ASALAMUALAIKUM
Hari Tentera –
Sarjan Hassan Bin Othman
sentuhan wira
ASALAMUALAIKUM
ASSALAMUALAIKUM...
SULTAN BADLISHAH DAN
MALAYAN UNION
Sultan Badlishah ialah
sultan Kedah ketika British hendak menubuhkan Malayan Union pada 1947. Baginda turut
berperanan menentang penubuhannya bersama sultan Melayu dan rakyat. British telah
memaksa semua sultan di Tanah Melayu untuk menandatangani persetujuannya
setelah tamat perang dunia kedua. British berhasrat meletakkan Tanah Melayu
sebagai jajahannya. Melalui gagasan Malayan Union negeri di Tanah Melayu disatukan. Dan semua
asset negeri akan diambil British. Kewarnegaraan imigran akan diberi dan
mendapat hak yang sama. Sultan Melayu hanya diberi hak dan kuasa terhad. Harold
Mac Michael yang berada di Palestin pun tiba untuk tujuan itu pada 1945. Sultan
yang tidak setuju akan diturunkan dari takhta dan dituduh menyokong Jepun. Terpaksalah
semua sultan mendatanganinya walaupun tidak bersetuju pada dasarnya. Sultan Badlishah
berunding dengan Yang Di Pertuan Negeri Sembilan dan sultan Tanah Melayu yang
lain. Baginda telah menghantar surat pada perdana menteri British, pihak
pembangkang house of common dan pada media di Britain. Baginda juga melantik
peguam di sana untuk menentang pembentukan Malayan Union mewakili semua sultan
di Tanah Melayu. Akhirnya gagasan Malayan Union gagal. Manuskrip sejarah hasil
kajian Prof Muati
padi menguning –
Sultan Negeri Kedah
surat sejarah
ASSALAMUALAIKM
BROKEN ENGLISH
.
Aku baru sahaja tiba di Desaru bersama suami dan anak kecilku untuk bercuti. Kami berlegar-legar menikmati keindahan alam sekitar. Ketika itu, petang sudah beransur senja.
Tiba-tiba seorang wanita Inggeris menghampiriku lalu bertanya, dalam bahasa ibundanya, bagaimana hendak mendapatkan tempat penginapan di situ.
“I’ve just arrived here. I don’t know. Maybe you can go over there,” jawabku pantas sambil menunjukkan sebuah bangunan di sudut kawasan itu.
“Thank you,” balas wanita itu.
“Where you from?” tanyaku sekadar mahu berbahasa.
“Australia.”
“It’s very far away,” kataku spontan. Wanita itu hanya tersenyum kecil mendengarnya, lalu berlalu menuju bangunan yang kutunjukkan tadi.
Aku sempat termenung sejenak. Betulkah grammar bahasa Inggerisku itu? Heh heh… lantaklah.
.
horizon senja –
perempuan Inggeris
wacana musykil
ASSALAMUALAIKUM
CEMPURIAN NANGKADAK
.
Tahukah tentang
cempurian? Aku pun baru tau setelah membaca catatan Blogger Warisan Petani dalam laman
blognya. Beliau turut sertakan gambar cempurian tersebut. Rupanya cempurian
ialah hasilan campuran antara gen cempedak dan durian. Tapi peliknya tidak
menjadi durian berbentuk cempedak. Masih juga berupa biasa seperti cempedak.
Mungkin bergabung rasa dan aroma kedua-duanya. Aku pun teruja hendak
merasainya. Selain cempurian beliau juga menulis tentang buah nangkadak. Buah
apa pula tu? Nangkadak ialah hasilan gen buah nangka campur cempedak. Jadilah
nangkadak. Rajin betul sahabat blogger mantan pegawai awam ini berusaha
memajukan dusunnya dengan pelbagai produk pertanian.
.
petani moden -
cantuman gen cempedak
jana idea
ASSALAMUALAIKUM
NOVEL BARU
.
“Tulislah novel baru
Idah. Kau sambung saja kisah Aisyah dalam novel Kelarai Impian tu.” Kawanku
memberi saranan. Aku tersenyum saja. Kawanku antara yang telah membeli novel
karyaku dan membacanya sebagai tanda sokongannya. “Kau tak tahu Bid berbelas
tahun aku ambil masa untuk siapkan novel tu. Mulanya tulis dengan pen dalam
buku. Kemudian pindah dalam komputer. Masih juga tak siap. Sebab komputer
meragam dan rosak, terpaksa berkali-kali ganti komputer. Jeran dah aku nak
tulis novel Bid,” aku bermonolog dalam diam. Tiba-tiba aku menerima e-mail bank
sertakan slip penjelasan bayaran royaltI novel Kelarai Impian berjumlah sekian.
Tidaklah banyak. Alhamdulillah. Aku hanya berharap walau menulis sekali namun hasilnya
berkali-kali. Heh heh. Terima kasih sahabat SPTA, Yahti Hayati, Sabariah Nor
Salleh, Hamimah Ibrahim, Syidah Idah turut membeli novel karyaku.
