ASSALAMUALAIKUM
HARI MELAYU
Termaktub hari naskhah Melayu
Ahad diberi nama Sepungguk
bahasa
lama malar tak layu
pesona
tahu terangguk-angguk
.
Isnin mengganti akan Cemuras
Selasa
pula sinar Kejora
wajah
berubah erti selaras
indah
berseni susun bicara
.
Payang pilihan kepada Rabu
Khamis
berubah jadi Mahsilau
aksara
silam beribu-ribu
menyuluh
erti ilmu berkilau
.
Berkalih Rimpun sandar Jumaat
bezanya
cuma lafaz sebutan
berlalu
waktu meniti saat
lakar
sejarah penuh catatan
.
Sajana
tentu adalah Sabtu
genaplah
tujuh susun bilangan
peribahasa
memang begitu
perkara
lalu tinggal kenangan
-
Keindahan bahasa lama yang tidak lapuk ditelan zaman.
ReplyDeletetksh dik luas perbendaharaannya n amat indah
DeleteAssalamualaikum kak, moga sentiasa diberikan keshatan yang baik. indah bahasa melayu dulu2.. generasi sekarang seperti saya agaknya tak berapa nak mengerti.. samalah jika kita baca kitab kuning sorang2..pening
ReplyDeletewsalam tksh ustaz ya bahasa Melayu kita amat indah bermakna kena rajin menelitinya
DeleteSaya baru tahu beberapa nama hari di bahasa Melayu, dulunya sangat berbeda nama dibanding skr yaa 👍👍👍
ReplyDeletetksh fanny ya bahasa kita yg klasik dah dilupakan
Delete