Friday, 23 May 2025

FADILAT SUNAT ISRAK

 ASSALAMUALAIKUM



FADILAT SOLAT SUNAT ISRAK

.

Aku  bukan hendak menjadi ustazah Google. Tapi  hanya hendak berkongsi sedikit ilmu yang diperolehi tika menghadiri kuliah agama di kampungku.

Ustaz  yang memberi kuliah menerangkan jikalau kita melakukan solat Israk dua rokaat memohon doa agar Allah permudahkan urusan kita hari ini sepertimana sinar mentari menyeluruhi alam ini nescaya Allah akan melancarkan niat kita tanpa aralnya.

Itulah yang seringku amalkan jikalau terasa hendak berurusan penting. Insya-Allah.

Solat  sunat Israk dilakukan menurut waktu yang terhad iaitu jam 7.30 pagi hingga 8.00 pagi.

Dilakukan 4 rokaat secara 2 rokaat berasingan. Solat 2 rokaat pertama mendoakan kesempurnaan urusan dunia. solat sunat rokaat kedua mendoakan kesempurnaan urusan di akhirat kelak.

Apapun rujuklah pada ilmuan agamawan yang arif. Aku hanya menyampaikannya secara  kasar.

 

sejadah solat –

mentari pagi semi

arus urusan



9 comments:

  1. maknanya lps buat solat ni boleh smbg solat dhuha laa kan...

    ReplyDelete
  2. terima kasih atas perkongsian, banyak fadhilat nya

    ReplyDelete
  3. thanks akak PI atas tazkirah ringkas ini. Ia amat menyedarkan saya. Alhamdulillah...

    ReplyDelete
  4. Terima kasih atas perkongsian kak. Dapat ilmu baru harini. Alhamdulillah.

    ReplyDelete

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”

MyBloglist