ASSALAMUALAIKUM
Saturday, 5 September 2026
PERJALANAN PERIH
Monday, 22 July 2024
PERTANYAAN
ASSALAMULAIKUM
SEMBANG-SEMBANG
“Kenapalah orang kita
sibuk sangat dengan “Blackrock”? Bukankah “Blacrock” meneguhkan ekonomi negara
kita? Suntikan wang pelaburannya menyelesaikan masalah kewangan negara.” Hujah
kawanku.
“Merekalah pembekal
senjata yang membunuh warga Gaza.” Kataku.
“Warga Gaza yang
terbunuh semuanya telah ke syurga.” Balasnya selamba.
“Walau yang terbunuh
telah ke syurga takkan kita nak biarkan mereka terus menggila nenbunuh sesuka
hati anak-anak, wanita, ibu bapa sesiapa saja. Dan kita turut bersubhat dengan
membantu perniagaan mereka.”
“Sudah begitu sistem
ekonomi dunia. Kita semua memang terlibat.”
“Tapi aku tetap berang
walau kau kata anakku telah ke syurga dibunuh Yahudi. Anakku walau diusik
sedikit saja aku menyinga. Apalagi dibunuh dengan kejam. Apakah kau tak rasa
gitu?”
Wednesday, 4 October 2023
JAWAPAN
ASSALAMUALAIKUM
JAWAPAN
.
“Apakah dosa yang utama
dan diampuni Allah? Dosa kecil atau dosa besar?” Tanya seorang lelaki.
“Dosa kecil! Sebab dosa
kecil mudah diampuni Allah.” Jawab Abu Nawas. Lelaki berpuas hati mendengar
jawapan begitu. Dia berlalu dari situ.
Datang pula seorang
lelaki bertanyakan soalan yang sama.
“Dosa besar. Sebab dosa
besar itu sebesar pengampunan Allah.” Jawab Abu Nawas berserta penjelasannya. Lelaki itu berpuas hati dengan jawapan yang diberi.
Soalan yang sama
ditanyakan seorang lelaki lagi.
“Dosa besar dan dosa
kecil tidak usah dilakukan. Justeru Allah tidak perlu mengampuninya.” Jelas Abu
Nawas.
“Mengapa jawapan Guru
berbeza pada pertanyaan yang sama?” murid yang mengikuti bicara gurunya dengan
tiga lelaki itu bertanya kehairanan.
“Pandangan itu ada
tingkatannya. Tingkatan pertama ialah mata. Tingkatan kedua ialah akal.
Tingkatan ketiga ialah hati.”
“Maksud Guru?” muridnya
masih tidak memahami maksudnya.
“Seperti seseorang itu
melihat bintang. Tingkatan pandangan mata akan katakannya bintang itu kecil.
Sebab kelihatannya kecil kala memandangnya. Tapi tingkatan akal melihatnya
besar. Sebab dia mendalami ilmunya. Tingkatan
hati mengatakan bintang itu kelihatan kecil tapi sebenarnya besar. Dan besarnya tidak melebehi kebesaran Allah yang Maha
Besar. Justeru keimanannya.” Jelas gurunya.
Saturday, 30 September 2023
BATAS JAGAT RAYA
ASSALAMUALAIKUM
SELAMAT BERHUJUNG MINGGU
BATAS DAN BINTANG
.
Khalifah Harun Al Rashid
ingin mengetahui dua rahsia alam. Lalu baginda bertanyakan pada semua
menterinya. Jawapan yang diberikan para menterinya tidak memuaskan hatinya.
“Di manakah terletaknya batas jagat
raya?” Tanya Khalifah dalam satu pertemuan dengan Abu Nawas di istananya.
“Jagat raya itu tiada
batasnya. Tapi tetap ada keterbatasannya. Allah telah menentukan sesuatu
dengan batasnya. Kehidupan juga
terbatas. Sesuatu yang terbatas tidak
mampu mengukur apa yang tidak terbatas”
“Manakah yang lebih
banyak, bintang di langit atau ikan di laut?” Khalifah bertanya lagi
“Ikan di laut!” pantas
jawapan yang diberi Abu Nawas.
“Kenapa terlalu cepat
kamu menjawabnya. Berikan penjelasannya?”
“Setiap hari hamba
melihat para nelayan menangkap ikan dengan jumlahnya yang banyak. Ikan masih
tetap banyak. Hamba tidak pernah melihat bintang gugur.”
Monday, 21 August 2023
SYH!
ASSALAMUALAIKUM
SYH!
