Friday, 30 October 2020

KALAU ABAH DAPAT GAJI

 ASSALAMUALAIKUM

SALAM JUMAAT MULIA

Alhamdulillah terima hadiah kiriman penulis mapan lagi prolific sdr
Akademik Sanggar Nurimas
. Terima kasih banyak along sudi hadiah kan kakpidah karya berupa kompilasi cerpen ini. tentu kelak dapat membantu kakpidah bagaimana menulis cerpen dengan sempurna dan karya itu mendapat perhatian editor. bolehlah bersaing dengan penulis femes ini hehehe nak lawan toke pulak kakpidah ya.
Abah dah dapat gaji tu..cubalah minta abah belikan buku ni..mudah saja janganlah segan hubungi penulisnya @FACEBOOK.

AKADEMI SANGGAR NURIMAS anak kelahiran Johor kini menetap di Terengganu seorang penulis terkenal yang rajin berkarya. Setiap minggu pasti ada karyanya berupa cerpen dan puisi disiar akhbar di sini dan menyeberang laut China Selatan juga mengisi akhbar di Sabah dan Sarawak. PI beruntung dapat mengenali penulis yang ramah dan baik sekali budi bahasanya dalam saju majlis pelancaran buku 2 tahun lalu,

Sekiranya ada yang berminat menjadi cerpenis cubalah baca buku ini untuk menambah ilmu cetusan ilham seorang penulis berpengalaman lama dalam bidangnya.




9 comments:

  1. Tajuk pun best tentu isi cerpen nya lagi seronok dibaca.

    ReplyDelete
  2. Tajuknya menarik. Isi ceritanya sudah tentu mengujakan.
    Semoga terus mendapat ilham untuk menulis.

    ReplyDelete
  3. dari tajuk rasanya macam kisah yang agak sedih barangkali , mesti PI seronok dapat tambah koleksi buku lagi nak nak lagi hadiah dari seseorang kan .

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah. Seronok dapat saling menghayati karya.

    ReplyDelete
  5. untunglar dpt hadiah buku ., ;p

    ReplyDelete
  6. Tahniah kak PI dapat buku tu. Judulnya menarik...

    ReplyDelete
  7. Kak PI dapat buku lagi, Alhamdulillah... rezeki tak pernah salah alamat kan

    ReplyDelete
  8. wah insyaallah akan cari buku ini :)

    ReplyDelete
  9. Selamat membaca. Moga makin bertambah ilmu penulisan kak PI

    ReplyDelete

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”

MyBloglist