ASSALAMUALAIKUM
MISTERI MIMPI
Pada
waktu malam atau siang, mimpi kadang-kadang hadir tanpa diduga. Ia seolah-olah
satu gambaran daripada kisah nyata. Kita pula seakan-akan berada dalam situasi
tersebut. Ada kalanya mimpi memaparkan memori indah dari masa lalu. Namun tidak kurang juga yang menakutkan hingga
membuat kita ingin segera "keluar" dari dunia mimpi itu.
Menurut
Ustaz Badlishah, jika seseorang mengalami mimpi yang dirasakan membawa tafsiran
buruk, disarankan untuk meludah ke
sebelah kirinya. Tetapi secara pura-pura
sahaja. Selain itu, mimpi seperti ini juga tidak sepatutnya diceritakan kepada
sesiapa.
Beliau
menjelaskan bahawa mimpi diibaratkan seperti burung yang terbang. Jika mimpi
itu ditafsirkan sama ada baik atau buruk, seperti burung itu telah hinggap. Dan
kesannya mungkin mula berlaku. Oleh itu,
adalah lebih baik untuk merahsiakan setiap mimpi yang dialami.
malam
gelita –
helang
berekor putih
petua
mimpi
minta dijauhkan perkara-perkara buruk
ReplyDeleteamiin ya doa sebelum tsur n setelah bangun tksh dik
DeleteTak tidur kalau tak mimpi
ReplyDeletetksh wp heh heh nk mimpi tido dulu
DeleteIngat cerita nabi Yusuf pula ☺️. Sekarang ini ntahlah masih ada orang yg pandai menafsirkan mimpi atau tidak
ReplyDelete