Petang semakin berhujung. Aku dan Idah berada di
beranda rumah. Idah jiranku, kalau tiada sebarang kegiatan yang hendak
dilakukannya, dia akan menyeberang sempadan bertandang ke rumahku. Jarak antara
rumahku dan rumah Idah sepelaung saja. Tidaklah
jauh.
Dia akan menemani kesendirianku dengan
bercerita apa saja yang terlintas di mindanya. Aku lebih banyak mendengar
daripada mencelahnya. Keseronokannya bercerita tidak perlu diganggu. Kubiarkan
saja Idah bercerita sesuatu topik sehingga tamat.
Seorang jiran yang tinggal di sebelah kanan rumahku,
berlenggang menghampiri aku dan Idah. Bertambah lagi seorang teman bersembang
sebelum hari menjelang senja. Dan azan maghrib dikumandangkan. Kak Habsah
melabuhkan ponggongnya sebelah Idah.
“Jemput minum Kak Sah!” aku menghulurkan
cawan beralas piring yang berisi teh yang masih panas. Minuman itu telah agak
lama kusediakan dalam teko untuk menjamu Idah. Nampaknya menjadi rezeki Kak
Habsah juga.
“Minumlah Kak Sah! Biskut tawar pun
ada ni! Petang-petang begini minum teh cicah biskut tawar sedap juga.” Tambah
Idah. Kak Habsah tersenyum polos. Jiranku ini berasal dari Pulau Pinang. Kalau
dia bercakap, loghat tanah kelahirannya lekat dengan dirinya walau telah lama
bermastautin di negeri Darul Makmur ini.
"Aku nak cerita kat hampa ni...hampa jangan cerita kat
orang lain pulak." Tiba-tiba Kak Habsah melantun suaranya, Aku dan Idah saling berpandangan. Kami berdua tersengih saja tanpa mengaku apa-apa. Mulai
berteka-teki tentang apakah cerita rahsia yang hendak disampaikan Kak Habsah
pada aku dan Idah. Kak Habsah memang dikenali di kalangan kami sebagai seorang
informatif. Dia cepat mengetahui apa saja yang berlaku sekitar kejiranan kami.
Dan segera pula disampaikan pada kami dengan yakin.
Kegemarannya mengambil tahu sesuatu tanda keprihatinannya
dari satu sisi memang ada baiknya. Hidup ini
berpancawarna teradun dengan rasa
masam, masin, pahit, manisnya. Husnudzon. Tapi tentu tidak ramai yang menyukai
sikapnya suka menjaga tepi kain orang itu.
"Cerita
apa tu sampai kak Sah beria-ia berpesan gitu? " Idah menentang mata Kak
Habsah, merejam pertanyaannya. Kak Habsah membetulkan duduknya seraya menarik
nafas.
"Hampa
tau sebenarnya bakal menantu Ani tu bukannya peguam...takdak kerja
apapun." Kak Habsah mula menyusun ceritanya.
"Mana
kak Sah tau...pandai-pandai jer bawa cerita." Soal Idah yang memang rapat
dengan Ani ragu. Aku dan Idah berkawan dengan Ani sejak Ani dan keluarganya
tinggal di kampung ini. Rumahnya bersebelahan dengan rumah Idah. Jadi
hubungannya terjalin akrab.
"Aku
tahulah...anak saudara aku bukan ka berkawan dengan budak tu." Balas Kak
Habsah yakin. Matanya memandang wajah Idah tepat. Aku dapat merasakan Idah
tidak gemar mendengar kenyataan Kak Habsah itu
"Hai
nampak bergaya je dengan kereta besar takkan takde kerja." Kataku.membidas.
Tentulah Ani telah membuat pilihan tepat dan tidak salah siapa yang bakal
menjadi suami pada anak perempuannya itu.
"Bergaya
dengan kereta pinjam!" balas Kak Habsah sinis. Aku malas hendak bertanya
lebih lanjut.
Pada suatu petang
Idah ke rumahku.
"Apa
yang riuh-riuh kat rumah Kak Sah malam tadi?" .
"Ani
dan anak beranaknya bertengkar dengan Kak Sah, katanya Kak Sah cerita
bukan-bukan tentang bakal menantunya."
"Mesti
sebab kau yang sampaikan pada Ani cerita Kak Sah hari tu kan?" aku
inginkan kepastiannya. Idah tersengih saja.
Setelah perkahwinan terjadi antara anak Ani dan menantunya,
terbongkar kebenaran cerita Kak Habsah.
Saturday, 3 June 2023
TANGKAI JERING
ASSALAMUALAIKUM
TANGKAI JERING
“Firdaus, tolong bagi
Abang pinjam getah pemadam sekejap!” Aku bersuara lembut.
