ASSALAMUALAIKUM
ANAK DAN IBU
Ibunya menyebut
namanya perlahan, dengan suara yang amat lemah. Wajah anak kecil itu tampak
tidak senang, malah beriak marah. Mungkin hatinya berkata, "Mengapalah
orang yang hodoh ini, yang hanya terbujur di tilam, asyik memanggil-manggil
namaku?" Dia langsung tidak kenal siapa wanita itu. Dan dia juga tidak
faham mengapa ramai orang turun naik ke rumah atuknya, kemudian mengelilingi
tubuh yang terbaring itu.
Setelah
beberapa lama di rumah atuk, ayahnya membawa dia dan wanita yang sakit itu
pulang ke rumah mereka sendiri. Hanya setelah tiba di rumah, barulah dia sedar
— wanita yang sering menyebut namanya itu sebenarnya ibunya. Ibunya yang kini
terlantar tidak berdaya akibat kecederaan parah dalam kemalangan jalan raya.
Dia, kakaknya, abangnya, dan adiknya yang baru berusia 50 hari turut terlibat
dalam kemalangan itu.
Alhamdulillah,
mereka semua terselamat dan hanya mengalami kecederaan ringan. Namun kerana
atuknya perlu menjaga ibunya yang sakit, ayahnya terpaksa menyerahkan adiknya
kepada mak ngah di Kuala Lumpur untuk diasuh.
Kini, hanya dia
yang menemani ibunya ketika atuk dan ayahnya keluar bekerja. Dia akan berusaha
menyuapkan nasi ke mulut ibunya dan memberinya minuman. Namun, lebih banyak
makanan yang tumpah berbanding yang masuk ke mulut ibunya.
Sikap anak
kecil yang baru berusia tiga tahun, tetapi berusaha membantu ibunya yang
terlantar sakit itu, mengundang rasa hiba kepada sesiapa sahaja yang
melihatnya.
Anak itu terus
setia di sisi ibunya, sehinggalah ibunya kembali sedikit bermaya dan mampu
menguruskan diri sedikit demi sedikit.
“Kalau saya
masuk universiti nanti, siapa nak teman mak ya?”
“Mak duduk
soranglah…”
“Tak takut?”
“Mati pun
sorang jugak…”
Ibunya
tersenyum, gembira mendengar anaknya yang baru di Tahun Tiga sudah mempunyai
impian untuk ke menara gading.
Dan anak kecil itu akhirnya berjaya merealisasikan impiannya — menjadi seorang graduan. Kini ibunya pula yang kesunyian, kehilangan peneman setia yang selama ini menemani deritanya. Dia tidak mengharapkan apa-apa lagi, selain melihat anak-anak permata hatinya hidup bahagia. Kesendirian dan kesepian kini menjadi teman yang telah sebati dalam hidupnya
Kejayaan anak kebahagiaan ibu
ReplyDeletetksh wp benarlah begitu
DeleteBila seorang ibu melihat anaknya berjaya....hati nya cukup bahagia sebab lega kerana keadaan anak nya lebih baik daripada nya.
ReplyDeletetksh dik kejayaan anak kebahagiaan ibu
DeleteIbu ni anugerah besar utk anak anak..
ReplyDeletetksh dik ya anugerah Allah tiada bandingannya
Deletesejuk perut ibu mengandung bila melihat anaknya berjaya
ReplyDeleteKrn sejatinya di saat anak2 sudah dewasa, mereka memang mempunyai kehidupan sendiri. Mau tak mau ibu akan sendiri, atau berdua dengan spouse jika masih hidup. Yg pasti , walau jauh dari anak pun, tak pernah lepas doa ibu utk si anak.
ReplyDelete