RAMADAN MULIA
.
Ilahi Rabbi Azzawajalla Esa,
ampunilah akan segalanya dosa.
.
Selawat dan salam tiasa lafazkan,
Nabi Muhammad tak pernah dilupakan.
.
Ramadan mulia tajuknya karangan.
puisi nazam coretan seiringan.
.
Allah janjikan ganjaran sempurna pasti,
tatkala Ramadan ibadah tak henti.
.
Umpama musimnya menyemai benihnya,
kelaknya di syurga menuai hasilnya.
.
Tunaikan puasa selama sebulan,
sedekah jariah semarak amalan.
.
Bersungguh-sungguh mahu beramal soleh,
temu lailatulqadar semoga terpilih.
.
Ilahi Rabbi Azzawajalla Esa,
ampunilah akan segalanya dosa

No comments:
Post a Comment
Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”