“Pemadam Abang kan ada. Kenapa abang nak pemadam yang
Daus punya pulak. Tak boleh! Daus tak nak bagi. Abang kalau meminjam
barang-barang Daus, selalu Abang tak pulangkan.” Sahut adikku tanpa berpaling
kepadaku. Dia asyik sekali menulis dan memadam kerja sekolahnya yang tersilap.
Aku terdiam. Hanya memerhati sahaja gelagat adikku itu.
“Kedekutnya. Bagilah sekejap saja. Getah pemadam abang
ada dalam bekas pensel. Abang malas nak pergi ambil di dalam beg sekolah. Beg
sekolah abang di dalam bilik di tingkat atas. Jauh abang nak pergi ambil.
Bagilah abang pinjam sekejap.” Aku mengharapkan Firdaus akan meminjamkan getah
pemadamnya padaku dengan alasanku berikan itu.
“Tak boleh!” balas Firdaus, tegas. Dia tidak mempedulikan
aku yang tercokoh di sisinya mengharapkan pertolongannya.
“Apa yang bising-bising tu! Tak malukah didengar orang
keliling-kelalang. Kamu berdua beradik asyik bergaduh saja. Kedudukan rumah
kita ini berdekatan saja dengan rumah jiran kita yang lain. Apa yang kamu
gaduhkan orang lain boleh dengar.” Mama bersuara nyaring dari dapur. Mama sedang memasak makanan menu untuk kami
sekeluarga tengah hari nanti.
“Adik ni Mama, Abang nak pinjam getah pemadam sekejap pun
tak boleh Ma! Dia tak mahu bagi. ” Aku memberitahu Mama apa yang sebenarnya
berlaku. Mama segera meninggalkan ruang dapur bersama sudip kayu di tangannya.
Langkahnya menghampiri aku dan Firdaus.
“Siap kau Daus. Mama datang bawa sudip tu. Kalau Mama
ketuk kepala kau dengan sudip kayu tu, mahu kau bertukar jadi kera, hihi hih.” Kataku
mengusik adikku itu. Sebenarnya aku teringat nenek pernah bercerita kisah
dulukala tentang seorang anak yang degil menurut kata emaknya telah bertukar
menjadi kera kerana kepalanya diketuk oleh emaknya dengan sudip kayu.
“Abang ni! Menakutkan Daus saja. Itu semua cerita dongeng
saja. Mengarut semua tu. Mama tu baik. Selama ini Mama tak pernah pukul adik
atau abang. Apalagi dengan sudip kayu.” Balas Firdaus selamba. Mama semakin
menghampiri kami.
“Tidak boleh bersikap seperti ‘tangkai jering’ Firdaus.”
Mama bersuara lembut. Firdaus terpinga-pinga. Matanya bulat merenung Mama.
“Apa pula ‘tangkai jering’ tu Mama?” Tanya Firdaus. Dia
begitu berminat ingin mengetahuinya.
“Tangkai jering itu, simpulan bahasa Melayu untuk orang
yang sangat kedekut macam adiklah.” Aku segera menjawab pertanyaan adikku itu. Adikku
mengerutkan dahinya seolah tidak menerima kenyataanku.
“Tangkai jering tu sangat kuat dan sukar hendak dipetik
buahnya kalau tidak berusaha bersungguh-sungguh mengambilnya daripada
tangkainya.” Mama menjelaskannya.
“Adik kan pernah tengok bagaimana susahnya nenek hendak
mengait jering kala kita balik kampung cuti sekolah dulu.”
“Tapi adik tak suka makan jering. Kuat baunya payah nak
hilang.”
“Sebab Adik tak suka makan jering jadi lekatlah perangai ‘tangkai
jering tu pada Adik,” sahutku mengusik Firdaus lagi.
“Sikap begitu tak elok diamalkan sesama adik-beradik atau
sesiapa saja. Kita mesti saling berkongsi sesuatu apa yang kita ada untuk
mengeratkan hubungan kasih sayang berkeluarga. Allah sayang dan beri pahala
kalau kita saling tolong-menolong.” Tambah Mama lagi.
“Oh itu maknanya ya Mama. Baiklah Daus tak mahulah jadi
‘tangkai jering’. Abang ambillah getah pemadam Daus. Tapi kalau Daus nak pinjam
apa-apa barang daripada abang, janganlah abang jadi ‘tangkai jering’ pula.
Banyak pula alasan diberi. Kan mama!” Aku
tersengih mendengarnya. Mama terseringai. Pandai sungguh Firdaus mengenakan aku. Memang selalu
pun tidakku beri barang-barang kepunyaanku kalau dia meminta hendak
menggunakannya.
