Thursday, 26 February 2026

KETAM NIPAH

 ASSALAMUALAIKUM

Tadi aku prepare nak siang lagi 30 ekor ketam nipah yang aku beli sekor RM1.50 ni. Tiba-tiba anak aku pegang sekor.
Bila aku tengok anak aku pegang ketam tu, terus aku flashback zaman aku kecik.
Dulu mak aku nak siang siput sedut. Aku pulak buat operasi menyelamat senyap-senyap.
Aku culik 2 ekor, masukkan dalam bekas aiskrim, sorok dalam bilik. Dalam kepala aku masa tu aku bukan budak biasa.
Aku hero.
Hero penyelamat siput sedut.
Siap pernah bawak pergi sekolah tunjuk kat kawan.
“Kau tengok ni… siput aku.”
Kawan aku kagum macam aku bawak baby dinosaur .
Sekarang pusingan hidup tu datang balik.
Anak aku pegang ketam nipah hidup. Muka dia fokus macam saintis NASA jumpa planet baru.
“Abah, boleh bela tak?”
Aku pandang dia. Aku pandang ketam. Aku pandang masa depan aku yang mungkin kena jaga akuarium baru.
Aku jawab tenang,
“Tak boleh bela. Dia ketam air masin. Susah jaga.”
Belum sempat aku rasa menang hujah. Isteri aku menyampuk dari belakang:
“Alaaa kasi je lah bela. Bukan mahal pun. Sekor RM1.50 je.”
Aku diam. Aku pandang anak. Aku pandang isteri.
Dua lawan satu.
Aku angguk je lah macam menteri kalah undi parlimen.
Sejujurnya bukan aku kedekut. RM1.50 tu bukan isu sangat pun
Isunya…
Kat rumah aku dah ada 5 ekor ketam perhiasan warna warni aku bela. Jenis vampire crab.
Kalau aku tambah lagi seekor ketam nipah besar ni, aku rasa bukan aku bela ketam.
Aku buka cawangan zoo laut.
Tapi aku cakap jujur lah…
Kalau anak korang jenis minat bela ketam, jangan bela ketam nipah macam ni.
Bela lah vampire crab.
Cantik. Warna warni. Kecik. Macam kartun hidup.
Ni jenis yang selalu orang bela kat Malaysia
Purple Vampire Crab (Geosesarma bogorensis), warna ungu terang, mata kuning glow. Harga sekitar RM25 seekor kat seller tempatan. 
White Glove Vampire Crab, kaki macam pakai sarung tangan putih. Anaggaran orang jual sekitar RM18 seekor. 
Halloween / fancy morph vampire crab, warna terang eksotik, harga sekitar RM18 (harga ikut warna & saiz). 
Ada juga jenis lain macam Disco, Grey Star, Ruby Carnival, semua dari genus Geosesarma yang memang terkenal sebab warna terang dan mata glowing. 
Dan korang nak tahu tak
Saintis baru jumpa spesies baru vampire crab di Gunung Jerai Kedah tahun 2025, nama dia Geosesarma bunian. 
Ketam Bunian taw saintis jumpa
Maknanya
Negara kita sendiri pun ada ketam vampire rare. Bukan setakat luar negara je.
Korang yang ada anak kecil. Kalau dia nak bela haiwan, bagi je. Tak kisah lah ikan ke, kucing ke, kura-kura ke, ketam ke.
Biarlah rumah sepah sikit.
Biarlah bising sikit.
Biarlah penat sikit.
Sebab dari situ dia belajar benda yang tempat lain tak ajar, tanggungjawab, empati, sabar dan nilai kasih pada makhluk hidup
Dan satu hari nanti dia besar, dia mungkin lupa nama ketam tu.
Tapi dia takkan lupa perasaan jaga sesuatu yang bergantung pada dia.
Dan percayalah…
Dari seekor haiwan kecil tu lah sebenarnya dia belajar jadi manusia besar.



No comments:

Post a Comment

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”

MyBloglist