI seadanya itu DENGAN JUDUL dengan judul MEMORI NASI LEMAK DAUN PISANG...didoakan prof segera pulih kesihatannya sediakala setelah jalani major pembedahan thyroid berisiko tinggi baru-baru ini dan afiah sejahtera menjalani ibadah puasa dll amalan mahmudah...amiin YRBA
Tahniah Prof Irwan @Gaksa e-sastera


Saturday, 9 April 2022

PENJAHIT BAJU

 ASSALAMUALAIKUM


 


 

PENJAHIT BAJU

.

Banyak tempahan telah terima

menjahit baju kerjaya lama

ambil ukuran    

fesyen disaran

kain digunting tersalah tema

.

Jelang Ramadan tolak tempahan

bulan puasa kerja perlahan

kalut selalu

letih terlalu

tercucuk jarum sakit menahan

.

Asyik merenung jarum dan benang

nampaknya mudah begitu senang

kabur pandangan

capai setangan

kain bertimbun jahit tak menang

.

Baju sedondon sempena raya

ingin disambut penuh bergaya

dulu pandemik

kini endemik

cuba siapkan tidak berdaya


PARIDAH ISHAK

DMS

4/9/022

Wednesday, 6 April 2022

SURAH AN NISA (WANITA)

 ASSALAMUALAIKUM



PERKONGSIAN ILMU
SURAH AN NISA (WANITA)
Muka surat: 94
Ayat 97 – 101.
Ayat 97: Hukum 9: Wajib meninggalkan negara kafir harbi jika tidak dapat mengamalkan agama Islam dengan sepenuhnya. Asbabul Nuzul ayat ini adalah tentang orang Islam di Mekah yang mampu berhijrah ke Madinah tetapi tidak mahu berhijrah. Mereka sayang meninggalkan rezeki dan harta mereka yang banyak di Mekah. Mereka menzalimi diri sendiri, rela ditindas oleh kaum kafir. Ketika malaikat cabut nyawa mereka, mereka ditanya; Apakah agama mereka, sebab banyak hukum Allah tak buat. Mereka menjawab; Mereka dahulu adalah orang-orang yang tertindas di bumi kafir. Sebab itu mereka tidak dapat jalankan hukum Islam dengan sempurna. Malaikat tanya balik; Bukankah bumi Allah itu luas? Kamu bukan kena tinggal di situ sahaja. Pergilah ke negara Islam supaya kamu dapat mengamalkan agama dengan mudah.
Mereka tetap dihukum kerana tidak mengamalkan hukum Islam dengan sempurna, disebabkan mereka sendiri yang enggan berhijrah. Alasan mereka dihalang, tidak boleh diterima. Sama juga dengan melakukan ibadah yang tiada dalil sahih, dengan alasan ramai yang buat. Alasan ini Allah tidak terima. Mereka akan dimasukkan ke dalam neraka Jahannam, iaitu seburuk-buruk tempat kembali. Semoga Allah melindungi kita.
Ayat 98: Mereka yang tidak dapat berhijrah kerana lemah dari segi fizikal dimaafkan. Antaranya kaum lelaki yang uzur, kaum perempuan dan kanak-kanak. Mereka tidak mampu meloloskan diri keluar dari negara kafir. Tidak ada orang yang bawa mereka berhijrah ke negara Islam. Maka mereka ada alasan yang diterima oleh Allah SWT.
Ayat 99: Mudah-mudahan Allah akan mengampunkan mereka. Perkataan ‘Asaa’ dalam al-Quran membawa makna yakin. Yakinlah Allah akan memberi keampunan. Allah ingatkan kita dengan Sifat-Nya; ‘AFUWWAN, Allah Yang Maha Pemaaf dan GHOFUURAN, Allah Yang Maha Pengampun.
Ayat 100: Allah beritahu kelebihan berhijrah kerana agama. Allah akan beri kemudahan dan kebaikan. Hijrah kerana agama lebih baik daripada hijrah kerana dunia seperti mencari rezeki. Mereka berhijrah untuk menyelamatkan agama kerana tidak dapat mengamalkan cara hidup Islam dengan sempurna di negara asal. Dibolehkan tinggal di negara kafir dengan tujuan untuk berdakwah, seperti yang dilakukan oleh para Rasul dan pengikut mereka. Mereka berusaha untuk mengislamkan negara kafir tersebut. Orang-orang yang berhijrah kerana menjaga Allah, pasti Allah akan bantu. Nescaya mereka akan jumpa tempat tinggal yang luas dan kelapangan rezeki. Sekiranya mereka meninggal dunia sebelum sampai ke tempat hijrah, dia tetap mendapat pahala kerana usahanya. Allah ampunkan semua dosanya dan beri rahmat kepadanya. Ini adalah sifat Allah GHOFUURAN Yang Maha Pengampun dan RAHIIMAN Yang Maha Penyayang.
Ayat 101: Hukum 10: Kewajipan megerjakan solat dalam semua keadaan. Solat ketika dalam musafir iaitu Solat Qasar. Jihad dan Hijrah, melibatkan perjalanan yang jauh. Terutamanya ketika dalam peperangan, musuh boleh menyerang bila-bila masa. Ada keringanan dalam ibadat. Dalam keadaan apapun ibadat solat tidak boleh ditinggalkan tetapi boleh diringankan. Dalam musafir, kita boleh memendekkan solat. Empat rakaat jadi dua rakaat. Dalam peperangan, jika takut diserang musuh, dibenarkan Solat Qasar dan boleh solat sambil bergerak. Allah menjelaskan orang-orang kafir yang jelas menunjukkan permusuhan dengan orang-orang Islam, wajib diperangi.

