PUISI BERBAGAI JENIS?
Setelah membaca hantaran sdr Zainal Abidin Lasim pada Ahad, 11 Mei 2025 tanpa tajuk yang menyentuh dengan nyata tentang tiga genre puisi iaitu *Talibun, *Soduka, dan *Haiku tidaklah menjadi suatu kejutan yang ketara kerana saya beranggapan sdr Zainal Abidin Lazim mungkin terlepas pandang akan penerbitan beberapa buah buku yang berkaitan dengan puisi-puisi yang diperkatakan.
Setelah membaca hantaran sdr Zainal Abidin Lasim pada Ahad, 11 Mei 2025 tanpa tajuk yang menyentuh dengan nyata tentang tiga genre puisi iaitu *Talibun, *Soduka, dan *Haiku tidaklah menjadi suatu kejutan yang ketara kerana saya beranggapan sdr Zainal Abidin Lazim mungkin terlepas pandang akan penerbitan beberapa buah buku yang berkaitan dengan puisi-puisi yang diperkatakan.
Walau bagaimanapun, beliau ikhlas dalam membangkitkan persoalan ini dengan menyatakan "Tidak pula dinafikan puisi-puisi ini memperkayakan dunia perpuisian, dan tiada juga penolakan."
Kepada penulis yang berkiblatkan *Sajak (kononnya *Puisi) sahaja tanpa memeberi perhatian kepada genre-genre pusi moden lain tentulah ianya manjadi satu kejutan sastera (literature shock) apabila terserempak dengan puisi-puisi seperti *Cinquain (Pancalarik), *Diamante, *Haibun, * Haiga, *Kuatrin, *Limerik, *Palindrom, *Rondel, *Tautogram, atau pun *Terza Rima. Akademi SPTA mengambil peranan memberi pendedahan serta bimbingan tutorial penulisan dengan percuma kepada mana-mana penulis alam siber yang berminat sahaja.
Sasterawan Negara, Datuk Zurinah Hassan, dalam ucaptama sempena acara "Dialog Puncak Karyawan ASASI 2018" di Pulau Tuba, Langkawi pada 2 Disember 2018, beliau memetik SPTA sebagai berkata:
"... 𝑚𝑒𝑛𝑔𝑖𝑘𝑢𝑡 𝑇𝑎𝑏𝑖𝑟𝐴𝑙𝑎𝑚, 𝑏𝑒𝑙𝑖𝑎𝑢 𝑚𝑒𝑚𝑒𝑛𝑡𝑖𝑛𝑔𝑘𝑎𝑛 𝑘𝑢𝑎𝑙𝑖𝑡𝑖 𝑑𝑎𝑟𝑖𝑝𝑎𝑑𝑎 𝑝𝑒𝑛𝑒𝑟𝑏𝑖𝑡𝑎𝑛. 𝑆𝑒𝑡𝑖𝑎𝑝 𝑎𝑛𝑡𝑜𝑙𝑜𝑔𝑖 𝑦𝑎𝑛𝑔 𝑑𝑖𝑡𝑒𝑟𝑏𝑖𝑡𝑘𝑎𝑛 𝑑𝑎𝑛 𝑑𝑖𝑠𝑒𝑚𝑝𝑢𝑟𝑛𝑎𝑘𝑎𝑛, 𝑑𝑎𝑛 𝑦𝑎𝑛𝑔 𝑝𝑒𝑛𝑡𝑖𝑛𝑔 𝑦𝑎𝑛𝑔 𝑑𝑖𝑎 𝑛𝑎𝑘 𝑛𝑖 𝐼𝑛𝑡𝑒𝑟𝑛𝑎𝑡𝑖𝑜𝑛𝑎𝑙 𝑆𝑡𝑎𝑛𝑑𝑎𝑟𝑑 𝐵𝑜𝑜𝑘 𝑁𝑢𝑚𝑏𝑒𝑟 𝐼𝑆𝐵𝑁 𝑑𝑎𝑛 𝑝𝑒𝑛𝑔𝑘𝑎𝑡𝑎𝑙𝑜𝑔𝑎𝑛 𝑑𝑎𝑙𝑎𝑚 𝑝𝑒𝑛𝑒𝑟𝑏𝑖𝑡𝑎𝑛 𝑃𝐷𝑃 𝑑𝑎𝑟𝑖𝑝𝑎𝑑𝑎 𝑃𝑒𝑟𝑝𝑢𝑠𝑡𝑎𝑘𝑎𝑎𝑛 𝑁𝑒𝑔𝑎𝑟𝑎 𝑀𝑎𝑙𝑎𝑦𝑠𝑖𝑎. 𝐼𝑡𝑢 𝑦𝑎𝑛𝑔 𝑝𝑒𝑛𝑡𝑖𝑛𝑔!"
