ASSALAMUALAIKUM
Di mana pancang letak di sana,
langgai di selat mengawal suhun,
liar menjala digelar isim;
rencana rancang tidak sempurna,
bagai berbuat di awal tahun,
belayar pula di luar musim.
laku bersesak berundur-undur
nak lari malu, kejar
tak lalu
berlagak kuat tapi tak larat
Sergai mengilu merengus ayu,
menyulam kurma meratus hatta,
halua sanya lembab membasah;
bagai lalu hangus surut layu,
dalam dilema memutus kata,
kedua-duanya penyebab susah.
Bercanda hendak mengolah suka,
adinda tandak ralitlah kanda,
berdegup debar mengada-ngada;
daripada cempedak baiklah nangka,
daripada tidak baiklah ada,
hidup sekadar seada-ada.
Saya singgah sini ya Kak PI
ReplyDeleteTKSH SYAZ SUDI SINGGAH
DeleteGurindam ke syair ini kak
ReplyDeleteTALIBUN NI DIK PANTUN ENAM KERAT
Deleteaduh kak PI, banyak betul perkataan yang dana tak paham heehheheeh
ReplyDeleteTKSH DANA BAHASA MELAYU KITA LUAS PERBENDAHARAAN KATANYA
DeleteTinggi bahasa ni, sukar untuk difahami.
ReplyDeleteTKSH DIK BM KLASIK MEMANG INDAH KAN
Deleterangkap ke-empat tu je yg faham...
ReplyDeletebanyak perkataan baru pertama kali dengar..
TKSH NOHAS TAMBAH TAHU TU ALHAMDULILLAH
DeleteJarang Mrs. A jumpa pantun 6 kerat.
ReplyDeleteTinggi bahasanya
abe kie kena baca perlahan2 baru dapat tangkap apa maksudnya...
ReplyDeletepantun 6 kerat... kalau sy separuh je boleh jd ni ��
ReplyDelete