ASSALAMUALAIKUM
BUDI BAHASA
.
Sepantun syair budi bahasa,
tandanya kita orang berbangsa,
hidup di kota atau di desa,
adab dijaga senantiasa.
.
Budi bahasa disanjung tinggi,
bijak bestari menambah lagi,
berbuat baik pelbagai segi,
sifat mulia tidaklah rugi.
.
Budi bahasa budaya kita,
warisan lama sudah tercipta,
didikan diri mencapai cita,
walau ke mana arah merata
.
Budi bahasa insan budiman,
ambil yang benar jadi pedoman,
mudah berkawan atau berteman,
tidak bermusuh hidup pun aman.
.
Cerminan jiwa citra terserlah,
budi bahasa bukan masalah,
pekerti murni sifat terolah,
hanya semata kerana Allah.
Karangan syair sekadar wadah,
puisi lama susun kaedah,
moga beroleh akan faedah,
sampai di sini berakhir sudah.
PARIDAH ISHAK
Desa Melor Serendah
5/04/022
Tanpa budi bahasa manusia jadi sombong
ReplyDeleteBetul tu kak saya sokong
DeleteRalit saya baca puisi kak PI
ReplyDeleteBudi bahasa sangat-sangat penting kan kak. Lambang akhlak juga.
ReplyDeletesalam Ramadan Mubarak buat Kak PI, cantik bait-bait pantun kak Paridah,memang benar adab dan budi bahasa kini makin terhakis dan amat membimbangkan.. khasnya di dunia sosialmedia..
ReplyDeleteana, ni amilah, sk serundum. kau buat apa kat sini? baca puisi ya...
DeleteAssalamualaikum kak paridah, moga sentiasa berada dalam kesihatan yang baik.
ReplyDeleteAhli bidalan mengukir kata: “Tanda orang berbudi bahasa, apabila bercakap tahukan rasa”.
pantun yang indah, seindah sifat berbudi bahasa itu sendiri
ReplyDeletekaya budi bahasa terjaga personaliti dan sikap
ReplyDeletebudi bahasa perhiasan peribadi
ReplyDelete