Tuesday, 29 June 2021

SIAPA DIA...

 ASSALAMUALAIKUM




DIA
Dia di situ entah siapa
tidaklah tahu mahunya apa
seorang diri
duduk berdiri
kadang ketawa berubah rupa
.
Ramai melihat tidaklah pelik
laku dirinya berulang-alik
bagai memikir
hendak menyingkir
apa di tangan jatuh bergolek
.
Bagai pelakon sedang beraksi
tala kamera merakam sisi
mulut ditutup
dengan pelitup
bernyanyi-nyanyi layan ilusi
.
Rupanya ada gajet di tangan
teman setia dipegang ringan
peranti mudah
menghalau gundah
tiasa ralit berangan-angan

6 comments:

  1. Sekarang semakin ramai yang kreatif kan kak PI.

    ReplyDelete
  2. Mesti si dia itu sedang melayan Tiktok. Hehe

    ReplyDelete
  3. Cantik sajak Kak PI. Rangkap akhir ada jawapan.

    ReplyDelete
  4. Musim pandemik ni berkawan dengan gajet jelah kan. Rindu nak lepak dengan kawan-kawan

    ReplyDelete

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”

MyBloglist