ASSALAMUALAIKUM
i
TANGISAN TENGAH MALAM
Blogger Mohamad Taufik @https://ini-cara-hidupku.blogspot.com/ bercerita pengalamannya menerima panggilan talipon dari seorang wanita pada tengah malam tika sedang bertugas di pejabat. Sebagai seorang polis beliau berusaha mencatat aduan walau wanita itu hanya menangis di hujung talian. Akhirnya wanita itu berjaya ditenteramkan hatinya. Dan menceritakan masalahnya. Seorang pegawai polis dihantar menemui wanita itu. Menurut kawanku walau masalah itu remeh dan peribadi tetapi pihak polis tetap juga memberi perhatian. Kata wanita itu pada polis yang menemuinya bahawa dia bergaduh dengan suaminya dan merasa amat sedih. Dia tidak tahu hendak mengadu pada siapa berkongsi rasa. Aku tersenyum membaca coretannya. Begitulah seorang wanita kalau stress. Polis pun jadi mangsanya luahkan rasa. Jarang pegawai polis suka menulis berkongsi pengalaman kerjayanya justeru kekangan tugas yang menggelutinya. Anak saudara PI juga seorang pegawai polis sangat berbakat menulis dan melukis tapi meninggalkan minatnya kerana kesibukan dihadapinya menangani tugasan rumit. Usaha Blogger Mohamad Taufik memang patut dipuji. Beliau seolah membuka hijab alam polis yang tersembunyi......tahniah dik.
Hari Wanita –
pegawai polis muda
desis keluhan
sedih dgr kisah isteri sebegini...bekerja dgn publik, mmg akan hadapi pelbagai karenah...
ReplyDeleteapabila sudah lama dipendam perasaan, jadi dia perlukan seseorang untuk meluahkan nya
Deletemula-mula tadi ingatkan panggilan misteri kak , nasib baik memang betul wujud pemanggilnya hehe :)
ReplyDeletesetakat ni masih terima panggilan tak berapa misteri lagi huhuhu...minta dijauhkan lahhh.....tapi bila dapat pun nak tak nak kena juga hantar polis ke sana.
DeleteKadang-kadang kehidupan belakang tadbir frontliner bagaikan pelangi. Namun kerjaya mereka begitu mulia. Semuga semua yang berkhidmat Allah lindungi walau di mana berada semasa bertugas atau di mana saja. Al fatihah juga buat warga FRU yang terkorban
ReplyDeleteterima kasih kerana mendoakan kami....terima kasih juga kerana turut bersedih atas pemergian anggota FRU yang terkorban.
Deletelepas nie memang kena kerap2 telifon 999 lah...kikiki...
ReplyDeletekalau MERS 999 kena tapis dulu...direct IPD je terus huhuhuhu...
Deletedia dah tak tahu nak luahkan pd siapa lg laa tu dah lama pendam
ReplyDeletemenurut pengadu, kejadian tu pun sudah berulang beberapa kali... jadi sudah terlalu berat baginya untuk menahan lagi.
DeleteTerima kasih kerana mengetengah pengalaman dan kisah tugas saya sebagai anggota PDRM terutama penugasan PKD di balik layar.
ReplyDeletetksh kembali dik terbaik rajin respons persoalan shbt blogger heh heh
DeleteIn shaa Allah, ada masa free boleh je nak respon hihihi
Delete