Thursday, 12 February 2026

SOMBONG

  ASSALAMUALAIKUM



SOMBONG

.

Pelombong lelah, gayanya serlah;

sombong  adalah sifatnya Allah.

.

Pelbagai herba, diayak gabung;

sebagai hamba tak layak sombong.

.

Lilau di lombong mencuci cawan;

jikalau sombong dibenci kawan.

.

Olah serombong segi selari;

usahlah sombong meninggi diri.

.

 Markisa, abung, pulasan petik;

merasa sombong perasan cantik.

.

Galah dibawa, mengandar rebung;

didiklah jiwa menghindar sombong.

.

Galau merata serahi lambung;

walau berharta jauhi sombong.

.

Menggulai kembung berkati-kati;
menilai sombong berhati-hati.

No comments:

Post a Comment

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”

MyBloglist