ASSALAMUALAIKUM
BELAJAR MEMANDU KERETA
Teringat dulu-dulu rupanya diriku ini boleh membawa motor ke ofis dengan ditemani suami dan berjalan ke mana sahaja. Biasanya kalau bawa motor suami mesti duduk di belakang. Aku sebenarnya bukan berani dan reti nak bawa motor. Tapi suami yang menguatkan semangatku untuk mencuba. Akhirnya pandai juga. Bolehlah aku meronda keliling kampung felda selamba saja tanpa lessen dan topi keledar heh..heh..
Berani sungguh mengabaikan keselematan diri kan. Setelah ekonomi hidup semakin stabil, suami membeli sebuah kereta kecil...hati menggelitik pula nak cuba memandu kereta. Suami tidak ada masa nak ajarku memandu sebab sibuk dengan urus niaganya. Jadi aku pun daftar masuk kelas memandu. Setelah itu ambil pula ujian bertulis kat JPJ. Kali pertama tak lulus sebab tak sempat nak ulangkaji. Sibuk duk belek buku letrik terputus pulak.
Suasana gelap menggelapkan pemikiran juga. Tawakal saja jawab soalan. Hasilnya terlepas dua mata untuk lulus. Terpaksa ambil ujian sekali lagi. Nasib baik lulus cukup makan. Dan bolehlah memegang stereng memandu kereta dengan instructor sekolah memandu berada disebelah. Beberapa kali juga nak terbabas masuk longkang heh..heh.. mujur instructor cepat menekan hand brake.
Selesai berapa sesi belajar memadu dan dihentikan dahulu kerana tika itu aku sedang sarat hamil anak keempat. Berani sungguh kan ketika hamil belajar memandu! Tibalah masanya bersalin pula melahirkan seorang bayi lelaki yang comel. Usai berpantang selama 50 hari suami mengajak ke KL ziarahi kakaknya, kereta kecil kami dilanggar lori ayam. Alhamdulillah suami dan anak-anak selamat. Dan tiada lagi cerita belajar memandu kereta bersambung kerana itu.
terer Kak PI..belajar memandu masa tengah pregnant..ujian naik bukit tu yg seriau, masa dulu kereta manual....
ReplyDeleterabia lama dah tak drive heheee
ReplyDeleteAllahuakbar terkejut baca ending
ReplyDeletekadang-kadang trauma dek kemalangan buatkan fobia nak bawak kereta lagi.
ReplyDeleteBUKAN TRAUMA LAGI SHIMA TERUS TUKAR STATUS JADI OKU HU HU..
Deletedana kalau balik kampung pun suka merempit dengan motor ke sana sini keliling kampung kak... seronok layan angin petang...
ReplyDeletemau trauma kak pernah kene langgar kereta kecil tu... udah lepas tu akak pasang driver jelah ye...
Hehe lucu jugak kisahnya nak dapat lesen memandu PI
ReplyDeleteAlamak, sayang tak dihabiskan. Tapi takpela sekarang ada anak-anak boleh bawa ke mana sahaja. Kak PI rilek sahaja
ReplyDeleteSeronok naik motor. Lagi-lagi bila balik kampung.
ReplyDeleteboleh je ambil semula sekarang kak PI hehe tp kos beza dengan dulu, anak saya baru habis ceramah memandu dah pkp semula entah bila dapat ambil L dan sambung kelas.. untuk lesen auto yuran rm1500 dah adoi zaman saya dulu manual lah kan bawa viva baru rm400 kalau tak silap.
ReplyDeleteMenggamit memori zaman dulu memang indah. Bikin tersenyum sendirian. Kenangan terindah menjadikan ia sebuah kisah yang tak ingin dipadamkan. Masih belum terlambat utk memulakannya kembali. Yang penting ada keyakinan. In shaa Allah. Kereta kancil memang sentiasa menjadi kesayangan.Banyak jasa dan kenangan.
ReplyDeleteSaya dulu memang tak pandai memandu kereta. Masa saya ambil lesen tu lah masanya saya belajar memandu.. hehe
ReplyDelete