ASSALAMUALAIKUM
PENDAPAT
Beri pendapat berkias-kias,
kusut fahami kadang membias.
Beri pendapat tapi tak
tepat,
pastilah ada akan mengumpat.
Beri pendapat semata benar,
tanggapan ramai tidaklah
nanar.
Beri pendapat selari masa,
akan sesuai senantiasa.
Beri pendapat apa yang
perlu,
pasti diminta dengan selalu.
Beri pendapat berdasar ilmu.
apa dicari akan bertemu.
Beri pendapat kala diminta,
benar sahaja tidak berdusta.
Beri pendapat perkara
penting,
apa dibahas mudah disunting
Bg saya kalau tak arif tentang sesuatu isu,baik diam ja,dari jadi bahan umpatan org..
ReplyDeleteAda kalanya, kita yang biasa menulis puisi pun ada orang tak faham, sebab ada kala maksudnya tersirat, di tambah lagi dengan penggunaan bahasa yang puitis.. hehe
ReplyDeleteKalau pendapat kita bagi sekadar mengeruhkan keadaan baik simpan aje. Huhu
ReplyDeleteSetiap pendapat besar kesannya.
ReplyDeletekena cari bahasa yang mudah dan kena pada tempatnya :)
ReplyDeleteMendalam sekali puisi kak PI ❤️
ReplyDeletebaru td baca 1 artikel. seorg artis ni beri pendapat kt kwn dia psl si kwn tu guna auto tune dlm album dia. tanpa diduga rupanya pendapat tu dah buatkan si kawan tu kemurungan selama 4 thn! so berhati2 laa dlm memberi pandangan
ReplyDelete