Saturday 24 October 2020

MANDI BUNGA

 ASSALAMU  ALAIKUM


SELAMAT BERHUJUNG MINGGU

SELESAKAN DIRI SERAYA BERPKPD.


MANDI BUNGA
Dalam perubatan alternatif, mandian begini untuk memudahkan sesiapa yang melakukannya memperolehi jodohnya. Insyaa-Allah. Segalanya mungkin saja. Kalau mengikut kata perawat alternatif tidak lebih dari tujuh jenis bunga yang ditentukan saja.
Sebenarnya mandi dengan bunga-bungaan boleh menyegarkan kelesuan tubuh dan menyerikan wajah. Boleh saja diamalkan sendirian tanpa melibatkan sesiapa. Kutip sajalah bunga-bunga yang ada di halaman rumah dan daun-daun seperti pandan, limau purut. Ikutlah apa teringin. Jangan lupakan masukkan juga dalam air mandian, hirisan limu nipis.
Selalunya bunga-bunga yang menjadi pilihan untuk tujuan mandi bunga mestilah yang harum dan cantik seperti melur, melati, mawar, cempaka, tanjung, anggerik dll. Boleh juga dicampurkan dengan bunga-bunga yang tidak harum untuk menambah jumlahnya.
Mandilah dengan nyaman sambil tidak lupa berniat kerana Allah. Hasilnya tentu terasa tubuh menjadi segar dan wajah kelihatan berseri auranya memancar-mancar. Mempesonakan.






11 comments:

  1. Mesti wangi kan, bila dah banyak jenis bunga-bungaan tu

    ReplyDelete
  2. tak atkut kena hurung dgn lebahhehee

    Keracunan makanan di sekolah. Maklumat yang disembunyikan oleh pihak sekolah selama ini. Viralkan.
    https://e-kantinsekolah.blogspot.com/2020/10/keracunan-makanan-di-sekolah.html

    ReplyDelete
  3. Kalau ada bunga2an wangi sekitar rumah boleh je buat sendiri mandi bunga untuk kesegaran badan kan kak PI.

    ReplyDelete
  4. Aroma bunga tu sendiri pun dah menjadi terapi.

    ReplyDelete
  5. pernah mandi bunga2 suka2 masa nak nikah dulu hahaha

    ReplyDelete
  6. Gambar last tu, sangat harum kan kak... bagus amalkan mandi bunga untuk kesegaran badan, tapi seringkali orang salh ertikan... ingat mandi bunga ingat nak cepat jodoh.

    ReplyDelete
  7. disebabkan dah masok 30 tadak jodoh still, ada ja org ckp kt atie..eh g mandi bunga tu!

    ReplyDelete
  8. Mandi bunga raflesia je belum saya ni. Malas dah la

    ReplyDelete
  9. Pernah waktu remaja dulu, kutip bunga keliling rumah lepas tu mandi bunga dengan kakak, siap gosok limau nipis. Berlangir ke apa orang kata. Dah lepas mandi, badan rasa gatal pulak...ahaks!

    ReplyDelete
  10. Macam belum pernah mandi bunga lagi.

    ReplyDelete
  11. ambil bunga dari luar negara ke import ada chance dapat suami belah2 sana x ? hehe gurau gurau..
    semua ikhtiar kan.. Allah juga penentu segalanya..

    ReplyDelete

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”

MyBloglist