Friday, 2 May 2025

MENGAPA?

 ASSALAMUALAKUM

SALAM JUMAAT MULIA



MENGAPA?

 

 

Mengapa  malas membaca?

menyelak makalah mentafsir makna

memaksa minat minda mencerna  memahaminya

mahu mencari maklum mengetahuinya

masih melupakan masa makin mara menjauh

meninggalkanmu mundur

 

Mata  merenung mendalami misteri

menelusuri makrifat

merungkai muslihat

mengelirukan

.

Mengapa malas menulis?

meninta majas metafora

menceritera malang mendera

menyelami mungkar mudarat

masalah melingkari maslahah

meleraikannya

.

Mencoretkan madah mapan meluah misi

mungkin mengukir mercu mimpi

meneguhkan mandiri

menjaga maruah

6 comments:

  1. sy tetap membaca akhbar bercetak sbb nak rasa aura pegang paper gitu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tksh cikgu turut menyokong lestari sastera bercetak

      Delete
  2. kalau zaman dulu berebut nak surat khabar sebab nak tengok arini sampai malam ada cerita apa....hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. heh heh baca suratkaba nak tahu program tv ja ya tksh dik

      Delete
  3. Dah lama tak menulis secara alami.
    Membaca masih lagi terutama membaca al-Quran.

    ReplyDelete
  4. sy kalau membaca masih lagi nak pegang buku fizikal...
    baca online ni cepat nau mengantuknya hahaha

    ReplyDelete

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”

MyBloglist