Saturday 12 June 2021

PENDAPAT..

 ASSALAMUALAIKUM



PENDAPAT

 


Beri pendapat berkias-kias,

kusut fahami kadang membias.

 

Beri pendapat tapi tak tepat,

pastilah ada akan mengumpat.


Beri pendapat semata benar,

tanggapan ramai tidaklah nanar.


Beri pendapat selari masa,

akan sesuai senantiasa.


Beri pendapat apa yang perlu,

pasti diminta dengan selalu.


Beri pendapat berdasar ilmu.

apa dicari akan bertemu.

 

Beri pendapat kala diminta,

benar sahaja tidak berdusta.

 

Beri pendapat perkara penting,

apa dibahas mudah disunting

7 comments:

  1. Bg saya kalau tak arif tentang sesuatu isu,baik diam ja,dari jadi bahan umpatan org..

    ReplyDelete
  2. Ada kalanya, kita yang biasa menulis puisi pun ada orang tak faham, sebab ada kala maksudnya tersirat, di tambah lagi dengan penggunaan bahasa yang puitis.. hehe

    ReplyDelete
  3. Kalau pendapat kita bagi sekadar mengeruhkan keadaan baik simpan aje. Huhu

    ReplyDelete
  4. Setiap pendapat besar kesannya.

    ReplyDelete
  5. kena cari bahasa yang mudah dan kena pada tempatnya :)

    ReplyDelete
  6. Mendalam sekali puisi kak PI ❤️

    ReplyDelete
  7. baru td baca 1 artikel. seorg artis ni beri pendapat kt kwn dia psl si kwn tu guna auto tune dlm album dia. tanpa diduga rupanya pendapat tu dah buatkan si kawan tu kemurungan selama 4 thn! so berhati2 laa dlm memberi pandangan

    ReplyDelete

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”

MyBloglist