Cuba berikan perhatian kepada isu yang disentuh:
- Tidak ada pensyarah yang mengajar puisi *Talibun.
- Puisi *Soduka? Adakah yang dimaksudkna itu puisi *Saduka atau *Sudoku?
- Latiff Mohidin membawa gaya puisi *Haiku.
-----
(1) TALIBUN
Ensiklopedia Pusat Rujukan Persuratan Melayu mentakrifkan pantun yang ditulis lebih daripada empat baris serangkap. Bermaksud, pantun yang ditulis dalam enam, lapan, sepuluh atau lebih adalah dinamakan *Talibun.
Puisi *Talibun banyak terdapat dalam Karya Agung Pelipur Lara tulisan Pawang Ana. Apa yang menjadi kemusykilan adalah keterbiasaan penulis menyebutnya sebagai pantun empat kerat, pantun enam kerat ataupun pantun lapan kerat - sedangan istilah itu telah sedia ada bagi tujuan maksud itu.
Saya pernah menghasilkan sebuah *Teromba yang memuatkan puisi *Talibun dalam "Teromba Pawang Ana" dalam antologi poligenre "Pawang Ana: Hikayat" terbitan Karyawan Pk, pada tahun 201,6 kelolaan Tn Hj Zabidin Hj Ismail.
Berkebetulan Akademi SPTA baharu sahaja selesai tutorial penulisan puisi tradisional *Talibun pada akhir April 2025, dan telah menerbitkan antologi "PETARAKNA - Antologi Talibun Melayu"
(2) SODUKA
Dalam keghairahan membuat komentar tentang isu di atas, besar kemungkinan sdr Zainal Abidin Lasim tidak mengetahui atau tidak menyedari apa yang ditulisnya. Mungkin apa yang hendak dikemukanan adalah puisi *Saduka, ataupun *Sukoku - Namun kedua-duanya adalah betul.
Jika yang dimaksudkannya genre puisi *Sudoku, puisi ini telah dipelopori oleh seorang penulis tempatan, sdr Puzi Puzihadi, beliau telah menerbitkan himpunan puisi *Sudoku dalam buku "Sudoku Puisi" terbitan ITBM pada tahun 2019.
Atau jika yang dimaksudkan pula genre puisi *Saduka, puisi ini telah dipelopori oleh seorang penulis dari Kota Kinabalu, Sabah, sdr Noor Aisyah Maidin, dan saya telah mengambil inisiatif menerbitkan sebuah antologi berjudul "SADUKA - Antologi Sajak Dua Kata" pada tahun 2019.
Jika ada penulisa tempatan yang berani mempelopri sesuatu genra puisi, bukankan lebih baik kita raikan kebolehan mereka tanpa mempertikaikan, setidak-tidaknya mereka maju setapak ke hadapan, tidak hanya dengan memberi kritikan.
(3) HAIKU
Puis *Haiku telah diperkenalkan oleh allahyarham Pun Azah Aziz sejak tahun 1990. Kemudian dihasilkan "Cendera Kirana" oleh Mohd Affandi Hassan (1994) sebagai medium pengurusan di Institut Tadbiran Awam (INTAN). "Haiku Melayu Perisa Puisi Baharu" tulisan Tn Fadli al-Kiti dalam majalah Dewan Sastera edisi September 2013.