Saturday, 29 May 2021
PUTIH
ASSALAMUALAIKUM
PUTIH
Sudah lama Putih tidak kelihatan di dalam dan persekitaran kediamanku. Aku mulai rindukan deringan loceng yang tergantung di lehernya. Ke manalah agaknya Putih menghilang? Pemilik Putih kudengar bertanya kepada anakku sama ada Putih ditemui di mana-mana. Dia tentu sangat bimbangkan keselamatan Putih.
Sebelum PKP beliau setiap pagi akan meronda sekitar perumahan desa memanggil-manggil. Putih. Nakal betul Putih suka menghilangkan diri dan menyusahkan Ani mencarinya. Ani jiranku itu sangat sayangkan Putih seperti anaknya sendiri. Pernah dia memanggil bomba untuk menurunkan Putih yang berada di atas pokok.
Putih tahu memanjat tapi
tak reti pula nak turun. “Kami pun banyak kerja nak buat selain nak turunkan
kucing dari atas pokok.” Sinis saja kekata abang bomba. Tapi sifat prihatin
mereka tetap terserlah. Putih diturunkan dengan selamat. Dan Ani tersenyum
gembira. Memeluk erat kucingnya yang gebu berbulu putih itu. .
Sunday, 24 January 2021
CAWAN PAPA
ASSALAMUALAIKUM
CAWAN
PAPA
Ariff,
mama dan papanya sedang nikmati hidangan minum petang yang disediakan mamanya.
Ada sepinggan pisang tanduk yang digoreng turut terhidang bersama setekoh teh
panas.
Sambil
meneguk air teh di dalam cawannya yang sudah mulai suam panasnya Arif bersuara;
“Papa
guna cawan macam mana dulu ya?” papanya tersengih. Tidak menjawab pertanyaan
anaknya yang mulai belajar sejarah di sekolah dan paparan skrin you tube itu.
“Arif
ingat papa Arif tu lahir zaman purbakah? Sela mamanya.
“Papa,
mama, atuk, nenek semua guna cawan pinggan, periuk ginilah juga.” Tambah mamanya.
Agaknya apa info yang diterima Arif menyebabkan dia berfikir orang-orang dewasa disekelilingnya teramat kuno dan keringgalan zaman heh..heh
Monday, 11 January 2021
PONDOK TALIPON
ASSALAMUALAIKUM
PONDOK
TALIPON
Aku
sedang duduk di pondok perhentian bas menunggu bas yang akan kunaiki ke Kuantan
setelah pulang bercuti selama dua hari bersama keluargaku di sini, Pengangkutan
utama penduduk kampungku ini kalau hendak keluar ke bandar Maran menuju hingga
ke Kuantan hanya dengan menaiki bas Leng Huat yang akan masuk ke sini mengikut
masa yang di tentukan sahaja. Tiga kali sehari iaitu pagi, tengah hari dan
petang. Mesti bersedia tepati masa jika berhajat hendak menaikinya ke mana-mana
destinasi yang dilaluinya sepanjang jalan ke Kuantan.
Aku
mulai menaiki bas ini sejak aku bersekolah di Maran dan tinggal di asrama. Dan
kemudian bersekolah di Kuantan pula.
Selalunya
aku akan terpacak di pondok menunggu bas pada jam 12.00 tengah hari. Sedang
keseorangan di atas bangku tiba-tiba talipon berdering. Aku biarkan saja.
Pondok talipon itu terdiri berdekatan dengan tempat aku duduk ini. Sekali berdering
lagi. Aku bukan pernah menggunakan
talipon awam pun. Maklum orang ulu. Walau tinggal di bandar tapi tidak tahu
hendak menggunakan alat telekomunikasi terkini. Tika itulah, pertengahan 70-an.
Teruja
juga nak pegang talipon ni. Aku melangkah perlahan membuka pintu pondok talipon
dan mengangkat talipon hitam itu daripada gagangnya. Suara hello menerjah deria
dengar. Aku pun membalas hellonya selamba
“Hendak
ke mana?” siapalah yang menalipon ini. Aku tertanya-tanya
“Hendak
pergi kerja kilang.” Balasku. Membohong.
Bas
yag dinantikan kehadirannya telah muncul. Kuletakkan talipon ke gagangnya. Segera berlari menaiki
tangga bas. Kalau terlewat sedikit saja pemandu bas keturunan Singh itu akan
menggerakkan bas itu. Naya kalau tertinggal. Tak sampailah aku ke Kuantan.
