Saturday 4 July 2020

BUNGA ANGGERIK..

ASSALAMUALAIKUM









BUNGA ANGGERIK

Bugar segar kelopak indah
Untai kudup ayun melengguk
Nama setara rona
Gantung tinggi rendah
Anggun hiasi ruang
Amat teruja menatapnya
Nan pelbagai rupanya
Geram hati ingin miliki
Gerhana rasa perih luruh
Endah pesona puspa
Ria terserlah di wajah
Impi suatu tika
Kutanami semua jenisnya

PARIDAH ISHAK
DMS
4/6/020

5 comments:

  1. Teringat masa belajar dulu, dapat tahu ada anggerik di Sabah, rupanya macam orang tengah menari tarian sumazau, nama common nya slipper orchid, nama saintifik Cypripedium acaule :)

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum kak, moga sentiasa diberikan kesihatan yang baik
    memang bunga anggerik di antara bunga yang cantik dengan bentuk yang pelbagai dan menarik. pernah terbaca dulu-dulu anggerik ni ada lebih 22 ribu spesis. menakjubkan!

    ReplyDelete
  3. Pelbagai bentuk,bermacam warna dan beraneka jenisnya untuk terapi minda dan jiwa sebagi satu kesedaran sama-sama milik Pencipta.

    ReplyDelete
  4. Segar mata tenang hati dan jiwa bila melihat bunga2 anggerik ni mekar... subhanallah.

    ReplyDelete

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”

MyBloglist