ASSALAMUALAIKUM
SIFAT PUISI
Sering kali saya terserempak dengan karya puisi yang ditulis oleh pemuisi di dinding Facebook akaun mereka sendiri, dan saya tertanya-tanya - "adakah mereka betul-betul kenal sifat puisi yang mereka hasilkan?"
Serangkap haiku atau haiga ditulis hanya sekadar menepati patrun 5-7-5 sudah memadai dan berpuas hati itulah haiku, hilangnya sifat rakaman pengalaman sedangkan ianya tidak menepati zen penulisan haiku. Kekuatan haiku sirna oleh kerana sifat bercerita daripada yo-in gabungan dua imej yang kukuh.
Serangkap puisi gurindam terpapar umpamakan ikatan berirama atau karmina oleh kerana hilangnya sifat nasihat yang yang membezakan gurindam dari bentuk puisi lainnya.
Serangkap puisi seloka lebih mirip kepada ikatan berirama atau karmina oleh kerana hilangnya sifat persendaan dalam sesebuah seloka yang juga membezanya dari jenis puisi lainnya.
Pantun bukan serangkap pantun jika stanza puisi itu tiada wajah sampiran yang menepati kehendak pemantun menyampaikan wajah maksudnya dengan senada ungkapan.
Apabila terza rima diselenggarakan, banyak karya yang muncul tanpa memahami tujuan terza rima oleh kerana hilangnya sifat membincangkan sesuatu isu yang memerlukan penyelesaian.
Dan seterusnya puisi sajak akrostik, asalkan memuatkan isi kepada seuntai ungkapan maka itu adalah akrostik kepada penulis berkenaan. Hasilnya karya akrostik hilang sifat sanjungan yang membinakannya sebagai sebuah puisi akrostik
Sajak adalah satu-satunya puisi yang zahirnya tiada perlu mematuhi apa-apa peraturan yang ketat, justeru sajak begitu sinonim dengan pemuisi Melayu. Bebas dan mudah.
Ternyata masih ada kalang pemuisi yang berkarya sekadar tangkap muat dan syok sendiri. Berkaryalah mengikut roh puisi supaya nilai estetikanya zahir dalam sifat puisi tersebut.
SIFU TABIR ALAM
Betul juga, puisi bukan cuma perlu sedap dipendengaran kan Kak PI.
ReplyDeleteApa-apa bidang pun kena belajar ilmunya. Begitu juga dengan puisi
ReplyDeletePerkongsian yang menarik lebih-lebih lagi untuk saya yang baru belajar menulis puisi
ReplyDeletebyk ilmu yg perlu dipelajari utk hasil yg baik..
ReplyDeleteAssalamualaikum kak, moga sentiasa diberikan kesihatan yang baik.
ReplyDeletetiap sesuatu itu ada syarat dan peraturannya termasuk juga puisi.. justeru perlu ada ilmu untuk menghasilkan puisi yang baik dan ilmu itu diperolehi dengan belajar.. saya minat puisi tapi terlalu naif mengenainya..
Perlu ada kemahiran dan bakat untuk menulis puisi
ReplyDelete1st time dgr perkataan terza rima
ReplyDelete