ASSALAMU ALAIKUM
SELAMAT BERHUJUNG MINGGU
SELESAKAN DIRI SERAYA BERPKPD.
MANDI BUNGA
Dalam perubatan alternatif, mandian begini untuk memudahkan sesiapa yang melakukannya memperolehi jodohnya. Insyaa-Allah. Segalanya mungkin saja. Kalau mengikut kata perawat alternatif tidak lebih dari tujuh jenis bunga yang ditentukan saja.
Sebenarnya mandi dengan bunga-bungaan boleh menyegarkan kelesuan tubuh dan menyerikan wajah. Boleh saja diamalkan sendirian tanpa melibatkan sesiapa. Kutip sajalah bunga-bunga yang ada di halaman rumah dan daun-daun seperti pandan, limau purut. Ikutlah apa teringin. Jangan lupakan masukkan juga dalam air mandian, hirisan limu nipis.
Selalunya bunga-bunga yang menjadi pilihan untuk tujuan mandi bunga mestilah yang harum dan cantik seperti melur, melati, mawar, cempaka, tanjung, anggerik dll. Boleh juga dicampurkan dengan bunga-bunga yang tidak harum untuk menambah jumlahnya.
Mandilah dengan nyaman sambil tidak lupa berniat kerana Allah. Hasilnya tentu terasa tubuh menjadi segar dan wajah kelihatan berseri auranya memancar-mancar. Mempesonakan.
Mesti wangi kan, bila dah banyak jenis bunga-bungaan tu
ReplyDeletetak atkut kena hurung dgn lebahhehee
ReplyDeleteKeracunan makanan di sekolah. Maklumat yang disembunyikan oleh pihak sekolah selama ini. Viralkan.
https://e-kantinsekolah.blogspot.com/2020/10/keracunan-makanan-di-sekolah.html
Kalau ada bunga2an wangi sekitar rumah boleh je buat sendiri mandi bunga untuk kesegaran badan kan kak PI.
ReplyDeleteAroma bunga tu sendiri pun dah menjadi terapi.
ReplyDeletepernah mandi bunga2 suka2 masa nak nikah dulu hahaha
ReplyDeleteGambar last tu, sangat harum kan kak... bagus amalkan mandi bunga untuk kesegaran badan, tapi seringkali orang salh ertikan... ingat mandi bunga ingat nak cepat jodoh.
ReplyDeletedisebabkan dah masok 30 tadak jodoh still, ada ja org ckp kt atie..eh g mandi bunga tu!
ReplyDeleteMandi bunga raflesia je belum saya ni. Malas dah la
ReplyDeletePernah waktu remaja dulu, kutip bunga keliling rumah lepas tu mandi bunga dengan kakak, siap gosok limau nipis. Berlangir ke apa orang kata. Dah lepas mandi, badan rasa gatal pulak...ahaks!
ReplyDeleteMacam belum pernah mandi bunga lagi.
ReplyDeleteambil bunga dari luar negara ke import ada chance dapat suami belah2 sana x ? hehe gurau gurau..
ReplyDeletesemua ikhtiar kan.. Allah juga penentu segalanya..