Tuesday 15 June 2021

IMPIAN ALMIRA

 

ASSALAMUALAIKUM

Alhamdulillah kakpidah menerima IMPIAN ALMIRA hadiah kiriman Penulis Zakiah Abd. Ghafar. Terima kasih banyak dik Zakiah. Buku comel dengan ilustrasi cantik setebal 48 halaman terbitan KARANGKRAF dicetak di atas kertas tebal eksklusif sekali. Cerita berkisar dalam keluarga watak Almira. Ada lima tajuk cerita menjadi pilihan penulis;

1.    Hari lahir di tahun lompat

2.    Diserang sakit gigi

3.    Musim cuti sekolah

4.    Melawat muzium Negara

5.    Menjadi petani moden

Buku ini amat sesuai dibaca seisi keluarga, anak-anak sekolah yang kini berada di rumah saja musim PKP. Lagipun genre sastera kanak-kanak tidak susah untuk menghadaminya. Penulisnya berjaya melakar karya dengan sempurna dan tidak sukar memahaminya. Tahniah kepada Puan Zakiah!

Sekiranya  berminat milikinya sebagai bacaan anak-anak dan keluarga hubungi penulisnya @facebook ya…harganya 7.50 rm saja 



 


8 comments:

  1. terima ksih review kak... bgs tuk anak2

    ReplyDelete
  2. Menarik bukunya. Sesuai untuk anak-anak membaca.

    ReplyDelete
  3. As pun ada koleksi ni, tapi tak semua la. Ada 2 buah saja kalau tak silap...

    ReplyDelete
  4. Sastera kanak-kanak seronok dibaca.

    ReplyDelete
  5. menarik bukunya... isi masa lapang ketika pkp ni

    ReplyDelete

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”

MyBloglist