Di
dalam bas, aku masih teringatkan panggilan talipon yang kuterima tadi. Siapalah
yang menalipon ya. Baru aku perasan bahawa tempat menunggu bas dan pondok
talipon, letaknya bersentangan dengan pejabat felda. Jaraknya hanya dipisahkan
jalan beraspal.
Aku
mengagak ini mesti kerja staff di pejabat itu sekadar hendak mengusik
menyapaku.
Saturday, 24 October 2020
MANDI BUNGA
ASSALAMU ALAIKUM
SELAMAT BERHUJUNG MINGGU
SELESAKAN DIRI SERAYA BERPKPD.
MyBloglist
-
-
AXEL vs JULIA: Eh, Syaz Eym Ada E-Buku Baharu Pula! - Haritu SR ada cakap yang SR nak berehat sekejap daripada dunia penulisan fiksyen. Kononnya nak ambil masa untuk fokus pada perkara lain dahulu. Makluml...2 hours ago
-
Serbuk Aiskrim Malaysia yang Mantap Telah Kutemui - Salam November 11.11 sale semua! 🙋✨ Dah *shopping* apa hari ni? 😆 Cheq nak sembang pasai topik makanan lagi, topik yang paling* relatable *dengan sem...3 hours ago
-
Apakah kebaikan menggunakan kad kredit berbanding kad debit dan wang tunai? - Kad kredit ada beberapa kelebihan berbanding kad debit dan wang tunai, terutamanya jika digunakan secara disiplin dan dibayar penuh setiap bulan. *Kelebi...5 hours ago
-
WWW - Biji saga - Assalamualaikum Nostalgia lama ni... Sapa pernah main biji saga. Jenuh kutip lagi best kalau ada titik hitam. Pakcik nyet punya kerjaan. Geram pulak te...6 hours ago
-
November Yang Manis, Terselit Yang Pahit! - Bismillahirrahmanirrahim. Sukarnya hendak menulis kali ini. Hari Sabtu, Ahad, Isnin dan hari ini Selasa - ada kalanya berasa entah di mana diri ini bera...19 hours ago
-
SESEKALI PERLU TIDAK SEPENDAPAT - * SESEKALI PERLU TIDAK SEPENDAPAT* | Assalammualaikum wbt. Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. SETIAP KITA BOLEH BERSUARA. BOLEH BERBI...2 days ago
-
RESEPI CUCUR CRAB STIK SAYURAN - Assalamualaikum semua, Setelah lama takde kongsi resepi, akhirnya ada kerajinan jugak hahaha. Hari ini rilex sebab Aiyan tak sekolah, pagi tadi dia ciri...5 days ago
-
Selamatkan Anak-Anak Kita Daripada Musuh Senyap: Piu Piu, Ancaman Yang Mengintai Masa Depan Generasi Muda - Ada suatu kegusaran yang sewajarnya menggoncangkan nurani masyarakat hari ini. Tatkala anak-anak muda sedang berjuang mencari arah kehidupan, dihimpit t...5 days ago
-
Nostalgia tiket bas lama - Selasa lepas kak ana sarapan pagi sekali lagi di cafe Noreh & Ngopi, Bandar Tasik Puteri. Setiap kali ke sini, kak ana suka mengimbas kenangan silam zaman...5 days ago
-
40 Hari Tanpa Kak Jee - *Bismillahirrahmannirrahim.* Hari ini, genap 40 hari pemergian isteri tercinta, Fauziah Samad, atau lebih mesra disapa Kak Jee oleh semua pembaca dan sah...6 days ago
-
-
Kembara Di Eropah Berakhir Di Kota Baharu,Kelantan. - *Bagaikan Mimpi Tapi Nyata.* Sesuatu yang tidak dijangkakan apabila secara tiba-tiba tersenarai nama Etuza dan isteri sebagai antara dua orang dari 25 ah...1 week ago
-
Otto Dah Jumpa - Salam bertani. Otto wak yang hilang dah dijumpai. Betul ke? Jom nenguk Ni wak dah jumpa Otto Nampak sedih aje, mungkin rindukan kami. Jumpa jelmaa...1 week ago
-
Pahlawan Kota Batu: Darah dan Air Mata Sebuah Perjuangan - Buku nipis yang terselit di celah deretan buku di rak saya tarik perlahan. Judul pada kulitnya seakan-akan memanggil rasa, mengusik kenangan dan menggami...1 week ago
-
Kita Tidak Berada Dalam Situasi Dia... - Kansai International Airport yang terletak di pinggir Osaka Bay. *Seat* mak tepi tingkap. Memang seronok dapat tengok luar... Ini kisah ketika mak pulang...1 week ago
-
Bicara hati - Kadang-kadang, apa yang kita lakukan tidak semestinya terlihat di mata orang lain.Ada kerja yang kita selesaikan dalam diam, ada tanggungjawab yang kita p...2 weeks ago
