ASSALAMUALAIKUM
SALAM JUMAAT MULIA
DARURAT WABAK
Gelombang wabak virus korona
kerajaan istihar darurat
demi afiat atur rencana
.
Mengekang agar tidak melarat
langkah segera hendak
membasmi
belum terhapus akan mudarat
.
Tahun berubah berganti semi
pandemik masih lagi
mengganas
darurat kekal kejap bersemi
.
Siang yang redup terasa
panas
malam pun hadir menanti esok
mengharap hasil minda yang
bernas
sayu memandang dahi digosok
tragedi sadis sedih terlalu
hilanglah sudah berbilang
sosok
.
Fungsi darurat meringan
beban
semakin ramai pula terkorban
Wabak yg merebak dgn pantas...dgn senyap...Ya Allah lindungilah kami semuz dari dijangkiti
ReplyDeleteSetiap hari kes semakin meningkat. Semakin hari hati semakin melankoli. Kepada Allah swt sandarkan segala rasa yang bermacam warna dan rasa dikalbu.
ReplyDeleteSedih bila kes kematian semakin mendadak naik
ReplyDeleteSaya harap bila kes dah reda nanti jangan ada yang terburu-buru nak buat pilihanraya. Kita nampak dah kesannya pada PRN lepas.
ReplyDeleteSemakin hari semakin tinggi angka kes positif covid-19. Kerajaan mengisytiharkan darurat, namun masih gagal mengawal penularan pandemik ini. Harap pihak berkuasa dapat memikirkan kaedah-kaedah lain yang boleh membantu menularan wabak ini
ReplyDeleteMenakutkan sungguh. Moga wabak ini segera berlalu pergi. Banyak usaha sudah dilakukan untuk mengatasinya.
ReplyDeleteSemoga Allah SWT mengangkat segera Wabak ini ye kak PI..
ReplyDeleteYa Allah Ampunilah dosa² kami jika itu yg membuat Wabak semakin berluas-luasa..
Alim ulamak juga telah pergi menghadapi Penciptanya dengan ilmunya. 😭😭