Monday 12 October 2020

BUMI ANBIA

 ASSALAMUALAIKUM





PIC GOOGLE IMAGES (C)


SONETA BUMI ANBIA 

Kuatrin#1

Tanah Palestin di Timur Tengah

negara jiran kiri dan kanan

luas lautan rezeki jengah

 warga bersatu erat jalinan

 

kuatrin #2

Bumi bertuah sarat sejarah

surah Al-Quran tinta catatan

para ambia  berjuang pasrah

agama Allah syiar suratan

 

Kuatrin #3

Israk dan mikraj rasul junjungan

dibawa terbang Buraq bestari

Sidratul-muntaha jauh kunjungan

masjid al-Aqsa kiblat bahari

           

 

Couplet

Warga Palestin insan pilihan

diuji Allah kuat bertahan


9 comments:

  1. Semoga Allah melindungi rakyat Palestine

    ReplyDelete
  2. semangat perjuang mereka sangat tinggi pertahankan tanah air.

    ReplyDelete
  3. semoga mereka sentiasa dalam lindunganNya

    ReplyDelete
  4. doa utk saudara kita di Palestin..

    ReplyDelete
  5. semoga Allah permudahkan urusan mereka di sana di saat2 begini

    ReplyDelete
  6. sedih bila terbaca isu2 baharu mengenai bumi ambia ni kan PI, sama-sama lah kita berdoa agar Allah swt sentiasa memelihara kesucian bumi Palestine hingga ke akhirnya, Aamiin.

    ReplyDelete
  7. Pelbagai ujian Allah untuk mereka.

    ReplyDelete
  8. bagaimana agaknya kalau kita berada di tempat mereka? adakah seteguh pendirian dan keimanan mereka?

    ReplyDelete
  9. Mereka diuji namun mereka terus bertahan dan redha..sentiasa tersenyum.

    ReplyDelete

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”

MyBloglist