ASSALAMUALAIKUM
PERHENTIAN
TERAKHIR.
Anakku akan
mengadakan rumah terbuka sempena meraikan Aidilfitri. Dia meminta aku
mengundang kenalanku ke majlisnya. Aku pun mula menaip beberapa pesanan
undangan. Tiada seorang pun
kawan-kawanku yang hadir kerana masing-masing ada urusan penting perlu di
selesaikan.
“Aku dah balik
Penang, Idah. Tak dapatlah aku nak pi rumah hang” Aku terkedu membaca nota
pesanan Milah padaku. Sahabatku itu kerap juga menemuiku. Mengenalinya tika
bersekolah di Maran. Beliau berasal dari Pulau Pinang. Dan tinggal di felda
Bukit Tajau setelah berpindah dari sana. Tamat persekolahan beliau menjadi
guru. Berkahwin dengan pegawai pentadbiran negeri Pahang. Dan memiliki rumah di
Kuantan. Setelah suami meninggal dunia beliau pindah ke Selayang pula. Beli
rumah lagi di situ. Kemudian sahabatku itu membeli rumah dan tinggal di Rawang.
Kini kembali ke kampung halamannya di Pulau Pinang. Beliau mempunyai tanah
pusaka warisan ayahnya di sana. Begitu jauh kembara perjalanan hidupnya. Tapi
akhirnya kembali ke tanah tumpah darahnya. Bagaikan seperti peribahasa “Sirih
pulang ke gagang” dan “Ikan pulang ke lubuk”. Aku tertanya-tanya juga, di mana
perhentian akhirku? Aku berasal dari Kedah. Ada rumah di Pahang. Tapi tinggal
di Selangor. Apakah aku akan kembali berada di tanah kelahiranku?
rumah terbuka –
nota ringkas
sahabat
kembara jauh
In shaa Allah, moga tercapai destinasi yang kita ingin kan
ReplyDeletetksh dik kita mmg xmampu jangka di mana destinasi akhir kita akan berada
DeleteSaya pun tertanya-tanya, sampaikah nanti hasrat untuk menetap di kampung lama tempat kelahiran.
ReplyDeletetksh amie ya kita rasa mungkin berakhir dii tempat kita berada sekarang tapi mungkin tidak
Delete