Tuesday 10 May 2016

KEINDAHAN BERTAUBAT...

ASSALAMUALAIKUM....

Keindahan yang tidak mampu di ucapkan olih kata kata adalah ketika Allah menerima taubat kita. Kedamaian dan manisnya hidup apabila kemaksiatan telah keluar dari hati kita adalah kerana hadirnya taubat yang nasuha yang selalu melindungi kita.
Di antara cerita orang orang yang bertaubat, terdapat sebuah kisah nya taubatnya Malik bin Dinar.
Siapakah dia?
Malik bin Dinar adalah salah seorang tabiin yang terkenal. Dia di antara orang yang sering menangis meratapi dosanya di malam hari. Dia sering bersimpuh lama setiap hari di hadapan Allah terutama di malam hari.
Semasa mudanya, Malik bin Dinar bukanlah orang yang taqwa. Kehidupan nya di penuhi dengan maksiat, pemabuk dan sering menzalimi orang lain. Itulah gambaran beliau pada masa muda nya
Suatu hari ada keinginan Malik untuk menikah dan memiliki anak. Dengan izin Allah dia di kurnaikan anak yang di namakan Fatimah. Semakin putri nya membesar, semakin dia bertambah iman.
Namun Tuhan berkehendak yang lain sehingga putrinya Fatimah meninggal pada umur 3 tahun. Setelah itu keimanan nya tercemar sehingga dia kembali menjadi pemabuk.
Kemudian pada satu malam dia tertidur dalam keadaan mabuk. Di dalam tidurnya dia bermimpi melihat saperti nyata, matahari mula meredup, lautan menjadi api, bumi berguncang dan manusiapun di kumpulkan.
Satu per satu di panggil sehingga tibalah giliran nya. Wajah nya berubah menjadi hitam pekat lantaran dosa dosa nya. Kemudian datang pula se ekor serigala besar dan kelihatan sangat kuat berjalan sambil mulutnya terbuka. Dia pun berlari dengan sekuat tenanga sehingga bertemu seorang lelaki tua yang dalam keadaan lemah. Dia pun meminta pertolongan, tapi lelaki tua itu tidak dapat menolong nya sambil mengatakan bahawa dia sangat lemah
Akhirnya dia bertemu dengan putrinya Fatimah. Fatimah pun menggapai tangan kanan nya sedangkan tangan kirinya di gunakan untuk menghalang serigala yang memakan ayahnya.
Setelah itu Fatimah pun berkata kepada Nya saperti apa yang terkandung di surah Al Hadiid ayat 16:
Belumkan datang waktunya bagi orang orang yang beriman untuk menundukkan hati mereka mengingati Allah.
Lalu Malik bin Dinaar pun bertanya kepada putri nya Fatimah:
Ceritakan kepada ku tentang hal serigala dan orang tua yang lemah?
Putrinya pun menjawab:
Serigala itu adalah hasil dari perbuatan buruk yang ayah telah lakukan sehingga menjadi besar dan dosa ini yang menjadi serigala dan ingin memakan ayah. Perbuatan buruk yang di lakukan di dunia akan menjadi bentuk yang sangat besar di hari kiamat.
Lalu lelaki yang lemah itu adalah amal soleh yang pernah ayah laksanakan. Dia lemah kerana ayah membuat nya saperti itu dengan amalan amalan yang lemah semasa hidup. Dia menangis kerana tidak dapat berbuat apapun untuk menolong ayah.
Duhai ayahku...
Andai saja aku tidak di lahirkan dan tidak meninggal sejak kecil, niscaya tidak akan ada yang dapat menolong ayah.
Setelah itu Malik bin Dinar pun tersedar dari mimpinya sambil telinga nya berulang kali mendengarkan ayat yang sangat memanggil nya untuk bertaubat:
Belumkah datang waktunya bagi orang orang yang beriman untuk tunduk hati mereka mengingati Allah.
Lalu dia pun berteriak:
Telah tiba waktunya....
Telah tiba waktunya...
Lalu dia mandi dan berwhudhu untuk mengerjakan solat subuh di masjid sambil bertaubat.
Pada solat tersebut Imam membacakan ayat yang sama hadir di dalam mimpinya.
Akhirnya dia benar benar bertaubat. Menurut riwayat, Malik bin Dinaar setelah bertaubat selalu berdiri di depan pintu masjid sambil berkata:
Wahai hamba yang bermaksiat..
Kembalilah kepada Tuhanmu
Wahai hamba yag jauh...
Dekatlah kepada Tuhan Mu
Demikian secebis kisah yang dapat di sampaikan semoga menjadi pedoman dalam perjalan kita mencari kasih sayang Allah Swt

SUMBER FB
USTAZAH SITI NURBAYAH USMAN

10 comments:

  1. Betul tu Kak PI..
    Allah maha penerima taubatkan..
    Ada getar juga didalam hati membaca kisah tu..
    Semoga kita juga diterima taubatnya..
    Serta diampunkan segala dosa-dosa..

    ReplyDelete
  2. Kalau diberi peluang macam itu sehingga mampu bertaubat masih dikira bersyukur yang teramat sangat PI. Kena yg tak sempat bertaubat sedihnya.

    Kakak kalau baca kisah begini mesti cuba membandingkan amalan yg ada - takut sangat.

    ReplyDelete
  3. terasa sangat kerdilnya amalan...Allahu...takut sendiri..

    ReplyDelete
  4. Allah Maha Mendengar rintihan taubat dari hamba2Nya..

    ReplyDelete
  5. bila masuk kesini by hp..takleh nak komen...pc pulak selalu buat hal...kdg2 boleh on..kdg2 tak boleh...

    ReplyDelete
  6. YEKE KAMSIAH...HARAP MSLH TU SEMENTARA SAJA...KAK PUN BW KDG BOLEH NK KOMEN JUGA...PC KAK CONNECTION SLOW PROBLEM JUGA TU..TQ

    ReplyDelete
  7. subhanallah P
    semuanya dengan izin Allah seseorang itu mendapat hidayah
    semoga kita jugak terus di beri kerahmatan dan hidayah dari ALLAH
    sehingga akhir hayat dikandong badan

    ReplyDelete
  8. Assalamualaikum kak, semoga sentiasa diberikan kesihata yang baik.

    “Setiap anak adam sering melakukan kesalahan dan sebaik-baik yang melakukan kesalahan ialah mereka yang sentiasa bertaubat.” (Ibnu Majah)

    Di saat kita terlanjur melakukan dosa, lalu kita tersedar maka mohonlah keampunan daripada-Nya. Sisihkanlah ia dengan istighfar dan taubat kepada Allah. Taubat adalah kedamaian, penghilang resah dan gelisah. Siapakah yang selayaknya memberikan keampunan selain-Nya?

    Bukankah Dia memiliki sifat yang Maha Pengampun? Tanpa batasan dan sempadan, biarpun selangit dosa yang pernah dilakukan, segalanya akan sirna dek luasnya rahmat pengampunan-Nya. Pintu pengampunan tidak pernah dikunci, malahan sentiasa terbuka menanti rintihan dan rayuan para hamba-Nya. Tundukkan hati yang tulus, baluti diri dengan penyesalan, hiasi permohonan dengan seikhlasnya, mudah-mudahan akan diterima. Allahu al-Musta`an..

    ReplyDelete
  9. Allah Maha pengampun.
    Moga amalan dan segala taubat kita juga diterima..

    ReplyDelete

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”

MyBloglist