ASSALAMUALAIKUM
Alhamdulillah kakpidah menerima SUKARELAWAN
NAN LIMA novel terbaru karya penulis mapan prolific Along NURIMAS SN terbitan
DBP dan NILA KANDI antologi terbitan SHE selenggaraan NURIMAS.
Kedua-dua buku karya terbaik hadiah kiriman
Along kepada kakpidah. Terharu sungguh menerimanya. Terima kasih banyak Along
yang amat baik budinya tiasa. Dapatlah kakpidah telusuri ceritanya mengisi
waktu yang lewat. Didoakan Along dan keluarga sihat sejahtera dilimpahi
ilham-Nya dan terus menghasilkan karya terbaik selalu untuk dinikmati
pembaca…murah rezeki dilindungi Allah daripada segala bahaya.
SUKARELAWAN NAN LIMA novel remaja setebal 200
halaman, penulisnya bercerita fokus kepada peristiwa banjir besar yang berlaku
mengambil situasi lokasinya bandar
Kemaman di Terengganu. Lima remaja berganding bahu menjadi sukarelawan
membantu mangsa banjir mendepani situasi yang amat mencabar keteguhan semangat
diri masing-masing. Pelbagai pengalaman suka duka berselang-seli mewarnai kisah
mereka. Watak utama Amni, Bella, Hairi, Emma, Chew Han membawa peranan melakar cerita
dengan sangat menarik. Tahniah Along…rajin selalu menghasilkan karya yang hebat.
Sebuah karya sempurna persembahan penulis wibawa
memang asyik dibaca peminat sastera.
NILA KANDI pula ialah antologi himpunan cerpen
karya 12 penulis siswa dan tidak ketinggalan sebuah cerpen karya editor penyelenggara
Sdr Nurimas SN
Semua cerpen sangat kreatif idea yang dilakar
cerminan minda penulisnya. Tahniah penulis terlibat penyelenggara dan penerbitnya.
Teringin miliki buku-buku ini sebagai khazanah
peribadi sumber bacaan ilmu hubungi penulisnya @facebook ya..jangan segan-segan..rugi
kalau segan tau…
Mudah-mudahan Allah kurniakan rezeki berlipatganda buat Along. Selamat membaca Kak PI.
ReplyDeleteSukarelawan nan lima..cantik kulit bukunya
ReplyDeleteTeringin nak buat buku sendiri secara solo.. insyaallah, suatu hari nanti.
ReplyDeletetahniah kak, saya baru dapatkan naskah Tenggelamnya kapal Van De Wjick karya Hamka untuk koleksi peribadi,lama dah cari buku2 lama ni ..
ReplyDeleteKalau novel 90an mesti nama watak2 utamanya Ah Chong, Raju, Kumar, Siti dan Ahmad. Hehe
ReplyDeletesalams jumaat kak dah :)
ReplyDeletesemakin prolifik penulis2 skrg. semasa pkp lagi byk idea yg dtg sbb byk masa di rumah...
ReplyDeletesemoga rezeki along dipermudahkan
ReplyDelete