ASSALAMUALAIKUM
PANTUN ANEKA
Terserlah warna
berseri batik,
galau di sidai
berhabuk tebal;
apalah guna isteri cantik,
kalau tak pandai
menumbuk sambal.
Membaling batu terkena
gelas,
kisah dikenang lama
bersisa;
Saling membantu tulus
dan ikhlas,
Susah dan senang sama
dirasa.
Rimbunan redup subur
kelisa,
tatkala senja dihinggap
merbah;
dugaan hidup sukar
terasa,
sabar sahaja moga
berubah.
Adik melenjan tak tentu
arah,
sambil menampi kaki
direndam;
semoga hujan turun
mencurah,
gejolak api segera padam.
Mawar berduri berkuntum
sisi,
gugusan pauh leka
dilihat;
jaga kendiri kawal emosi
berfikir jauh demi
maslahat.
Tertumpah tumpi adik
terkenang,
selerah baju cari busana;
serapah jampi bidik
petunang,
arah dituju biar mengena.
sedap pantun2 lama..
ReplyDeleteNak tumbuk sambal kena hati-hati jugak hehheee... takut cili masuk mata
ReplyDeleteKontriversi pantun tumbuk sambal tu. Haha
ReplyDeletetu laa sy agak mcm tu jg hahahaha
DeleteUnik nian pantunnya ┌(・。・)┘♪
ReplyDeleteHati-hati saat numbuk sambal, jika tidak akan pedih di mata hehehe
Bumbu masakan yang ditumbuk sebenarnya lebih sedap..tapi itulah PC ni kurang rajinnya tinggi.
ReplyDeleteAlu lesung batu saya dah patahla kak PI, tapi tetap juga saya gunakan sbb suka juga tumbuk2 rencah sayur ke, nasi goreng ke..hihi
ReplyDeleteViral pantun isteri cantik tak pandai tumbuk sambal di medsos! Geli hati baca banyak komen nitizen yang mengatakan pembaca hanya tahu yang tersurat dan tak faham isi yang tersirat!
ReplyDeleteteringat pantun menumbuk sambal oleh DBP yang hangat seminggu dua ni hahaha
ReplyDeletetak pentimg sangat kalau isteri tak pandai masak...
ReplyDeleteyang penting jaga solat solat dan aurat
Oooh ni la pantun yang bikin panas tu ya hihi..🔥😂
ReplyDeletetak pandai nak balas lah kak
ReplyDeletehihihi
terbaik sgt pantunnya
tak sahlah kalau kat dapur takde lesung dan alunya
ReplyDeleteehehehe tumbuk2 sambal ni baru2 ni kecoh kat FB kan..
ReplyDeletedewan bahasa skarng sngt cheeky hehe..
Dah lama Zumal tak pegang lesung batu
ReplyDelete