RAMADAN MULIA
.
Ilahi Rabbi Azzawajalla Esa,
ampunilah akan segalanya dosa.
.
Selawat dan salam tiasa lafazkan,
Nabi Muhammad tak pernah dilupakan.
.
Ramadan mulia tajuknya karangan.
puisi nazam coretan seiringan.
.
Allah janjikan ganjaran sempurna pasti,
tatkala Ramadan ibadah tak henti.
.
Umpama musimnya menyemai benihnya,
kelaknya di syurga menuai hasilnya.
.
Tunaikan puasa selama sebulan,
sedekah jariah semarak amalan.
.
Bersungguh-sungguh mahu beramal soleh,
temu lailatulqadar semoga terpilih.
.
Ilahi Rabbi Azzawajalla Esa,
ampunilah akan segalanya dosa

Aamiin...
ReplyDeleteaamiin tksh norbaizura
DeleteSelamat menyambut 1 ramadhan kak PI 🎉🎉. Semoga lancar puasa kita sampai ke akhir yaaa
ReplyDeletetksh fanny salam Ramadan selamat beribadah puasa dll
DeleteSelamat Menyambut Ramadhan Al Mubarak dan Selamat Berpuasa.. Semoga ramadhan kali ini lebih baik dari yang sebelum amin..
ReplyDeletetksh cikgu salam Ramadan mubarak selamat beribadah puasa dll
DeleteInshaAllah semoga kita dapat tunaikan puasa dengan tertib dan diterimaNya ya
ReplyDeletesemoga kita bertemu Lailatulqadar...
ReplyDelete