-
Live Update : AI Real Estate Summit - Assalamualaikum & good morning..Seminar sehari di Hotel Armada, PJSemoga ada manfaat2 weeks ago
-
Parenthood Media dan Pantai Hospital Kuala Lumpur Mengetengahkan Kesihatan Pra-Kehamilan dalam Forum ‘Before We Bloom’ - Parenthood Media dengan *kerjasama Pantai Hospital Kuala Lumpur (PHKL) *baru-baru ini telah menganjurkan forum *What Women Want: Before We Bloom – A Couple’...3 weeks ago
-
Pabila Gegendang Telinga Anak Pecah - Ingat lagi malam tu, masa dah terbaring kat atas katil, disaat nak tidur tidurkan, aku terkejut bila ternampak ada cecair macam lendir meleleh keluar da...4 weeks ago
-
Tanggungjawab vs Pengorbanan - Entri kali ni berkisar video aku kat tiktok yang antara hangat sambutannya. Tentang sebuah quote yang aku simpulkan dari satu ceramah ustaz Samsul Debat,...5 weeks ago
-
Kitab Tamadun Melayu II - Kitab Tamadun Melayu II merupakan buku sejarah yang berat untuk dibaca tetapi menarik untuk dikaji dan diamati. Buku hasil tulisan Abdullah Sidek ini dit...2 months ago
-
Sejarah Masjid Haji Muhammad Salleh (Palmer Road) Singapura - Assalamualaikum. Saya terpanggil untuk mencoretkan satu lagi pengalaman iktikaf. Kali ini di Masjid Haji Muhammad Salleh di Palmer Road, Singapura. Masji...3 months ago
-
Alhamdulillah! Blog Vitamin Wawa Kini Mencecah 4.1 Juta View 🎉 - Assalamualaikum dan salam sejahtera. [image: View blog, www.vitaminwawa.com , vitaminwawa] Alhamdulillah, hari ini saya ingin berkongsi satu berita yang...3 months ago
-
Sambung Belajar Di Kolej Komuniti Jelebu - Bismillahhirahmannirrahim... As Salam and greetings to dear readers. *Sambung Belajar Di Kolej Komuniti Jelebu (KKJU). *Kisah campak belakang pada 23 Ju...4 months ago
-
Writer's Cut Time - Seperti biasa permulaan bacaan akan tenang, atau mungkin pembaca lain akan merasa bosan. Tapi bagi SS, teruskan meneroka karya ini dengan berhati-hati. ...4 months ago
-
Kisah aku dan dia - Assalamualaikum dan selamat malam semua. Dah lama meninggalkan dunia penulisan kat blog ni. Berhabuk dah. Sebelum hangpa ingat tuan punya blog dah arw...5 months ago
-
Big 5 - Assalamualaikum. Alhamdulillah, 24 April hadir lagi. Allah masih memberikan kesihatan untuk menyambut hari lahir yang ke ehem ehem...😆 Apa hobi ibu-ibu?...6 months ago
-
Salam Ramadhan - Assalamualaikum & Salam Sejahtera Semua... Masih Sempat Lagi Untuk Mengucapkan Selamat Menyambut Ramadhan7 months ago
-
Homemade Hash Browns like Mcdonald - Siapa yang tak suka hash brown McDonald’s, kan? Rangup di luar, lembut di dalam, dan cukup rasa,memang sempurna untuk sarapan atau snek bila-bila masa. J...1 year ago
-
Pregnant at 40 - Pengalaman minum air gula - *PertengahanMac 2025* 2 minggu lepas appointment yang pertama, nurse suruh aku datang untuk scan lagi. Scan kali ni agak merisaukan sebab tak detect hear...1 year ago
-
SALAM EIDUL FITRI 1445H /2024M - Assalamualaikum semua😍❤️ Sahabat blogger yg dikasihi ❤️❤️❤️ rindunya dgn sahabat blog .. semakin menyepi CH ni kan... 😁 penat membuang sawang diblog k...2 years ago
-
Pintu Kayu Durian - Assalamualikum Kayu durian masih belum luas pengunaannya dinegara kita Tidak seperti di Indonesia Mungkin ianya tak setanding dgn perabut dari kayu cengal,...2 years ago
-
Wordless Wednesday: Flew from Thailand with Barathy ❤️ - *ATIEZIEYAGALLERY 'S INSTAGRAM*2 years ago
-
W-W: Rumah Senibina Melayu - Assalammm.... Masya Allah, cantik, cantik sangat senibina melayu pada rumah kayu ini, rumah kepunyaan seorang ustaz yang terletak di kampung MIL Jerantut ...3 years ago