GIVE AWAY SR X MITCH MEMOIR KAMPUNG BOY

 ASSALAMUALAIKUM





jOM JOIN GA SR NI..PI SEKADAR MARAMAIKAN SAJA.


Syarat-syarat GIVE AWAY SR X MITCH MEMOIR KAMPUNG BOY 

adalah seperti berikut:

1. Buat satu post entri bertajuk : GIVE AWAY SR X MITCH MEMOIR KAMPUNG BOY

2. Follow Blog Syazni Rahim.

3. Letak banner giveaway di atas dan backlink kan ke entri giveaway ini. 

4. Copy blurb ini (wajib):

Blurb Memoir Kampung Boy - Ia mengisahkan tentang cerita kanak-kanak di zaman 1970 dan 1980-an di mana watak aku (Kenit) memaparkan aktiviti serta apa yang dialaminya ketika itu. Ketika zaman tiada gajet yang canggih, ‘aku’ dan rakan-rakannya bermain apa sahaja yang dapat menghiburkan hati mereka. Kisah ini bermula perpindahan dari Pekan, Pahang ke Johor Bahru (JB). Di JB, ‘aku’ mendapat sahabat karibnya bernama Rais dan Kajid yang memperkenalkan banyak permainan sewaktu zaman dulu, seperti main ‘gundu’, baling selipar, tarik upih pinang, permainan ‘cakar ayam’ dan sebagainya. Namun masa amat mencemburui persahabatan mereka.

4. Copy ayat beserta link pada dua kenyataan di bawah:

Kenali Mitch! 

Shopee Menara Seni

5. Letak link penyertaan di ruangan komen pada entri ini.

+++

(Jika tak dapat copy direct, boleh copy link ini -  https://catatanseorangmitch.blogspot.com/ untuk 'Kenali Mitch' dan https://shopee.com.my/menaraseni untuk 'Shopee Menara Seni'.

