ASSALAMUALAIKUM
PENYELENGGARA
ANTOLOGI
Aku
giat menulis di medsos @facebook mulai
2011. Kemudian berpeluang mengenali beberapa penulis prolific yang giat
berkarya secara maya. Sebelum ini aku telah mendapat beberapa kawan penulis
yang baik sangat setelah berpeluang mengikuti kursus penulisan cerpen 2007
anjuran DBP untuk pesara di hotel Dynasty KL.
Antaranya
Noorlaila Ghafar, Amir Hamzah, Mokhtar Rahman, Wan Kursiah, Hamidah Kamarudin,
Solehin Osman, WB.Rendra, Norjan Rahim, Baharudin Darus dan beberapa nama lagi
yang tidak dipanggil ingatan. Kursus itu di bawah kendalian bimbingan sifu
penulisan puan Zaharah Nawawi.
Pengalaman
baru berada di kalangan penulis-penulis ternama begitu mengujakan. Sedangkan aku
bukan sesiapa pun. Hanya sekadar penulis yang suka menulis dan membaca sejak
pengetahuan itu kuperolehi. Kesemua kawan-kawan penulis yang baru kukenali
telah miliki buku karya persendirian masing-masing. Sedang aku tiada lagi. Sedih
pula. Teringin juga nak milikinya walau sebuah.
Aku
cuba menghantar karya berupa cerpen, artikel, puisi kepada penerbit BeTA,
ustaz Ilhami Hisham Selaku penyelenggara ustaz ini membimbing secara umum bagaimana menulis
sesuatu karya. Kebetulan tika itu didokong sahabatku penulis Saniah Masri join grup haiku
di bawah bimbingan sifu TA. Kuat betul SM mendokong kakaknya ini dan
mendudukkannya dalam kelas haiku kan heh..heh.
Sambil
cuba memahami ilmu puisi haiku setakat kemampuan sifu mempelawa menyertakan
sajak dalam antologi AIDILFITRI yang akan diterbitkan. Alhamdulillah hajatku
untuk miliki sebuah antologi tertunai juga. Antologiku yang pertama dalam
sejarah terbitan sifu TA. Aku pun berkongsi kegembiraanku dengan sahabatku NG.
Setelah
itu aku terus menekuni kelas puisi dalam talian SPTA. Hasil bimbingan sifu
terbitlah sejumlah antologi yang tidak sedikit tersusun dalam rak. Terima kasih
banyak sifu menurunkan ilmu, menunjuk ajar sekali gus menerbitkan karya. Dan merealisasi
impian penulis marhaen.
Langkah
menerbitkan buku secara karya bersama berkembang kini. Kalau ada sedikit rezeki
insyaa-Allah aku join juga. Kebanyakkannya penyelenggara hanya meminta karya
untuk dinilai dan diterbitkan. Ada penyelenggara meminta penulis mengedit
sendiri karya mereka setelah karya itu dipulangkan. Pening pula penulis
memikirkan nak edit tang mana lagi heh..heh..kan Yahti. Kan kerja penyelenggara
itu mengedit karya. Edit sajalah.
Ada
penyelenggara yang meminta izin penulis mengedit karya penulis agar kelihatan
lebih bersesuaian. Ini cara cikgu HMY @grup MMSK amat aku setujui sebab
menyenangkam kerjaku heh..heh..
berkembang betul dah network kak PI hehe
ReplyDeletejoin la kak PI, kak Pi sngt berbakat.... mesti terpilih
ReplyDeletemoga terus sukses lagi kak... bestnya
ReplyDeletehebatt ah akakk
ReplyDeleteAlhamdulillah. Orang kata jika bakat terus digilap, kejayaan pasti menjelma.
ReplyDeleteTerus menyinar dalam arena penulisan Kak PI.
ReplyDeletehebat catatan perjalanan penulisan PI, saya pernah ada minat dalam penulisan pernah juga di zaman sekolah menengah sekitar 1990-an hantar cerpen dan di terbitkan di akhar dan majalah. Sayang masa tu tu belum ada socmed dan tak simpan pun keretan akhbar untuk jadikan kenangan, kini lebih kepada penulisan di blog cuma ia adalah realiti dari penulisan cerpen yang lahir dari imajinasi hehe :)
ReplyDeleteAsslamualaikum kak, moga sentiasa diberikan kesihatan yang baik.
ReplyDeleteMembaca catatan akak ini bagaikan tersuntik motivasi dan inspirasi. Yalah, mana ada kejayaan tanpa terlebih dahulu menempuh kesukaran. Ibarat mahu mendapat sagu, ruyung peru dipecahkan terlebih dahulu.. semoag akak sukses dalam bidang ini...saya minat juga menulis tapi tulah, bakat kurang menjadi hehehe
hebat akak kita ni... keep on writing kak!
ReplyDeletesemoga terus berkarya bersama rakan2 sepejuangan..menyemarak dunia sastera tanahair..
ReplyDeleteHebat-hebat. Semoga berjaya kak.
ReplyDeleteSemoga Kak Paridah terus sukses dan dipermudahkan segala urusan. Aamiin...
ReplyDeleteMoga tercapai cita2 nak terbitkan buku sendiri
ReplyDelete