-
Salam Dari Tanah Suci - Assalamualaikum semua sahabat-sahabat Blogger saya. Lama menyepi.. Ada saja disini tapi tak berkesempatan nak meluangkan masa menaip di ruangan ini. K...3 years ago
-
Kos Perubatan Yang Lebih Murah Dengan Program Perkongsian Komuniti Lyndung - Hasil tinjauan oleh Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan 2019 menunjukkan hanya *22 peratus rakyat di negara ini mempunyai insurans perubatan* dengan *43 per...3 years ago
-
NEW BLOG I AM - Assalamualaikum semua. Wak mohon maaf kerana ada masalah teknikal dgn blog lama ini. Terpaksa dipasungkan. Huhu. *Due to the technical issue, please vi...3 years ago
-
Nikmat Tenang Untuk Hambanya Yang Suci - (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({}); بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم Nikmat Tenang Untuk Hambanya Yang Suci / Allhamdulillah.... dek...4 years ago
-
HERO KIDDO VITAMIN TERBARU UNTUK KANAK-KANAK - SERLAHKAN POTENSI SI MANJA ANDA Apapun si manja lakukan, Shaklee menyediakan nutrisi yang diperlukan oleh tubuh si manja anda untuk membesar. Sihat dan ...5 years ago
-
Kisah Vaksin Saya - Assalamualaikum pada semua Bloggers yang singgah sini secara sengaja ataupun tak. Hehe Macam biasa la blog bersawang jadi mari la kita cerita sikit kisah...5 years ago
-
Salam 10 Ramadhan 1442H. - Dah 10 hari kita puasa kan. Kejap je masa berjalan. Salam kemaafan kpd teman2 yg berkunjung ke rumah saya, belum sempat saya balas kunjung. Apapun terima...5 years ago
-
Tips Sihat - Assalammualaikum Selamat Berpuasa Semua TIPS SIHAT Ingat selalu, Low Carb No Sugar. Kawal nafsu makan kita di bulan puasa ni.. Semoga di b...5 years ago
-
VINCENZO FULL EPISODE - *VINCENZO FULL EPISODE* | Ini antara Kdrama 2021 paling hangat dan ditunggu-tunggu peminat drama korea. Gandingan Song Jong Ki dan TaecYeon dalam drama ...5 years ago
-
Menginjak usia - Assalamualaikum 22hb Mac menginjak lagi setahun usiaku,bermakna semakin pendek waktu kepenghujung usia.Alhamdulilah masih diberi kesempatan menghirup udara ...5 years ago
-
Charlie Chaplin identik dengan Siapa Hayo - Desa Cilembu ~ Charlie Chaplin identik dengan Siapa Hayo? Charlie Chaplin adalah salah satu ikon perfilman paling terkenal di dunia. Namanya adalah satu le...5 years ago
-
Pesona Air Terjun Lata Taman, Lawin Perak - Terletak di dalam kawasan Lawin, *Air Terjun Lata Taman *mungkin jarang diperkatakan berbanding air terjun lain yang terdapat di Daerah Hulu Perak. Berad...6 years ago
-
-
Trip ke Guangzhou Nov 2018 - Guangzhou Cultural Park - Assalamualaikum dan salam sayang buat semua reader blog JM 💕 HAMPEH!!!! awal tahun katanya nak rajin update blog tahun 2020 ni..azam tahun baru la KONON!...6 years ago
-
Climbing back on Track when the train is moving - It's been long. Ada tak lagi pembaca kat blog ni agaknya? Lama dah, bertahun-tahun Yun Sing menghilang dari permukaan bumi ni (ha lain macam je ayatnya). B...6 years ago
-
Taufufa segera - Assalamualaikum.. Sejak pkp lockdown pkpd dan entah bakal apa lagi..dah malas nak ingat dan fikir apa lagi. Yang penting kena berkurung dan duduk dirumah..k...6 years ago
-
Jaman Tory, Kuantan - *Kuantan, Pahang* Makanan sedap. Semua secukup rasa mengikut selera saya. Teman paling suka daging salai ditambahnya ikan pekasam dan sambal tempoyak. A...6 years ago
-
2020, Impian Menjadi Realiti - Alhamdulillah.. rasa macam mimpi yang kini aku berada di tahun 2020. Ingat lagi masa alam persekolahan dulu, cikgu suruh lukis impian kita di Wawasan 20...6 years ago
-
