Friday 4 June 2021

DARURAT WABAK..

 ASSALAMUALAIKUM


SALAM JUMAAT MULIA



DARURAT WABAK

 

Gelombang wabak virus korona

kerajaan istihar darurat

demi afiat atur rencana

.

Mengekang agar tidak melarat

langkah segera hendak membasmi

belum terhapus akan mudarat

.

Tahun berubah berganti semi

pandemik masih lagi mengganas

darurat kekal kejap bersemi

.

Siang yang redup terasa panas

malam pun hadir menanti esok

mengharap hasil minda yang bernas

 

sayu  memandang dahi digosok

tragedi sadis sedih terlalu

hilanglah sudah berbilang sosok

.

Fungsi darurat meringan beban

semakin ramai pula terkorban


7 comments:

  1. Wabak yg merebak dgn pantas...dgn senyap...Ya Allah lindungilah kami semuz dari dijangkiti

    ReplyDelete
  2. Setiap hari kes semakin meningkat. Semakin hari hati semakin melankoli. Kepada Allah swt sandarkan segala rasa yang bermacam warna dan rasa dikalbu.

    ReplyDelete
  3. Sedih bila kes kematian semakin mendadak naik

    ReplyDelete
  4. Saya harap bila kes dah reda nanti jangan ada yang terburu-buru nak buat pilihanraya. Kita nampak dah kesannya pada PRN lepas.

    ReplyDelete
  5. Semakin hari semakin tinggi angka kes positif covid-19. Kerajaan mengisytiharkan darurat, namun masih gagal mengawal penularan pandemik ini. Harap pihak berkuasa dapat memikirkan kaedah-kaedah lain yang boleh membantu menularan wabak ini

    ReplyDelete
  6. Menakutkan sungguh. Moga wabak ini segera berlalu pergi. Banyak usaha sudah dilakukan untuk mengatasinya.

    ReplyDelete
  7. Semoga Allah SWT mengangkat segera Wabak ini ye kak PI..
    Ya Allah Ampunilah dosa² kami jika itu yg membuat Wabak semakin berluas-luasa..
    Alim ulamak juga telah pergi menghadapi Penciptanya dengan ilmunya. 😭😭

    ReplyDelete

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”

MyBloglist