ASSAKAMUALAIKUM
Perkongsian ilmu.
TAFSIR SURAH 93: AD-DHUHA (MATAHARI YANG MENINGGI/ PAGI YANG CEMERLANG)
MUKA SURAT : 596 ( 11 AYAT)
PENGENALAN: Surah ini merupakan pujukan (Tasliyah) kepada Nabi Muhammad saw. Surah ini turun setelah terputus wahyu beberapa lama. Rasulullah dicela dan dimaki oleh orang-orang Quraisy Mekah. Tuhan Muhammad meninggalkannya. Ketika itu baginda sedih. Allah SWT angkat darjat baginda. Ujian menyebabkan seseorang rapat dengan Allah.
Ayat 1 : Allah SWT memulakan surah dengan bersumpah Ini merupakan sumpah yang pertama daripada Allah SWT. Allah bersumpah dengan waktu DHUHA. Waktu pagi manusia memulakan kehidupan dan bekerja. Setelah tidur dan rehat sepanjang malam. Waktu Dhuha isyarat wahyu datang kapada Nabi Muhammad saw dengan penuh cahaya. Sebagaimana cahaya matahari pagi yang nyaman. Allah bersumpah dengan waktu Dhuha, menunjukkan kepentingan waktu Dhuha. Hanya Allah sahaja boleh bersumpah dengan waktu dhuha. Kita tidak boleh.
Ayat 2: Sumpahan kedua. Allah bersumpah dengan waktu MALAM. Malam apabila senyap dan sunyi. Isyarat, satu waktu Ketika Nabi Muhammad saw tidak menerima wahyu. Tanpa wahyu alam ini gelap seperti malam. Malam untuk berehat. Siang dan malam, susah dan senang adalah kehidupan manusia.
Ayat 3: Kisah orang Quraisy sindir dan menuduh Tuhan Muhammad telah meninggalkannya. Tuhannya telah marah. Allah SWT menjawab tegas, Tuhanmu tidak meninggalkan kamu. Tuhan kamu tidak murka kepadamu. Tidak turun wahyu bukan kerana tuduhan-tuduhan itu. Tidak turun wahyu ada hikmahnya. Allah SWT sediakan tempat Rasulullah saw tempat yang lebih baik di akhirat, iaitu syurga.
Ayat 4: Ayat TASLIYAH – Pujukan kepada Nabi Muhammad saw. Kesudahan untuk baginda lebih baik daripada permulaan. Kesudahan membawa maksud akhirat, baginda ahli syurga. Akhirat lebih baik daripada dunia. Kelebihan Nabi Muhammad saw – disebut dalam AZAN. Dalam TASYAHUD. Amalan-amalan kita Rasullaulah saw dapat pahala jariah. Allah beritahu kerja-kerja dakwah di awal memang sukar. Lama kelamaan mudah, Allah SWT bantu. Untuk lapang jiwa - berzikir. Zikir
terbaik
solat dan baca Quran.Ayat 5: Allah SWT berjanji, Nabi Muhammad saw akan mendapat nikmat yang banyak. Allah SWT beritahu jangan takut dengan tentangan daripada Musyrikin Mekah. Surah ini turun di Mekah. Janji Allah SWT baginda akan menang. Di awal dakwah, baginda mendapat tentangan dan dipulaukan. Tetapi akhirnya baginda dapat menawan Kota Mekah dan mempunyai pengikut 100,000 lebih. Allah SWT beri kebaikan kepada baginda di dunia dan akhirat. Pasti baginda akan berpuas hati.
Ayat 6: Allah SWT telah mengingatkan kepada Nabi Muhammad nikmat-nikmat yang telah diberi. Allah SWT telah lindungi Rasulullah saw ketika baginda yatim. (1) Baginda dijaga oleh datuknya Abdul Mutalib (2) Dijaga oleh bapa saudaranya Abu Talib. (3) Kahwin dengan Siti Khadijah. Semua menyangi baginda termasuk para sahabat. Sebenarnya Allah SWT yang menyangi dan melindungi baginda.
Ayat 7: Allah SWT mengingatkan lagi. Ketika Nabi Muhammad saw dalam mencari kebenaran, Allah SWT beri petunjuk dan hidayah. Ketika itu masyarakat Arab menyembah berhala. Dulu baginda tidak jumpa jalan yang benar. Tidak tahu kitab. Tidak tahu iman. Allah beri pimpinan.
Ayat 8: Allah SWT sebut lagi nikmat-nikmat yang telah diberi kepada Nabi Muhammad saw. Baginda seorang yang miskin, serba kekurangan. Allah SWT beri kecukupan. Menjelang wafat harta baginda sangat banyak. Diperolehi daripada harta rampasan perang. Contoh tanah-tanah di Khaibar. Tetapi harta baginda tidak boleh jadi pusaka kepada anak-anaknya. Harta baginda sedekah untuk umatnya. Hanya pusaka ilmu untuk anak-anak dan keluarganya.
Ayat 9: Allah SWT mengarahkan kepada Nabi Muhammad SAW dan kita semua supaya jangan menzalimi anak-anak yatim. Jangan layan mereka dengan kasar. Anak-anak yatim piatu masih kecil, perlu perlindungan dan pertolongan. Perlu kasih sayang dan didikan. Layanan kasar kepada mereka akan mengganggu fikiran. Hadis sahih – sesiapa yang berbuat baik kepada anak yatim, dekat dengan Rasullullah saw seperti dua jari.
Ayat 10: Golongan yang meminta-minta, jangan halau dan herdik. Jangan tengking dengan kata-kata yang menyakitkan hati. Jangan berjanji, kalau berjanji dia datang lagi. Layan dengan baik. Boleh jadi mereka minta bantuan dari segi makanan, wang, ilmu pengetahuan dan tempat tinggal. Allah SWT mengajar Nabi Muhammad saw dan kita semua supaya berlembut dengan mereka. Minta maaf jika tak mampu tolong. Jangan pandang hina kepada mereka.
Ayat 11: Nikmat-nikmat yang kita dapat daripada Allah SWT perlu sebarkan. Nikmat-nikmat ilmu , ceritakan dan kongsikan. Nikmat kenabian, Nabi Muhammad saw hendaklah sampaikan kepada orang lain. Merujuk kepada kita juga. Nikmat ilmu agama, nikmat pandai Quran – perlu, sampaikan. Nikmat harta kekayaan – perlu bersyukur dengan infak wajib (zakat) dan infak sunat.
Alhamdulillah. Tambah ilmu. Dulu pernah terbaca tentang penantian Rasulullah S. A. W sebab agak lama tidak turun wahyu dari Allah S. W. T.
ReplyDeleteWkmsalam
ReplyDeleteTk kongsi ilmu
kenyataan ini amat saya suka >>Untuk lapang jiwa - berzikir. Zikir terbaik solat dan baca Quran.
ReplyDeleteha'ah baru teringat...surah ni laa yg nabi tunggu2 kan...
ReplyDeleteterima kasih berkongsi kak
Terimakasih kak PI share tafsir ini.Semoga kita dapat menghayati maksud tersirat.
ReplyDeletethank you sharing ni kak PI
ReplyDeleteSubhanallah Alhamdulillah
ReplyDeleteTkasih atas perkongsian. Semoga kita sama2 dapat manfaatnya
ReplyDelete