Sasterawan Negara, Datuk Abdul Rahman Shaari pernah memberikan kritikawan tentang puisi *Haiku Aidiladha (TabirAlam, 2016) tersiar dalam Dewan Sastera November 2016 seperti berikut:
"𝑇𝑎𝑏𝑖𝑟𝐴𝑙𝑎𝑚 𝑚𝑒𝑛𝑔ℎ𝑎𝑠𝑖𝑙𝑘𝑎𝑛 𝑠𝑎𝑗𝑎𝑘 "𝐻𝑎𝑖𝑘𝑢 𝐴𝑖𝑑𝑖𝑙𝑎𝑑ℎ𝑎" 𝑏𝑎𝑔𝑖 𝑚𝑒𝑛𝑦𝑎𝑡𝑎𝑘𝑎𝑛 𝑝𝑒𝑛𝑔𝑒𝑟𝑗𝑎𝑎𝑛 𝑖𝑏𝑎𝑑𝑎ℎ ℎ𝑎𝑗𝑖, ℎ𝑖𝑛𝑔𝑔𝑎 𝑘𝑒 𝑡𝑎𝑟𝑖𝑘ℎ 𝐻𝑎𝑟𝑖 𝑅𝑎𝑦𝑎 𝐻𝑎𝑗𝑖. 𝑈𝑛𝑡𝑢𝑘 𝑠𝑎𝑗𝑎𝑘 𝑖𝑛𝑖, 𝑘𝑒ℎ𝑎𝑑𝑖𝑟𝑎𝑛 '𝑤𝑢𝑘𝑢𝑓 𝐴𝑟𝑎𝑟𝑎ℎ, '𝑡𝑎𝑙𝑏𝑖𝑎ℎ 𝑏𝑖ℎ𝑎𝑗', '𝑚𝑖𝑞𝑎𝑡 𝑚𝑎𝑘𝑎𝑛𝑖', 𝑑𝑎𝑛 𝑙𝑜𝑛𝑡𝑎𝑟𝑎𝑛 𝑗𝑎𝑚𝑟𝑎ℎ 𝑖𝑎𝑙𝑎ℎ 𝑏𝑖𝑎𝑠𝑎 𝑑𝑎𝑛 𝑠𝑒𝑠𝑢𝑎𝑖. 𝑇𝑎𝑏𝑖𝑟𝐴𝑙𝑎𝑚 𝑡𝑖𝑑𝑎𝑘 𝑏𝑒𝑟𝑚𝑎𝑘𝑠𝑢𝑑 𝑚𝑒𝑛𝑦𝑎𝑡𝑎𝑘𝑎𝑛 𝑖𝑠𝑡𝑖𝑙𝑎ℎ 𝑖𝑡𝑢, 𝑑𝑎𝑛 𝑡𝑖𝑑𝑎𝑘 𝑗𝑢𝑔𝑎 𝑚𝑒𝑙𝑢𝑘𝑖𝑠𝑘𝑎𝑛 𝑖𝑏𝑎𝑑𝑎𝑡. 𝑇𝑎𝑏𝑖𝑟𝐴𝑙𝑎𝑚 𝑚𝑒𝑛𝑔𝑎𝑚𝑏𝑖𝑙 𝑝𝑒𝑛𝑑𝑖𝑟𝑖𝑎𝑛 𝑗𝑢𝑟𝑢𝑔𝑎𝑚𝑏𝑎𝑟 𝑦𝑎𝑛𝑔 𝑚𝑒𝑟𝑎𝑘𝑎𝑚 𝑝𝑒𝑙𝑎𝑘𝑠𝑎𝑛𝑎𝑎𝑛 𝑖𝑏𝑎𝑑𝑎ℎ."
Ulasan buku bertajuk "Haiku Melayu-Jepun Memikat Pembaca" himpunan karya "Pujangga Haiku - Khazanah Haiku TabirAlam" (SPTA, 2022), tulisan sdr Paridah Ishak tersiar dalam majalah Dewan Sastera, edisi Ogos 2023.
SIFU TABIR ALAM


masa mengaji di UM dulu pernah belajar cara menulis Haiku dan Limericks...
ReplyDeletetksh cikgu yaka puisi haiku n limerik pendek saja tapi sukar nk tulis agar hasilnya terbaik
DeletePuisi lama lama... Bila dengar sedappp je...
ReplyDeletetksh dik ya puisi lama indah berseni
Deletesemua bunyi macam bahasa jepun
ReplyDeletetksh anies puisi jepun bahasa jepun
Delete