Sunday 12 October 2014

HIDAYAH KOMA 17 BULAN...

ASSALAMUALAIKUM...




JAKARTA - Seorang paderi Katolik yang koma selama 17 bulan, mengambil keputusan memeluk agama Islam selepas terjaga dari keadaan itu selepas mendakwa dia bercakap dengan Allah dan ditunjukkan keindahan syurga.

Laman web World News Daily Report melaporkan, Eduardo Vincenzo Maria Gomez (gambar), 87, yang berasal dari Sepanyol dan sudah menetap serta mengajar agama Kristian di Pulau Jawa selama 43 tahun, merupakan seorang ahli agama yang sangat dihormati di kawasan berkenaan.

Gomez yang mengalami masalah jantung, koma selepas dia terjatuh dari tingkat dua gereja ketika penduduk tempatan membantunya membaiki rumah ibadatnya itu.

Bagaimanapun, dia tidak mengalami sebarang kecederaan serius dan tiada satu pun daripada tulangnya patah.

"Saya tidak tahu apa-apa tentang Islam, saya juga tidak pernah membaca al-Quran. Apa yang saya ingat, saya bertemu Allah. Sebelum itu, satu cahaya terang bersinar memancar ke badan saya sebelum saya dapat melihat pintu syurga yang berwarna keemas-emasan," kata Gomez kepada Kalimantan Press.

Berita tentang keputusan Gomez untuk bertukar agama, mengejutkan ramai pengikutnya, namun apa yang menarik lebih separuh daripada mereka sudah menunjukkan minat untuk mendekati Islam.

"Jika Allah merupakan tuhan yang benar, saya tidak mahu berada dalam jalan yang sesat di hari akhirat nanti. Saya percayakan Gomez, kami semua percayakan dia," kata seorang pengikutnya.

Gomez yang masih mendapatkan rawatan perubatan sudah mengarahkan pembinaan sebuah masjid baharu dan pengikutnya kini sedang berusaha untuk mencari dana bagi merealisasikan cita-cita tersebut.


Sumber
- See more at: http://pahang-ku.blogspot.com/2014/10/paderi-terjaga-dari-koma-masuk-islam.html#sthash.2PGWHXN4.dpuf

15 comments:

  1. Alhamdulillah, makin bertambah umat Islam...

    ReplyDelete
  2. Subhanallah, sesungguhnya Allah memberi hidayah kepada sesiapa saja yang dikehendakiNya.. hatta seorang paderi sekali pun.. :')

    ReplyDelete
    Replies
    1. Allah memilih siapa saja yg dikehendaki-Nya utk dilimpahkan hidayahnya...tq gee.

      Delete
  3. Allahuakbar..
    hidayah itu milik Allah.
    kadang malu dengan saudara2 baru.
    diaorang baru je convert, tapi kalau bercakap pasal islam mengalahkan kita yang sememangnya dilahirkan dalam islam. lemah betul iman kita

    ReplyDelete
    Replies
    1. benar tu...hidayah yg mrk terima sangat menginsafkan n berbekas di hati...tq farhana.

      Delete
  4. Allahuakbar..
    hidayah itu milik Allah.
    kadang malu dengan saudara2 baru.
    diaorang baru je convert, tapi kalau bercakap pasal islam mengalahkan kita yang sememangnya dilahirkan dalam islam. lemah betul iman kita

    ReplyDelete
  5. Bila Allah nak beri hidayah kepada seseorang itu, tak ada siapa yang boleh menghalang-Nya.
    Semoga makin ramai lagi yang kembali kepada Islam. Dan kita ni pun moga sentiasa baiki tahap keimanan kita kepada-Nya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. insya Allah kita doakan bersama...tq faarihin.

      Delete
  6. hidayah Allah ini milik sesiapa sahaja... subhanaALLAH

    ReplyDelete
    Replies
    1. bersyukur amat diberi idayah Allah tanda kasih syg Allah kpd hamba2-Nya...tq acik Aku Penghibur.

      Delete
  7. Subhanallah...hidayah Allah dalam berbagai bentuk....Alhamdulillah...

    ReplyDelete
  8. Allah berhak memberi hidayahnya kpd sesiapa yg dikehendaki-Nya...tq BUNDA.

    ReplyDelete

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”

MyBloglist