Sunday 6 June 2021

RUANG UDARA

 ASSALAMUALAIKUM


SELAMAT NERHUJUNG MINGGU...JAGA DIRI NIKMATI SAAT BERBAHAGIA DI RUMAH DEMI AFIAT DIRI..BERLINDUNG DARPADA BAHAYA KOBID DLL


PIC GOOGLE IMAGES(C)


RUANG UDARA
.
Sudah ditakrif amat eksklusif
awasi dengan teliti pasti
tidak permudah wajarkan pasif
.
Tertanya-tanya di dalam hati
apakah mudah tembusi ruang
pesawat luar lintas berganti
.
Rasa curiga sukar dibuang
angkuh Israel terbang melintas
China dengan pesawat pejuang
.
Warga negara tidak merentas
cuba putuskan rantaian wabak
hai burung besi pintas-memintas
.
Maksud sebenar sukar ditebak
ruang udara tinggi penghujung
milik negara mungkin terombak
.
Bumi dipijak langit dijunjung
goyah terusir ke hujung tanjung

5 comments:

  1. Kuasa2 besar pandang kita sebelah mata sahaja

    ReplyDelete
  2. Moga di mana pun, dari sudut dan sisi mana juga Allah selalu lindungi kita dan negara kita.

    ReplyDelete
  3. Burung besi asing begini jarang terbang kosong, selalunya ada tujuan. Moga negara kecil kita dilindungi Tuhan

    ReplyDelete
  4. Apa yang mereka.mahukan dari negara kita pun tak tahulah .

    ReplyDelete
  5. semoga kita sentiasa dilindungiNya. aminnn

    ReplyDelete

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”

MyBloglist