Monday, 26 May 2025

PUISI SAHABAT GRAHA SPTA

 ASSALAMUALAIKUM



PUISI HADIAH SAHABAT GRAHA SPTA

HADIAH HARI LAHIR

Sempena ulang tahun kelahiranku pada 24 Mei yang lalu, aku berasa amat terharu apabila Salmah Amir, Syidah Ida, Sabariah Nor Salleh, dan Hamimah Ibrahim sudi menghadiahkan puisi-puisi indah buatku.
Karya-karya kreatif mereka, dalam pelbagai genre, merupakan luahan hati yang ikhlas sebagai tanda penghargaan terhadap ikatan persahabatan yang telah terjalin sekian lama dalam grup penulisan SPTA SifuTabirAlam.
Tiada kata secantik bahasa untukku ungkapkan rasa terima kasih ini. Hanya ucapan setulus hati atas budi baik yang amat kusanjungi.
24 Mei -
karya sahabat Graha
terima kasih

PARIDAH ISHAK

Paridah Ishak nama diberi
Anak Kedah dibesarkan di Pahang
Ramai peminat kerana karyanya
Indah berbahasa dalam puisi
Dapat penghargaan di mana saja
Ayu orangnya lagi comel
Hatinya bersih jujur sikapnya
Inilah hari istimewanya puan Paridah
Selamat Hari Lahir wahai dinda
Hatiku senang bersahabat denganmu
Antara rakan yang ikhlas padaku
Kasih sayangku tulus untukmu
Salmah Amir
24 Mei 2025
JDT

PARIDAH ISHAK
Paridah Ishak penulis prolifik
Anak kelahiran Kedah Darul Aman
Rajin menulis pelbagai genre
Indah pekertinya amat disegani
Dulu kini dan selamanya
Anggun orangnya mesra menyapa
Hatinya mulia seindah namanya
Idola buat sahabat dan juga diriku
Sangat bijak mengarang puisi
Harum namanya dikenali ramai
Antara penulis yang berbakat besar
Kelerai Impian salah satu novelnya
SYIDAH IDA
Pelabuhan Klang, Selangor
24, 5, 2025

PARIDAH ISHAK
Sahabat mayaku
Paridah Ishak
insan gigih
optimis
Penulis prolifik
banyak idea
saban hari
berkarya
Moga lebih tabah
di masa depan
dapat gapai
impian
Ucapan dan doa
setulus hati
hari lahir
ceria

SABARIAH NOR SALLEH
Dungun, Terengganu.
24.05.2025

PARIDAH ISHAK BERHATI WAJA
Indah di pihak hebat bergaya,
lorat tetamu diharap sampai;
Paridah Ishak sahabat maya,
hasrat bertemu harap tercapai.
Kerap semangat pelari akhir,
dekat rebana lihat dipalu;
ucap selamat di hari lahir,
berkat usia sihat selalu.
.
Saat berkelah cari pemuda,
tiga sekali askar bersembang;
bakat terserlah sedari muda,
sehingga kini mekar berkembang.
Faham ditanya jurus ke hilir,
bilis setempat berkati reja;
ilham berkarya terus mengalir,
penulis hebat berhati waja.

HAMIMAH IBRAHIM
25.5.2025
Lendu, Melaka.

4 comments:

  1. Replies
    1. tksh dik alhamdulillah rahmat persahabatan

      Delete
  2. Tak sangka kak PI Gemini juga ☺️. Ini baru teman2 yang 1 circle, 1 hobi, dan 1 hati ❤️❤️. Puisinya baguuus, dan mereka pun pandai membuat puisi yg sama indah pilihan katanya seperti kakak

    Happy belated birthday kak 🎂🎂🥳

    ReplyDelete
    Replies
    1. tksh fanny heh heh 1 circle ya terbaik

      Delete

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”

MyBloglist