MUDAH KE TRAVEL SOLO? - Bismillahirahmanirahim… Pernah tak hangpa terfikir? Macam aku share sebelum ni. Aku teringin nak try travel solo. Ada benda yang kita suka buat ramai-ram...6 years ago
-
REALITY VS EXPECTATION | BELUM KERJA VS DAH KERJA - *Assalamualaikum and What's up guys! :)* Alhamdulillah, *akhirnya sampai juga seru Seorang Syed untuk membersihkan sawang-sawang dekat blog dia yang ter...6 years ago
-
Kurus Tak Semestinya SIHAT - Assalamualaikum. Orang selalu beranggapan bahawa yang kurus itu sihat. Jangan terpedaya ya. Orang berbadan kurus tak semestinya sihat. Kena betulkan tangg...7 years ago
-
Hello 2019, Hello Sahabat - [image: Wajah Lama] Salam Petang 🌹 Ini adalah entry pertama I di tahun 2019 ini. Rasanya tak terlewat untuk I ucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru...7 years ago
-
Merungkai Keunikan Alat Muzik Dan Tarian Melayu Tradisional - Suasana penuh keceriaan memeriahkan persekitaran INTI International University, Nilai, baru-baru ini apabila seramai 460 penuntut bersama-sama berganding b...7 years ago
-
Dapur Kak Noor sudah Berpindah - Assalamualaikum buat sahabat maya bloggers. Sukacita dimaklumkan bahawa link Dapur Kak Noor telah berpindah pada https://dapurkaknoor.blogspot.com. Moga sa...8 years ago
-
Salam Aidil Fitri 2018/1439 - Salam Aidil Fitri dari bunda untuk kalian yang masih mengenali dan ingat kan bunda.. Semoga panjang umur kita dapat bertemu lagi di Aidil Fitri akan d...8 years ago
-
Hellooo.... - Assalamualaikum... Lamanya saya tidak mengupdate blog. Penyakit M datang melanda. Sekarang saya lebih senang dengan insta tak payah mengarang cerita cuma m...8 years ago
-
Happy Birthday To ME ! - Assalamualaikum wbt..... Terima kasih atas doa2 dan ucapan2 yang dikirim buat KA hari ni... (credit Youtube) Alhamdulillah Ya Rabbi... Bersyukur kerana ma...9 years ago
-
Ini Akibat Abaikan Diri Selepas Bersalin ! - *Ini Akibat Abaikan Diri Selepas Bersalin* | Pernah dengar atau baca tentang* tombong wanita lepas besalin* ? Pastinya tidak pernah. Al-maklumlah perkara ...9 years ago
-
41 - Alhamdulillah, 41 tahun dah aku hari ini. Terima kasih kepada SEMUA yang mengucapkan dan mendoakan kesejahteraan aku. Suatu ketika dahulu aku pernah meleta...9 years ago
-
Dua hari sebelum menginjak 63 tahun - Jika dia masih ada hari ini merupakan ulangtahun kelahirannya yang ke 63. Tetapi Allah telah memerintahkan Izraeil menjemputnya hari Isnin yang baru lalu ...9 years ago
-
10 Kereta Paling Banyak & Berisiko Tinggi Dicuri - 10 Kereta Paling Banyak & Berisiko Tinggi Dicuri: Mempunyai sebuah kereta merupakan satu keperluan pada masa kini. Bagaimana jika kereta yang kita perlukan...9 years ago
-
Kalian Masih Ku Rindu - *Sahabat....* *Jauh disudut hatiku Tetap membekas satu kenangan..* *Saat terindah kita bersama..* *Yang kini tinggal cerita lama* *Kian ditelan masa dimam...9 years ago
-
"Aku Nak Yang Ayu.." - Tipulah kalau kita kata kita tidak melihat pada rupa sebelum kita hendak memilih seseorang sebagai pasangan hidup kita. Ya. Memang sebahagian besarnya akan...9 years ago
-
ATUK :-( - ASSALAMUALAIKUM.. ATUK Selamat tinggal atuk... Berehatlah dengan aman... AL FATIHAH SAIM BIN RAMLI INGATAN HARGAILAH SELAGI ADA10 years ago
-
Tukar Side Mirror Kereta Viva - Sudah lama saya tidak bercerita mengenai kereta Viva saya. Kini adik saya menggunakan kereta berkenaan untuk ke tempat kerjanya. Baru-baru ini *side mirror...10 years ago
-
Segmen Apakah Saya...?? - Sila cari saya??? hehehe saja nak memeriah kan lagi Segment Apakah Saya...?? Anjuran blogger Fida Z Ein Yang saya nampak dan kenal kat batang pokok tu ad...10 years ago

.jpg)

.jpg)







