Sunday, 11 May 2025

SAMBAL ITAM PAHANG

 ASSALAMUALAIKUM



Sambal Itam Pahang

Bahan-bahan:

·         Belimbing buluh (direbus hingga kering)

·         Ikan bilis

·         Cili padi

·         Bawang kecil

·         Bawang putih

·         Minyak masak

·         Garam (jika perlu, kerana ikan bilis sudah masin)

Cara-cara:

1.      Tumbuk cili padi, ikan bilis, bawang kecil (yang telah dihiris), bawang putih, dan belimbing buluh hingga lumat.

2.      Panaskan minyak masak dalam kuali.

3.      Tumis bahan-bahan yang telah ditumbuk sehingga garing dan naik bau.

4.      Angkat dan sedia untuk dihidangkan.

Resepi Sambal Itam Pahang ini kuperolehi daripada sahabat  di Facebook, Chah Tina, yang menetap di Kuantan dan mengusahakan sambal ini untuk jualan. Ia merupakan resepi tradisional yang sangat sedap dan istimewa, sesuai untuk hidangan makan tengah hari.

Jika anda mempunyai pokok belimbing buluh yang sedang berbuah lebat di rumah, bolehlah cuba resepi ini. Sambal ini tahan lama jika disimpan, tetapi selalunya belum sempat simpan pun dah habis dimakan!


belimbing buluh -

sambal tradisi Pahang

selera asal


6 comments:

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”

MyBloglist