Monday, 9 February 2026

GELANGGANG SASTERA

 ASSALAMUALAIKUM


 

 

ASSALAMUALAIKUM.

 

 

 




GELANGGANG SASTERA

 

Sejak sekolah rendah aku suka menulis dan membaca. Novel dan pelbagai karya kreatif amatku minati. Aku pun berangan-angan ingin memasuki aliran sastera setelah tamat SRP. Tertunailah hajatku kerana keputusan peperiksaan melayakkan aku ke situ. Subjek berkaitan sastera melonjakkan markahnya. Walaupun aku boleh juga menguasai subjek matematik, aku langsung tidak peduli. Aku leka dengan sastera saja. Tapi minatku itu tidak membawaku ke mana-mana. Aku cuba melupakannya lantaran kesibukanku mengurus kehidupan. Namun takdir masih meletakkan dalam gelanggang sastera yang dipenuhi penggiatnya yang pelbagai gelagat, aliran, gelaran yang membezakan status. Fahaman penulis mengikat ketaksubannya kuterima. Malas aku nak pening kepala memikirkannya. Asal mereka berbahagia terpulanglah. Perlahan-lahan aku menjauh kerana sedar diri. Aku bukan sesiapa dan tidak layak berkawan dengan penulis-penulis glamer yang hebat kecapaiannya dalam dunia penulisan.

.

sains sosial -

awal persekolahan

gelanggang krisis

 

MENUAI SAWIT

 

Menuai sawit dari pohonnya perlukan daya tenaga tidak sedikit. Ketika pokoknya masih rendah perlu gunakan cop besi yang tajam untuk memotong tandan buahnya. Kemudian dikumpulkan setempat di atas platform menunggu lori mengangkutnya ke kilang pemprosesan. Masa berlalu pohon sawit semakin meninggi. Cop buah yang berkayu panjang semester tidak berguna lagi untuk memotong tandan sawit.

Terpaksa pula menggunakan galah yang panjang untuk mengait sawit dari pohonnya. Ketika ini memang menjadi masalah untuk mendapatkan khidmat penuai sawit. Agensi felda plantations menggunakan khidmat pekerja dari Indonesia, Bangladesh dll negara untuk menguruskan ladang jika peneroka tidak berupaya. Tambahan pula anak-anak tidak lagi berminat melakukan kerja keras di kampung. Hanya segelintir sahaja masih berada di skim felda sebagai generasi kedua dan ketiga.

Nampaknya masalah menuai sawit ada solusi dengan mesin penuai sawit yang telah dicipta. Mungkin kegunaannya praktikal dah mudah dikendali. Aku melihat video di facebook mengait sawit menggunakan mesin itu dan terus meletakkannya di dalam lori.

.

wanita muda –

jentera tuai sawit

kreativiti


No comments:

Post a Comment

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”

MyBloglist