Hari Sastera –
novel karya penulis
royalti pasif
ASSALAMUALAIKUM
BULI
Mohd Fudzail seorang
penulis mapan menulis pengalamannya dalam Dagang News mendepani pelajar senior
yang membulinya tika belajar di sekolah menengah berasrama penuh. Menjadi
memori pahit tika beliau dizalimi pelajar senior mengarahkan berlari keliling padang pada
tengah malam tanpa alas kaki, disimbah dengan air kala sedang tidur. Kadang
dipukul tanpa sebab dengan hamburan hinaan dan cercaan.
Dua orang anakku juga antara pelajar bersekolah di tempat yang sama dengan Penulis ini tapi pada
jarak tahun berbeza. Anakku yang pertama tidak pernah bercerita bahawa dia
pernah dibuli pelajar senior. Adiknya pula suarakan keluhannya merasa tidak
selesa bersekolah di situ. Mungkin dia mengalami sesuatu yang tidak mahu
diceritakannya padaku. Aku juga pernah tinggal di asrama sekolah menengah Maran
selama dua tahun. Dan dua tahun di Kuantan. Tapi aku tidak pernah dibuli
sesiapa. Dan aku juga tidak pernah membuli pelajar junior.
Membaca berita tentang
kisah Zara Qairina dibuli rakan-rakannya sehingga menyebabkan kematiannya, aku termangu.
Sedih terharu. Seolah aku tidak percaya kejadian tragis begitu berlaku. Rentetan
itu pecah suara seluruh Malaysia menuntut keadilan untuk Zara Qairina. Memang sepatutnya
itulah tindakan pihak berkuasa sejak awal. Bukan setelah dikebumikan jenazahnya
selama 23 hari baru nak dibuat otopsi. Usaha menggali kuburnya semula pada malam
hari. Dan hujan pula turun. Suasananya syahdu.
mangsa pembuli
pelajar tahap satu -
Zara Qairina
ASSALAMUALAIKUM
TRAUMA
Ketika dalam perjalanan pulang dari PD ke Serendah, anakku
singgah di sebuah gerai buah-buahan. Dia bercadang membeli buah-buahan potong
seperti nenas, betik dan buah nangka yang tersusun beberapa ulas di dalam bungkusan plastik.
“Qori nak nangka?” mamanya bertanya.
“Tak nak. Qori dah trauma makan nangka.” Qori trauma pula, desis
hatiku. Qori pun faham maksud trauma.
“Dulu masa makan nangka ada ulat dalamnya.” Qori jelaskan
sebabnya.
“Baguslah Qori trauma, tak habis duit mama membelinya. Papa Qori
dah trauma dengan macam-macam makanan la ni.” Aku tersengih saja kerana
memahami maksud anakku merujuk pada papa Qori yang mulai berpantang mengambil
makanan tertentu demi menjaga kesihatan dirinya.
.
betik sekaki –
bungkusan buah nangka
gangguan trauma
ASSALAMUALAIKUM
MAKAN PERCUMA
Aku bukan berminat tengok video reel @facebook. Tapi kalau ada sahabat
konggsikan aku tengok juga. Sahabat penulis; Amir Hamzah kongsikan video
paparkan keluhan seorang peniaga wanita tentang kisah pelanggan restorannya
yang tidak membayar harga makanan telah dimakan. Bil beberapa orang pelanggan
disebutkannya. Ada pelanggannya minta dibungkuskan pelbagai jenis lauk-pauk
kesukaan seperti gulai ikan dll. Tapi tertinggal pula Aku terkenangkan
pengalamanku suatu ketika dulu pernah berniaga di kedai makan. Aku menjual nasi
lemak, mi rebus, kuih-muih dll. Ramai pelangganku begitu. Mereka datang, makan
dan pergi begitu saja. Tanpa membayarnya. Aku menulisnya dalam buku sebagai hutang.
Tapi mereka tidak teringin hendak jelaskan hutangnya. Aku rasa jumlah semuanya
ribuan ringgit juga. Aku dan suami kerugian. Akhirnya perniagaan itu
dihentikan. Dan cuba beralih perniagaan baru.
menu pelanggan –
patin masak tempoyak
urus niaga
ASSALAMUALAIKUM
ASSALAMUALAIKUM
AQIL HARITH
ASSALAMUALAIKUM
ASSALAMUALAIKUM
KEBUN MELAYU
Ah Chu berkebun dalam semak di tanah kerajaan sisi kedainya, tulis kawanku Blogger Mohd Kholid dalam https://mohamadkholid.blogspot.com/2025/06/kebun-melayu.html?m=1.
“Kenapa tak bersihkan dulu semuanya?” dia bertanya.
“Oh itu kebun Cina. Aku ikut cara kebun Melayu.” Kawanku
termangu memikirkan maknanya. Aku teringatkan kebunku di kampung. Memang semak
juga. Tapi ada pelbagai tanaman kontan serba
sedikit dan tumbuhan asal seperti cemperai, kaduk, ubi kayu, serai kayu,
tenggek burung, paku pakis sayur dll. Kalau nak berulam atau untuk menyayur
masuk saja dalam semak mencarinya. Tidak perlu dibaja untuk kesuburannya. Tiada
racun apa pun digunakan mengawal serangan serangga perosak. Bagiku makna kebun Melayu lebih pada tanah
yang dimiliki Melayu. Walau hasilnya tidak seberapa tetap mampu menghidupkan
pemiliknya.
kebun Melayu –
ulam nasi kerabu
organik asal
ASSALAMUALAIKUM
PUISI HADIAH SAHABAT GRAHA SPTA