ASSALAMUALAIKUM
NORMA BAHARU
Sering di ulang dalam bicara
norma baharu gaya terkini
usah dilanggar permudah cara
apa disaran mesti yakini
Rakyat jelata akur sahaja
anjuran baik tidak dibantah
patuh segala tidak mendurja
Virus corona semoga betah
Akhirnya landai peratus wabak
bersyukut hamba pada Pencipta
dapat kembali rutin ditebak
sayang sekali tidak ternyata
Norma baharu tidak dihadam
ada yang engkar kononnya kebal
hamba setia laksana khadam
curiga hati mengeram sebal
Untuk menerima norma baharu memang masih ada yang engkar, dan ada yang patuh arahan. Patuhi SOP supaya Covid-19 segera nyah dari muka bumi.
ReplyDeletekadang2 geram betul dengan yang ingkar ni, rasa nak doakan yang tak baik2, tapi tak baik buat begitu pulak
ReplyDeleteDah hampir setahun terpaksa mengamalkannya.
ReplyDeleteDah tak baru lagi dah.
Dah macam rutin biasa.
rangkap kedua dan keempat, kita yg turut tapi ada yang ingkar
ReplyDeleteAtasan,bawahan,biasa-bia bukan biasa-biasa..semua mesti beri kerjasama patuhi arahan untuk kebaikan bersama.
ReplyDeletebila bc berita psl SOP, norma baru dan yg seangkatan dgn nya, ada kala terdetik rs bangga bila tgk org2 kita yg boleh patuh dan ikut peraturan. tak dinafikan ada yg ingkar. namun bila tgk org luar, contoh mcm US yg terang2 tolak hal ni...sy terfikir pula tentang cara didikan dan tatasusila yg diajar sejak kecil...
ReplyDelete