Friday, 11 June 2021

PEMERHATI..

 ASSALAMUALAIKUM

ASSALAMUALAIKUM

PEMERHATI
.

Hai anak mata bagaikan lensa
fokus sasaran tepat tiasa
musim PKP
bertapi-tapi
cerita tular media massa
.
Bagai wartawan cari berita
bukan sensasi benar semata
amat berani
isu begini
polis siasat terkedu kata
.
Walaupun tidak mendapat gaji
bersih niatnya bukan mengeji
persoal tindak
turut kehendak
akta PKP habis dikaji
.
Nyata persona sifatnya tegar
undang-undang pun cuba digegar
rakaman sisi
menjadi saksi
ralit perhati terlanggar pagar

PARIDAH ISHAK
DMS
11/6/021

4 comments:

  1. Dah ada bukti langgar SOP pun masih taknak mengaku

    ReplyDelete
  2. Setuju dengan wak Warisan Petani. Itu yang rasa sedihnya la.

    ReplyDelete

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”

MyBloglist