Tuesday, 5 April 2022

BUDI BAHASA

 ASSALAMUALAIKUM



BUDI BAHASA
.
Sepantun syair budi bahasa,
tandanya kita orang berbangsa,
hidup di kota atau di desa,
adab dijaga senantiasa.
.
Budi bahasa disanjung tinggi,
bijak bestari menambah lagi,
berbuat baik pelbagai segi,
sifat mulia tidaklah rugi.
.
Budi bahasa budaya kita,
warisan lama sudah tercipta,
didikan diri mencapai cita,
walau ke mana arah merata
.
Budi bahasa insan budiman,
ambil yang benar jadi pedoman,
mudah berkawan atau berteman,
tidak bermusuh hidup pun aman.
.
Cerminan jiwa citra terserlah,
budi bahasa bukan masalah,
pekerti murni sifat terolah,
hanya semata kerana Allah.

Karangan syair sekadar wadah,
puisi lama susun kaedah,
moga beroleh akan faedah,
sampai di sini berakhir sudah.


PARIDAH ISHAK
Desa Melor Serendah
5/04/022

Sunday, 3 April 2022

AWAL RAMADAN

 ASSALAMUALAIKUM

SALAM TAKZIAH KEPADA ANAK PI TUAN UZAINI DAN SEISI KELUARGA JUSTERU KEHILANGAN AYAHANDA TERCINTA; TUAN MUDA AKHIR SYAABAN JELANG RAMADAN...DIDOAKAN ALLAH CUCURI LIMPAHAN RAHMAT-NYA TIDAK TERHINGGA, KE ATAS ROH ALLAHYARHAM... DIAMPUNI SEGALA DOSA... DAN BERADA DI KALANGAN PARA SOLEHIN BERIMAN KEKASIH2-NYA AMIIN YRBA

INNALILLAHIWAINNAILAIHIROJIUN




 

AWAL RAMADAN

.

Awal Ramadan menghulur salam

senyum di bibir ketara basah

senja berakhir bermula malam

kala begini kita berpisah

.

Genggaman tangan terlerai sudah

melepaskanmu berat sekali

renungan sayu tiada madah

takdir tersurat sejak azali

.

Berladung sayu menghiris sukma

gerimis duka luruh merenyai

sekian musim telah bersama

dibungkus hiba jiwa nan lunyai

.

Cinta Ilahi amat sempurna

hamba yang soleh undang bertamu

ke alam barzah tinggalkan fana

tiba waktunya bisa ketemu

 

Ramadan indah tarbiah tabah

pertemuan jua perpisahan

reda segala rahmat bertambah

seka tangisan perlahan-lahan


PARIDAH ISHAK

DMS

3/04/022


Friday, 1 April 2022

LILIN APRIL FOOL

 ASSALAMUALAIKUM


SALAM JUMAAT MULIA



lilin April Fool –

hari ulang tahun ‘Mim’

karangan doa

 

nota akhir Mac -

komputer riba siswa

siapa nanar


 

merpati putih –

ruang udara Ukhraine

solidariti

 

Hari Seniman

dua puluh tiga Mac –

karyawan nusa


PARIDAH ISHAK

DMS

104022

Air Terjun U

terjunan Iqbal Halim

renangan panik


Thursday, 31 March 2022

BERSESAK BERUNDUR-UNDUR

 ASSALAMUALAIKUM




Di mana pancang letak di sana,

langgai di selat mengawal suhun,

liar menjala digelar isim;

rencana rancang tidak sempurna,

bagai berbuat di awal tahun,

belayar pula di luar musim.

 

 Memaku pasak andur melendur,

selari hulu menejar palu,

agak semuat kopi memberat;

laku bersesak berundur-undur

nak lari malu,  kejar tak lalu

berlagak kuat tapi tak larat

 

.

Sergai mengilu merengus ayu,

menyulam kurma meratus hatta,

halua sanya lembab membasah;

bagai lalu hangus surut layu,

dalam dilema memutus kata,

kedua-duanya penyebab susah.


Bercanda hendak mengolah suka,
adinda tandak ralitlah kanda,
berdegup debar mengada-ngada;
daripada cempedak baiklah nangka,
daripada tidak baiklah ada,

hidup sekadar seada-ada.

MyBloglist